Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 2 November 2012

RAPAT-RAPATKAN SAF

Dua minggu lepas ketika menghadiri majlis pertunangan anak kepada seorang saudara di Taman Al-Amaniah, Batu Caves saya berkesempatan solat zuhur berjumaah di Masjid Al-Amaniah.
 
Masjid Al-Amaniah diselenggara dengan baik - bersih dan bermaklumat. Banyak maklumat dan amaran (ada juga di antaranya berlebih-lebihan) dipaparkan di dalam premis masjid. Dari fadhilat melakukan amalan, peringatan mengenai keselamatan barangan pengunjung kepada menjaga kebersihan tandas.
 
Di antara yang menarik perhatian saya ialah cara-cara sebenar merapatkan saf yang dipaparkan di paparan elektronik. Paparan yang difokuskan berulang kali itu menunjukkan kaedah sebenar membetulkan saf semasa sembahyang berjumaah. Mengikut paparan tersebut, bahu kiri dan kanan serta tumit kaki sebelah kanan dan kiri seseorang jumaah hendaklah rapat dan bersentuhan dengan jumaah di sebelah kanan dan kirinya

 
Tidak dinafikan bahawa kaedah membetulkan saf diketahui oleh semua orang. Namun demikian, yang menjadi masalah ialah pelaksanaannya. Pergilah di masjid-masjid di negara ini, pelaksaanaan kaedah sebenar masih diabaikan. Seolah-olah jumaah 'jijik' atau 'geli' hendak bersentuhan bahu dan tumit kaki kanan-kiri dengan saudara jumaah yang lain.
 
Mungkin untuk merealisasikan kaedah sebenar membetulkan saf, pengurusan masjid perlu melakukan 'task force'. Di masjid saya, solat sunat qabliah Isyak (solat sunat sebelum solat fardhu Isyak) 'wajib' dilaksanakan selepas ditegur oleh seorang Tuan Guru dan ahli politik yang sangat terkenal dari Kelantan. Beliau menegur apabila mendapati jumaah terus hendak menunaikan solat fardhu Isyak selepas kuliah Maghrib tanpa melakukan solat sunat sebelum Isyak terlebih dahulu.
 
Semoga catatan ini ada manfaatnya kepada pembaca.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."