Secara ringkasnya, Orang Semenda atau orang mendatang ialah lelaki samada di kalangan Orang Negeri Sembilan sendiri atau bukan Orang Negeri Sembilan (orang luar) yang mengahwini orang perempuan Negeri Sembilan.
Mengikut sistem Adat Perpatih, orang lelaki akan berpindah ke kampung isteri dan menduduki rumah pusaka serta mengusahakan tanah pusaka milik isterinya. Sehubungan ini, terdapat beberapa kata perbilangan mengenai Orang Semenda di Negeri Sembilan.
Kata-kata perbilangan tersebut jika ditafsir secara luaran sahaja akan memberikan persepsi negatif ke atas sistem Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan. Di antara kata perbilangan tersebut ialah seperti yang saya salin dari buku ‘Teromba Dalam Puisi Melayu Tradisional’, tulisan Dato’ Dr. Mohd Rosli Saludin.
“Orang Semenda ini
Disuruh pergi
Dipanggil datang
Ibarat membela ternakan
Pagi melepaskan
Petang menutup
Orang Semenda
Pertama beripar-lamai
Kenal mengenal
Diunjuk rumah
Papan yang sebilah
Atap yang selayar
Kampung yang bersudut
Rumah yang berketak tangga
Kok nan ada jangan dihabis
Kok kurang ditambah
Kok pendek disambung
Kok tiada ditambah
Ikhtiar dan usaha dituntut.”
Kata perbilangan di atas seolah-olah menggambarkan bahawa Orang Semenda (lelaki mendatang) teramat hina kedudukkannya. Contohnya, disuruh pergi, dipanggil datang.
Dan, mungkin dari inilah timbulnya mitos di kalangan orang luar (Orang dari luar Negeri Sembilan) terhadap Orang Negeri Sembilan. Mitos tersebut dapat diterjemahkan dalam satu ayat, iaitu, “Kalau berlaku perceraian, pihak lelaki akan tinggal sehelai sepinggang!”
Saya, anak Negeri Sembilan, kerapkali diajukan soalan oleh rakan-rakan yang berasal dari luar Negeri Sembilan mengenai perkara ini. Sebenarnya, pertanyaan tersebut lebih menjurus kepada provokasi.
Hakikatnya, lelaki yang berkahwin dengan Orang Negeri Sembilan, banyak untung dari ruginya. Sekurang-kurangnya lelaki itu telah ‘disediakan’ rumah dan tanah pusaka milik isteri untuk dikerjakan bagi menyara keluarganya, yaani isteri dan anak-anaknya. Andainya lelaki itu hendak lebih dari itu, dia hendaklah berusaha untuk mendapatkan tanah carian sendiri.
Di dalam keadaan biasa, bukan sahaja di Negeri Sembilan, malahan di mana sahaja, tidak akan berlaku tanah milik isteri dipindahmilik kepada suami dengan sewenang-wenangnya.
“Sekarang diberilah dikau (Orang Semenda) memerintah bendul yang empat. Maka belalah sawah ladang kampung halaman.Mana yang ada pelihara. Mana yang tidak ada cari belikan. Sudah ada kau tambahkan.”
(Petikan dari buku ‘Teromba Dalam Puisi Melayu Tradisional’ tulisan Dato’ Dr. Mohd Rosli Saludin)
Secara ringkasnya, Orang Semenda yang rajin berusaha akan membahagiakan keluarganya dengan mengusahakan tanah pusaka milik isterinya. Orang Semenda yang rajin berusaha,yaani yang 'pandai buat pagar' dan 'parang sentiasa terselit di pinggang' juga tidak akan ‘Tinggal Sehelai Sepinggang’ jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Dia masih ada zuriat keturunan atau harta/tanah carian miliknya sendiri.
Tuan Ujang,
BalasPadamTak berkahwin dengan perempuan Nogori pun kita jadi semenda juga...
Dah tu ..isteri dan anak2 sekeluarga pasti nye menjadi keutamaan kita kan....hehe, raso den laa..
yg pasti kawin dgn pompuan ghombau tidak akan masuk suku ,,,,,,,
BalasPadamSaudara Ujangkutik,
BalasPadamPernyataan 'kalau bercerai, kau keluar sehelai sepinggang' sering juga saya dengar sewaktu zaman bujang. Maka itu, barangkali ramai juga anak-anak bujang dari luar Negeri Sembilan terlalu berhati-hati memilih jodoh.
Itu masa lampau. Sekarang saya tidak lagi.
Sdr theolrascal,
BalasPadamTuan,
Memang isteri dan anak-anak menjadi keutamaan kita. Tambah lagi satu - cucu. Den tengok orang yang telah ada cucu bukan main asyik lagi mereka.
Sdr Pak Oncu,
BalasPadamTuan,
Den tak termasuk dlm spesis tu. Isteri den oghang Melaka.
Sdr Pak Mail
BalasPadamTuan,
Persepsi tersebut belum terhakis sepenuhnya.Baru-baru ini saya diaju dengan persoalan ini.
Suami adek perempuan saya juga bukan orang Negeri Sembilan. Saya dapati beliau suka sahaja dan tiada masalah,
Salam Tuan..,
BalasPadamAdat pepatih tu sebonarnya lobih bertujuan menjago keselamatan dan kesejahteraan kaum hawo nogori kalau dio dapek LAKI yg tak sempugeh kelakuan eh tak kirolah orh nogori atau org luar...Allahua`lam.... org ghumah den org bintongan...
Tuan,
BalasPadamMemang betul,kok dapek adek/abang ipar ko yang perangainya tak somonggah susah juga kito.Motong maleh.Pagi ke potang duduk bebughak kek kodai kopi yo.