hari sudah siang
upek cantik upek cantik
campamlah sayang
Suatu waktu dahulu, jauh di sebuah perkampungan, latarnya gunung ganang, bukit bukau, ada anak air dari gunung - airnya dingin jernih, ada sawah - saujana mata memandang, mencari belalang malam selepas hujan, anak-anak meniup serunai padi, orang kahwin selepas musim menuai, berdikir hingga pagi - gegar rumah patah lantai, anak perawan - sekampung pandang-pandangkan, menumbuk emping di malam hari, kawanan kerbau di hujung kampung, itik pulang petang - telor ditinggal di rumpun padi, geduk memanggil ummah, ada orang mengintai serindit di dahan halban, ada orang 'mengecar' di anak sungai - ada ikan sembilang, ada ikan puyu, masih ada limbat, masih ada sebarau, masih ada terebul, ada pokok pauh, ada pokok binjai, ada pokok kerdas, ada pokok sepam, ada lagi sarang tempua di pelepah nyiur, durian di dusun masih berbuah,
orang kenduri tetamunya se kampung, anak perantau mengidam rendang daging kerbau pucuk mali-mali,seisi kampung menimba lubuk-hasilnya sedikit sama dibahagi, pemuda berjoget di pentas kahwin - bengkak muka berebut perempuan, berbelanja di pekan kota, mengaji malam bawa pelita - ajar mengaji tiada berupah,melaka-putera kampung ini yang perintah...
ulang alik ulang alik
hari sudah siang
upek cantik upek cantik
campamlah sayang
orang kenduri tetamunya se kampung, anak perantau mengidam rendang daging kerbau pucuk mali-mali,seisi kampung menimba lubuk-hasilnya sedikit sama dibahagi, pemuda berjoget di pentas kahwin - bengkak muka berebut perempuan, berbelanja di pekan kota, mengaji malam bawa pelita - ajar mengaji tiada berupah,melaka-putera kampung ini yang perintah...
Sekumpulan anak-anak lelaki-perempuan sepermainan, mengejar suka sesama sendiri... yang dikejar terus mengulang-ngulang senandung anak zaman....ulang alik ulang alik, hari sudah siang, upek cantik upek cantik, campamlah sayang,yang mengejar;upek dan campam pura-pura marah diusik sedemikian....
ulang alik ulang alik
hari sudah siang
upek cantik upek cantik
campamlah sayang
....senandung itu merentas zaman, namun, gemanya tidak lagi kedengaran......
salam tuan,
BalasPadamterima kasih melawat dan memautkan blog saya, saya juga telah berbuat demikian terhadap blog tuan yang ini. salam persahabatan ~ azam
Sdr Azam,
BalasPadamsaya amat berbesar hati di atas kesudian tuan menjenguk blog saya yang seadanya.
sememangnya saya telah lama mengikuti puisi-puisi tuan. saya seronok membacanya.
terima kasih.