Walaupun kehangatan sentimen pilihanraya
begitu panas membara di luar sana, iklim pilihanraya tidak dirasakan sangat di
dalam pejabat saya, yaani sebuah jabatan kerajaan. Tiada sesiapa yang bertegang
leher kerana ingin membenarkan parti/pemimpin masing-masing.
Walaupun senario
ini mungkin mudah difahami dari satu sudut lain, saya lebih yakin ianya
berpaksikan kepada kematangan staf menyantuni kaedah berpolitik.
Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna
naluri keinginan staf untuk membicarakan hal-hal politik telah dikasi. Sebilangan
staf ada membincangkan atau bercakap mengenai politik kepartian tetapi dalam
suasana ‘liberal’ dan terkawal.
Ada berlaku ‘provokasi’ tetapi dalam bentuk
gurauan untuk menguji reaksi kawan yang berlainan fahaman politik.
Kebanyakkan staf tidak mengambil
cuti pada hari Isnin, 6/5/2013, iaitu sehari selepas hari mengundi. Mereka
ingin menggunakan hari Isnin 6/5/13 itu (selepas keputusan PRU 13 diketahui) sebagai
hari berdiskusi, berpost mortem, berdukacita, bergembira atau usik-mengusik sesama
rakan di pejabat.
Masing-masing menunggu 5/5/2013.
Masing-masing akan berjaga malam selepas selesai mengundi. Masing-masing akan
berFB,bertwitter,berblog,bertelefon untuk meluahkan hasil PRU 13 kepada
rakan-rakan setelah menunggu selama lebih 5 tahun . Teruja!
Saudara Ujang Kutik,
BalasPadamSalam. Saya juga teruja untuk mengetahui keputusan PRU kali ini.
Sdr Pak Mail,
PadamSemua seronok. Sebilangan kawan-kawan generasi Y telah berangkat balik kampung. Ada yang membuka overcoat dan menunjukkan T-Shirt parti masing-masing. Saya ucapkan selamat balik kampung dan mengundi dengan tenang.
ujang kutik,
BalasPadamMenarik perhatian untuk saya nantikan antara nye adalah:
1) gelang patah
2) lembah pantai
3) permatang pauh
juga di tenpat saya sendiri..
4) pelabuhan kelang
..selain kawasan2 yang di tandingi 'selebriti' politik dan artis tanahair.
Sdr theolrascal,
PadamTuan, Parlimen Pandan dalam negeri tuan, Selangor juga sangat menarik dalam PRU 13. Saya mengundi dalam Parlimen Pandan.
Berdasarkan senario tempatan, KJ mungkin tiada masalah di Rembau. Blogger Aspan Alias (DAP) juga mengharapkan KJ menang.
Anggaplah catatan ini sebagai pandangan 'part time blogger' yang berusaha menulis dengan bebas tanpa menunjukkan kecondongan yang ketara.He...he..
Selamat mengundi. Saya ada 4 undi. Saya akan mengadakan taklimat pada pagi sebelum pergi mengundi kepada 'rakyat' saya. Sepatutnya mereka tidak ingkar kehendak ketua mereka.
Tuan mungkin ada lebih dari empat........
bertambah keyakinan untuk mengundi BN setelah ceramah tv 3 'kecelaruan pakatan oleh drsidek bapa dan ust muhammad abdullah dan sumpah laknat saiful bahari dimekah,pas kena balik ke matlamat asal membina negara islam
BalasPadamSdr Tanpa Nama,
BalasPadamSaya rasa mengenali saudara. Selamat mengundi.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam