Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 4 Mei 2013

LANDSKAP PENGUNDI SELANGOR : 3 (TIGA) ZON PENGUNDI YANG SEBAIKNYA DIKETAHUI


Bagaimanakah LANDSKAP politik Negeri Selangor selepas keputusan PRU Ke-13 pada 5 Mei 2013 ini diketahui?

Blogger picisan yang umpama melukut di tepi gantang jangan jawab soalan itu. Bukan anda sahaja yang akan dimalukan tetapi kami yaani rakan-rakan blogger picisan yang lain juga akan turut mendapat tempiasnya jika anda menjawab. Jangan memandai-mandai membuat kerja ‘tidak senonoh’ itu. He..he..

Kita mana ada ‘standard’ membincangkan isu-isu ilmiah dan berprofil. Kita cuma layak menulis mengenai kisah-kisah peribadi – kampung kita, kampus kita, tempat-tempat yang dilawati, keluarga kita, hobi kita, rakan-rakan, nostalgia,….

Sempitnya dunia kita.

Namun, sebagai ‘blogger’ kita mesti ada keyakinan diri. Jangan terlau merendah diri. Pada setiap kesempatan ketika di lapangan kita hendaklah siap siaga agar sepadan dengan anugerah ‘Blogger’ yang ‘diamanahkan’. 

Ketika itu kita bukan lagi insan pesara, staf jabatan kerajaan/swasta, pelajar universiti, suri rumah, ‘unemployed’ dan sebagainya. Kita adalah ‘Blogger’! Seorang 'Blogger' akan ke sana sini membimbit lap top/tab, ada kamera, ada buku catatan dan sebilangan yang tidak malu berkaca mata hitam. 'Blogger' seperti kita adalah pemerhati yang  sentiasa mengintai-ngintai segala sesuatu untuk diabadikan dalam blog masing-masing. 

Setiap momen yang kita lihat dan alami akan dicatat dan kalau perlu akan dirakamkan gambarnya sekali. Dan terutamanya, ketika orang sibuk dengan kerja-kerja pilihanraya sekarang, kita, ‘Blogger’, sewajarnya turut serta menyibuk.  

Ingat! Jangan sekali-kali membuat analisa mengenai parti mana yang menang dan parti mana yang kalah. Itu bukan ‘standard’ kita. Buatlah kerja-kerja ‘Blogger’ setaraf kita seperti yang saya lakukan ini:

Tajuk : Landskap Pengundi Negeri Selangor

·        Pengundi : Lebih kurang 2,000,000 (2 juta) orang

·         Peratus Pengundi Melayu : 50.64%

.     Peratus Pengundi Bukan Melayu : 49.36%

 (Cina=34.26%,India=10.03%,Lain+1.07%)

·        Kawasan Majoriti Pengundi Melayu (70% pengundi Melayu): 10 kawasan;

1.       Sg. Air Tawar
2.       Sabak
3.       Sg. Panjang
4.       Sg. Burung
5.       Jeram
6.       Dengkel
7.       Gombak Setia
8.       Hulu Kelang
9.       Kota Anggerik
10.   Batu Tiga

Keputusan PRU 12 – BN=6, PR=4

 .  Kawasan Majoriti Pengundi Bukan Melayu (Pengundi Melayu kurang 35%) = 10    kawasan;

1.       Teratai
2.       Sri Kembangan
3.       Bukit Gasing
4.       Kg.Tunku
5.       Damansara Utama
6.       Pandamaran
7.       Kota Alam Shah
8.       Telok Datok
9.       Rawang
10.   Kuala Kubu Baru

Keputusan PRU 12 – BN=1,PR=9

·      Kawasan Pengundi Campuran (Pengundi Melayu 35%-69%) = 36 kawasan;

Kawasan Campuran di Negeri Selangor bertambah apabila proses persempadanan semula dilaksanakan dari tahun 1985 hingga 2002. Kawasan-kawasan yang diistilahkan sebagai Kawasan Campuran adalah 36 kawasan selain dari 20 kawasan yang dinyatakan di atas. Dikatakan bahawa mana-mana parti yang lebih banyak memenangi kawasan ini akan memenang pilihanraya di Negeri Selangor.

Keputusan PRU 12 – BN=13,PR=23


CATATAN TAMBAHAN:

Di antara asas memilih pemimpin dalam sistem Adat Perpatih ialah adanya sifat cerdik dan amanah pada diri pemimpin itu. Cerdik ada lapan karektor. Cerdik yang dikehendaki ialah 'Cerdik Berakal' dan 'Cerdik Tahu Pandai'.

Cerdik Lapan:

Cerdik dakwa jawab
Cerdik keji-mengeji
Cerdik kecek-mengecek
Cerdik tipu-menipu
Cerdik putar-alam
Cerdik berakal
Cerdik tahu pandai.

Setiap kecerdikan harus dibawa ke jalan yang positif supaya wujud keadilan dalam pentadbiran. Jangan ada yang mementingkan kepentingan peribadi. 











SUMBER : BANGIPOLL DAN BUKU TEROMBA (Mohd Rosli Saludin)

6 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Yes!..

    PRU ada lah antara peristiwa besar yang di lalui oleh negara...
    Kita harus mencatit nye..kerna kita berada disitu bersamanye...hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kita harus mencatitnya. Ini negeri kita....he...he...
      Jangan kecil hati kerana saya juga mengaku Selangor ini negeri saya..

      Padam
  2. Selamat mengundi.

    BalasPadam
  3. Hendak mengulas tentang politik kebanyakan pandai, cerdik dan yang tak cerdik. Saya cuma ambil gambar menunjukkan hebatnya oergolakan menunjulkan kekeuatan dan kebaikan. Sampai sekarang, dah pukul 10 lebih, masih tak tentu yang mana akan dipakah nanti petang.

    Tuan pandai membuat analisa sebagai blogger. Suabas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikom,

      Kalau kita peramati hampir semua analisa dan bancian yang dibuat oleh pihak berautiriti sekalipun tidak dapat diterima oleh semua pihak. Institusi ini juga dilanda sindrom 'hilang keyakinan'.

      'Analisa rakyat' lebih tepat dan mutlak.

      Semoga tuan sempat memangkah sebelum pukul 5.00 petang.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."