Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 15 Disember 2011

pepatah bugis: narekko sompeko,aja muahcaji anaguru,ancaji pungggwako (jika merantau janganlah menjadi anak buah, tetapi berjuanglah menjadi pemimpinnya)



ETNIK Bugis ialah etnik minoriti di negara ini. Nenek moyang mereka berasal dari Sulawesi, Indonesia. Tidak banyak diketahui mengenai etnik ini kecuali bagi mereka yang hidup bermasyarakat dengan etnik Bugis samada di Johor khususnya di sekitar Kukup dan Pontian dan beberapa tempat di Selangor dan Perak.

Sejarah mencatatkan bahawa orang Bugis ialah pelayar dan pelaut yang hebat. Mereka dilabelkan sebagai masyarakat yang sentiasa mahu berada di atas, yaani menjadi golongaan yang mempunyai kelebihan, menonjol dan berkuasa. Mereka juga dikatakan suka menyendiri dan tidak suka bergaul dengan golongan etnik lain.

Sehubungan ini, terdapat sebuah pepatah Bugis yang mungkin dapat membantu kita mengenali etnik ini dengan lebih lanjut lagi. Pepatah itu berbunyi, "Narekko sompeko,aja muahcaji anaguru,ancaji pungggwako." Erti pepatah tersebut di dalam Bahasa Melayu ialah, "Jika merantau janganlah menjadi anak buah, tetapi berjuanglah menjadi pemimpinnya."

Sesungguhnya, pepatah Bugis itu amat sesuai dijadikan moto hidup. Seseorang yang mengamalkan pepatah itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang hebat. Sebagai seorang Islam, sudah pasti dia juga akan mematuhi lunas-lunas yang dibenarkan oleh agama dalam merealisasikan cita-citanya. 




10 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Arwah ibu saya berketurunan Bugis dan kami mempunyai beberapa saudara di Benut, Pontian. Saya merasa agak kerugian kerana tidak tahu berbahasa Bugis. Ini kerana ayah saya berketurunan Jawa.Oleh itu bahasa harian yang digunakan adalah bahasa Melayu. Begitu juga saya tidak tahu berbahasa Jawa.

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Saya meminta maaf jika ada di antara catatan ini tidak tepat dan menyinggung perasaan tuan yang ada darah keturunan Bugis yang hebat itu.Sumber catatan ini cuma bersandarkan kepada bacaan sahaja.

    Kecintaan kepada laut dan kapal membuktikan bahawa darah pelayar dan pelaut yang sinonim dengan etnik Bugis masih masih tersisa dalam diri fizikal dan emosi tuan.

    Memang betul dialek etnik terutamanya generasi perantau (dari kampung ke bandar)menghadapi masalah. Anak-anak saya sendiri tidak mahir bercakap dalam dialek Negeri Sembilan. Anak-anak jiran saya yang berketurunan Jawa Batu Pahat juga tidak tahu dan tidak faham dialek Jawa.

    Mungkin generasi kita ke arah generasi '1Malaysia' yang sebenar.

    BalasPadam
  3. Saudara Ujangkutik,

    Tiada apa yang perlu dimaafkan.

    Kebetulan memang benar, orang Bugis amat sinonim dengan kehidupan sebagai pelaut.

    Datuk saya (ayah arwah ibu saya) adalah seorang bekas kapten kapal ketika kami di Singapura. Adik ibu saya juga seorang pelaut kapal dagang selama puluhan tahun.

    Begitupun salah seorang anak lelaki saya sedang menunggu panggilan dari MISC untuk bertugas sebagai juru mekanik. Insya'Allah.

    Kebetulan, ini semua ketentuan Allah swt.

    BalasPadam
  4. Ujang Kutik,

    Jangan pulak jadi macam si tanggang ye..ekeke..

    BalasPadam
  5. Sdr theolrascal

    Tuan,

    Tuan perimba? Penakluk rimba termasuk rimba, bukit dan gunung,

    BalasPadam
  6. Sdr Pak Mail,

    Tuan,

    Pelabuhan, pulau, kapal,rindu, ufuk timur,ombak,camar, gadis pulau....maaf saya beremosi melalui pembacaan tetapi tidak pernah mengalaminya.

    BalasPadam
  7. Mentera Al-Malakawi3 Jun 2012 pada 9:14 PTG

    ramai yg tidak tahu sebenarnya trdapat juga org bugis yg menetap di Negeri Sembilan(Linggi,Rembau) dan di Melaka(K.Sg.Baru,Masjid Tanah) sehingga skarang..dan sape2 yg tau Fort Supai@Bukit Supai di situ la bermulanya perjalanan org bugis di N9 n Melaka...saudara nenek saya yg tinggal sekampung adalah keturunan bugis tapi bukan bagi nenek saye..kerana dia ada campuran bugis+acheh..kat kg.nie kami semua tidak berbahasa bugis tapi berbahasa N9..atau bahasa Hulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Mentera Al-Malakawi,

      Memang ramai yg tidak tahu kehadiran masyarakat Bugis di N.Sembilan & Melaka.

      Sdr dan sahabat Bugis yg lain mengalami proses asimilasi kerana ada kelompok yg lebih dominan.T.Kasih di atas info yg amat bernilai ini.

      Padam
  8. Assalamualaikum.. kami daripada Universiti Kebangsaan Malaysia ingin membuat kajian mengenai etnik masyarakat Bugis, boleh kami meminta sedikit bantuan daripada pihak anda untuk membantu kami dalam memahami etnik masyarakat bugis di kawasan tersebut. Jika sudi, sila hantar maklum balas anda kepada kami. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  9. Sdr Nik Fikrie Nik Hussein,

    Waalaikomsalam.

    Jujurnya saya bukan Orang Bugis. Pepatah itu saya perolehi pembacaan dan mendapati sesuai untuk disebar-luaskan.

    Saya cadangan Saudara jenguk blok ' Nagari Nan Tuo' di www.nagarinantuo.com

    Blog tersebut dan pemiliknya mungkin boleh membantu. Mungkin ramai orang tidak mengetahui bahawa di Linggi, Negeri Sembilan ada komuniti Bugis.

    Semoga Allah permudahkan pencarian Saudara dan rakan-rakan.

    T,Kasih.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."