Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 26 Julai 2012

05 RAMADHAN 1433H : KITA TIDAK ALIM,TETAPI TIDAK JAHAT

Semalam, Rabu, 5 Ramadhan 1433H bersamaan 25 Julai 2012, telah 5 hari kita menjalankan ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Umpama pasukan bolasepak dalam perlawanan final, kita dan umat Islam yang lain masih melakukannya secara hati-hati. Kita ‘sang pelaku’; ‘maintain macho’, tertib dan kelihatan bertata laku lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Kalau ada rakan-rakan kita yang terlanjur cakap, kita akan mengingatkannya, “ Kita sedang berpuasa.”
Juga, telah bermula anjakan di kalangan rakan-rakan kita terutamanya yang di usia warga emas. Mereka yang sebelumnya tidak pernah solat (yang kita lihat di pejabat), telah cuba-cuba dengan malu-malu memberanikan diri memakai ketayap dan bersolat di surau pejabat. Maka terkeluarlah kalimah-kalimah yang menyayat hati, “Aku ingat mualaf mana tadi.” Sabar, “Saya sedang berpuasa.” He…he…
Di kalangan rakan-rakan kita yang ‘kaki ekor’ telah menghentikan aktiviti tidak senonoh tersebut. Seorang ‘kaki ekor tegar’ meluahkan kepada kawan-kawannya betapa sukarnya dia mengekang nafsu membeli ‘nombor ekor’ ketika dalam bulan Ramadhan. Katanya, “Seksanya dan hebatnya dugaan yang terpaksa saya tanggung.”
Walaupun rakan-rakan agak terganggu sedikit dengan niatnya akan meneruskan semula habit membeli nombor ekor selepas selesai Ramadhan, rakan-rakan mengharapkan agar berlaku keajaiban kepadanya. Manalah tahu, berkat berpuasa dan mendirikan solat lima waktu ketika dalam bulan Ramadhan akan mengubah cara kehidupannya selepas ini.
Kita sendiri yang ‘alim tidak, tetapi tidak jahat’ juga berusaha menjadi lebih baik. Insya Allah kita ialah di antara ratusan jumaah di masjid/surau kawasan perumahan kita yang dengan sabar dan tekun memakmurkan bulan Ramadhan dari hari pertama hingga hari terakhir bulan mulia ini. Pendek kata, susah juga kita hendak melepaskan pemergian bulan Ramadhan apabila sampai ke penghujungnya nanti.
Walaupun telah nampak bermulanya gelombong kesusutan jumaah, setakat hari ke-5 Ramadhan 1433H, segala-galanya masih berjalan dengan baik, sopan santun dan terkawal. Selamat menempuh hari ke-6, ke-7, ke-8………..dan akhir Ramadhan 1433H. Insya Allah. 
Kitalah pelaku yang mencorak warna warni dan aromanya!       

4 ulasan:

  1. Ujang Kutik,

    kalau saya boleh buat penambahan pada tajuk entri yang menarik ini..

    ''..kita tak buat pahala..kita juga tidak mencari dosa..''

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      He...he..

      (Saya cuti paip air di rumah pecah).

      Padam
  2. Saya rasa tak perlu kita mengkaji baik buruk perbuatan orang dibulan mulia ini. Cukuplah kita buat apa saja yang baik dengan anak isteri. Yang kita tahu perbuatan yang tidak memberi menafaat kita cuba kurang, kalau tidak tinggal kan langsung. Betul tak ?

    Tak habis habiskah paip air pecah. Saya pakai telaga dan timba. Bil air pun tal ada!

    Selamat berpuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Al-Manar,

      Benar, manusia sangat cepat dapat mengetahui, namun selalu terlambat mempraktikkannya.

      Kami di Selangor dapat subsidi air 20m3 pertama,

      Selamat menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."