Tika alam
merengek,
getar ghairahnya tertampan malu,
pada jajar-jajar batu yang setia,
dan pepohon hakiki yang meneman.
Lalu,
angin lembah menyingkap,
busana alam yang lerai,
bak perawan memperaga diri-sunti ,
bernama aku berteleku,
terpegun dan kagum.
Alam,
aku ingin bersama mu,
sekalipun pada kerlingan fatamorgana,
seperti ini.
getar ghairahnya tertampan malu,
pada jajar-jajar batu yang setia,
dan pepohon hakiki yang meneman.
Lalu,
angin lembah menyingkap,
busana alam yang lerai,
bak perawan memperaga diri-sunti ,
bernama aku berteleku,
terpegun dan kagum.
Alam,
aku ingin bersama mu,
sekalipun pada kerlingan fatamorgana,
seperti ini.
Saya sangat teruja apabila
berurusan dengan alam semula jadi. Pada saya bukit-bukau, gunung-ganang, kampung,
lembah, tasik , sungai, sawah padi dan mergastua
ada aura yang menakjubkan. Saya boleh jadi asyik apabila berkesempatan mengakrab
diri dengan elemen-elemen itu. Agak menghairankan, aura laut kurang menarik minat saya.
Sepanjang perjalanan Kuala
Terenggau – Kuantan ke Kuala Lumpur, saya merintas Lebuh Raya Jerangau-Jabur yang
jaraknya lebih kurang 200 km. Kepada pembaca yang belum pernah melalui lebuh
raya yang memiliki nama klasik atau purba ( Jerangau-Jabur) ini mungkin
menggambarkan bahawa laluan ini sarat dengan pemandangan alam semula jadi yang boleh melekakan.
Jangkaan anda jauh tersasar.
Hampir semua elemen alam semula jadi di kawasan ini telah menjadi sejarah masa lampau!
Kecuali masih tersisa beberapa
buah tasik sebelum sampai ke Bukit Besi, laluan sepanjang Lebuh Raya
Jerangau-Jabur tidak ada bezanya dengan tempat-tempat lain yang terpaksa mengalah
kepada ‘sebuah pembangunan’. Boleh dikatakan sebahagian besar kawasan di sini telah
dan sedang ditanam dengan tanaman kelapa sawit.
Saya mengalamun betapa indahnya
alam semula jadi di kawasan itu sebelum ‘diperkosa’ oleh ‘sebuah pembangunan’.
Sebuah mutiara kata berbunyi, “ Saya lebih suka lamunan bagi masa yang akan datang daripada lamunan sejarah masa lalu.” Sungguhpun demikian, naluri saya masih tidak dapat menerima sepenuhnya mutiara kata itu.
Assalamualaikum saudara ujang kutik,
BalasPadamSaya mula ikuti blog saudara semasa rindu sungguh pada rumah minang kabau Almarhumah Wan Jenab saya yang telah ditelan arus permodenan.
Bila baca tajuk entri saudara ujang saya terpanggil untuk membacanya, yang membeza tentang tajuk yang menghampiri tajuk ini tetapi sama ialah kita lalu jalan yang sama, dan saya ada merakam gambar. Jika sudi sila kan melihat nya bila rindu pada alam yang telah mungkin lenyap kerana jarak penulisan kita pada entri yang sama sekitar 1 tahun. Di sini alamat entri saya http://laishye.blogspot.com/2012/06/pergi-dungun-melalui-jalan-jabor-entri.html
Pn Azni,
PadamOrang Negeri Sembilan juga memanggil nenek 'Uwan' atau 'Wan'.
Gambar - gambar dalam blog puan sangat menarik. Saya menunggu rakaman di sekitar Endau-Rompin pula.