Pengikut

Assalamualaikom

RAMADHAN: KITA MUDAH MENGERJAKAN IBADAT.....

TERATAK ZAABA

TERATAK ZAABA
Di Teratak Zaaba, Kg.Bkt.Kerdas, Jempol, Batu Kikir, N.Sembilan

Isnin, 25 Februari 2013

syeikh, zaman dahulu perang dengan pedang.......

Seketika selepas usai solat maghrib di sebuah masjid bersama beberapa orang jumaah Tabligh di sebuah negeri di  Pantai Timur, seorang awal 40-an, memasuki ruang masjid. 

Dia tidak solat tetapi terus ke arah kumpulan Jumaah Tabligh yang berkumpul sesama mereka di beranda masjid. Dia tidak mengucapkan salam. Dia juga tidak memperkenalkan diri.

Dia terus 'menyakat' kumpulan Jumaah Tabligh. Katanya, " Syeikh, zaman dahulu perang dengan pedang, sekarang perang dengan memangkah. Syeikh jangan nyahkan dunia."

Tiada seorang pun ahli kumpulan Jumaah Tabligh yang ada di antaranya memiliki air muka orang cerdik dan terpelajar menyanggah khutbah orang itu. Mereka cuma memerhati dan membiarkan orang itu menyampaikan ceramah politik sebebas-bebasnya.

Orang itu berkata lagi dengan penuh semangat, " Azan (dengan kuat) tidak lagi dibenarkan di Negeri XXXX. Bla...bla...bla."

Ahli Jumaah Tabligh masih menjadi pendengar yang baik. Membenarkan tidak. Menyanggah pun tidak.

Selepas puas 'berceramah' orang itu meninggalkan masjid dan Jumaah Tabligh. Dia juga tidak mengucapkan salam. Dia pergi dengan memandu sebuah kereta pacuan empat roda buatan Jepun. Sepertimana tidak diketahui dari mana datangnya, juga tidak diketahui destinasi berikutnya.

Kumpulan Jumaah Tabligh juga dilihat tidak ingin tahu siapa orang itu. Mereka tidak menyebut  dan tidak memperkatakan langsung hal orang itu selepas pemergiaannya!  




  

       

2 ulasan:

  1. IM juga selalu berdebat dengan grup Tabligh ini yang tidak ambil berat hal-hal kenegaraan.

    Tapi ada sorang tu yang bila IM kritik UMNO, dia seperti marah.

    Sekarang ini jarang-jarang ada di surau bersama IM seperti sebelum ini.

    IM juga pernah tegur aakan sikapnya yang suka merokok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Sekalipun mereka berketerampilan seperti di sebelah kita, tidak semestinya mereka sebegitu. Namun, mungkin juga bukan semuanya.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."