Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 7 Julai 2012

tarbiah orang asal: jangan kita aniaya mereka


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mengumumkan program pertama seumpamanya, yaani menggerakkan kira-kira 300 pendakwah bebas ke perkampungan Orang Asal seluruh negara akan dilakukan pada bulan Ramadhan ini.  

Kita bersangka baik. Walaupun program sedemikian adalah 'pertama seumpamanya' dijalankan oleh Jabatan beliau, kita percaya masih ada pihak lain samada jabatan-jabatan kerajaan, pihak-pihak bukan kerjaaan, NGO, individu atau  pendakwah bebas menjalankan kerja-kerja dakwah sepanjang masa di perkampungan saudara kita masyarakat Orang Asal.

Kalau tidak ada yang berbuat sedemikian, 'nyayalah' saudara-saudara kita Orang Asal itu. Saudara-saudara kita itu kekurangan dari segala segi - pendidikkan, ekonomi dan kesedaran beragama walaupun telah memeluk agama Islam.  

Bayangkanlah, masih ramai di kalangan keturunan Melayu sendiri yang tidak mengambil tahu langsung hak masa yang paling asas - Subuh kah, Zuhur kah, Asar kah, Maghrib kah, Isyak kah, solat Jumaat kah, puasa Ramadhan kah.....Kalau yang sedang bermain dart, akan terus kusyuk bermain dart pada waktu orang lain kusyuk melakukan solat Jumaat.

Bayangkanlah, betapa dasyatnya lagi keadaan hidup beragama saudara kita Orang Asal yang beragama Islam di perkampungan pedalaman jika dibiarkan tanpa tarbiah.

Mereka, Orang Asal yang beragama Islam adalah saudara kita. Mereka adalah sebahagian dari kita. Jangan kita aniaya mereka. Kita ialah; saya, anda, jabatan-jabatan agama, badan-badan bukan kerajaan, ahli agama, penceramah bebas termasuk penceramah yang 'meletup',...

Pada alaf kebanyakkan manusia berkiblatkan materialistik ini , kita masih beranggapan bahawa masih ada di kalangan kita yang sanggup menyampaikan dakwah secara berterusan di perkampungan pedalaman Orang Asal dengan ikhlas kerana Allah.

Kita menerima cahaya iman hari ini kerana adanya hamba Allah seperti itu beratus tahun yang lalu. Kalau tidak, 'nyaya' kita. Dengan kesedaran ini, jangan kita 'aniaya' saudara seIslam kita dari kalangan masyarakat Orang Asal.Kasihanilah, sayangilah dan tolonglah mereka sedaya upaya kita.      

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."