Saya pernah meluahkan secara bagi
pihak perasaan tersinggung isteri dan kakaknya yang menghadiri satu majlis
perkahwinan anak lelaki kepada saudara
terdekat mereka di Tanjung Karang, Selangor dalam bukan salah orang jawa blog saya
lebih dua tahun ( 31/12/2010) yang lalu. Saudara terdekat isteri saya itu Orang Melaka yang berkahwin
dengan wanita keturunan Jawa Tanjung Karang, Selangor.
Al-kisahnya, isteri dan kakak
ipar saya mendakwa kononnya isteri kepada saudara mereka itu tidak memberikan
layanan yang sesuai kepada ahli keluarga yang datang dari jauh (Ampang dan Melaka).
Mereka bukannya tersinggung kerana tidak dibekalkan makanan ketika balik. Mereka
tersinggung kerana isteri saudara mereka itu langsung tidak datang menjenguk saudara
terdekat sebelah suaminya di khemah makan tetamu. Waktu kami datang pula bukannya
waktu puncak. Tempat kami duduk juga dilihat oleh isterinya yang berada di
beranda rumah melayan tetamu lain.
Baru-baru ini selepas solat
fardhu Asar di surau pejabat, seorang kawan keturunan Jawa yang dengannya saya selalu
bergurau khususnya jika masing-masing telah agak lama tidak ‘menjejak tangga
surau’ pejabat dan beliau juga sekali sekali mengunjungi blog saya menghampiri
saya.
Beliau cuba membetulkan persepsi saya,
isteri dan kakak ipar terhadap isteri kepada saudara terdekat isteri saya ketika
menghadiri majlis perkahwinan saudara di Tanjung Karang, Selangor lebih setahun
yang lalu. Katanya, “ Tidak boleh kecil
hati kepada Si Isterinya kerana itu adat Orang Jawa melayan tetamu dalam majlis
perkahwinan. Si Suami akan melayan tetamu di khemah makan dan Si Isteri pula
melayan tetamu di dalam rumah.”
Saya tidak menyanggah penjelasan
kawan itu. Bagaimanapun, jauh di sudut hati saya berkata-kata, “ Sikap tiada
kaitan dengan sesuatu keturunan tetapi adalah milik individu.”
dengar cerita, org jawa semua baik2... betul ke?
BalasPadamSdr Sirap Limau,
PadamBenar belaka.......