Sepanjang saya menyelenggara blog
‘ujang kutik’, itulah satu-satunya ulasan pelawat yang saya padamkan. Pelawat
yang menggunakan nama ‘Tanpa Nama’ itu mengajak saya ‘merosakkan’ mood santai
yang saya bina selama ini bersama rakan-rakan blogger separuh masa dan
pengunjung lain.
Hatta, di kalangan rakan-rakan
blogger yang kami sering berwacana pun tidak pernah memperlihatkan kefanatikan
kepada sesuatu kecondongan politik dengan jelas. Jauh sekali memperlekehkan
atau memaksa pihak lain membenarkan keyakinan kita.
Saya tidak mengetahui bahang
politik pilihanraya di luar lingkungan kehidupan seharian. Namun, saya dapat
rasakan bahawa rakan-rakan di sekeliling tidak ada sedikit pun masalah pergaulan
dengan rakan-rakan mereka yang berbagai fahaman politik samada di pejabat,
kawasan perumahan dan masjid/surau. Politik maki hamun, sindir menyindir ,
memaksa orang lain mengikut keyakinan kita atau bertegang leher tidak lagi
mendapat tempat sekurang-kurangnya di persekitaran seharian saya. Harmoni.
Di pejabat saya ada seorang rakan
yang kami nasabkan sebagai penyokong tegar kepada sebuah parti politik. Beliau
menggunakan istilah ‘ Bapa Tiri Kamu’ kepada ketua sebuah parti lain yang tidak
disukainya. Beliau juga akan memaklumkan kepada kami berita-berita terbaharu
yang panas yang memberikan kelebihan kepada parti yang disokongnya. Saya
percaya ada di kalangan pembaca yang telah memberikan gambaran tertentu kepadanya
berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan.
Sangkaan anda mungkin tidak tepat.
Tidak ada sesiapa di kalangan rakan-rakan beliau yang tersinggung atau marah
dengan tindakannya. Beliau menterjemahkan keyakinan politiknya secara
bersahaja, tidak emosi dan dalam keadaan bergurau! Beliau juga tidak ‘menyinga’
apabila ada di kalangan rakan-rakan yang berhujah mengenai berita-berita
politik kepartian yang disampaikannya.
Sehubungan ini, tidak hairanlah kami
bersalaman sesama rakan dan mengucapkan ‘ Selamat Mengundi’ apabila
meninggalkan pejabat petang semalam (Jumaat – 3/5/13). Yang cantiknya, apabila
ada di antara rakan-rakan yang secara bergurau mengucapkan ungkapan, “ Ini
kalilah”, rakannya membalas “ Lain kalilah” . Dan, begitulah sebaliknya.
Tuan Ujang Kutik,
BalasPadam"Alangkah harmoninya kehidupan ini jika itu yang kita inginkan " : saya sangat setuju dengan ungkapan tersebut. Sebagaimana kita bebas memilih, begitu juga dengan orang lain. :)
Puan Bakawali,
PadamSelamat mengundi.
memang kehidupan akan jadi tenang dan lapang jika masing2 faham kefahaman politik tidak boleh memecahkan sesama islam apalagi adik beradik,bagaimana nak perintah negara jika dlm adik beradik bergaduh pun tak dapat diselesaikan kesian
BalasPadam