Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 15 Mei 2013

KUALA LUMPUR - CUKAI, KEMAMAN



DATARAN CUKAI WAKTU MALAM
(TERLETAK DI MUARA SUNGAI)
Isnin, 13 Mei 2013, 3.00 petang, saya sendirian memandu ke Cukai, Kemaman selepas menghantar anak ke kolejnya di Gombak. Saya jangkakan akan sampai di Cukai, yang letaknya lebih kurang 300 km dari Ibu Kota paling lewat jam 7.30 malam, iaitu lebih kurang 5 jam perjalanan.


Memandu sendirian perlu fokus. Sedikit leka akan mengundang perkara tidak diingini. Namun demikian, ianya memberi ketenangan ketika mengakrab diri dengan alam dan pemandangan di sepanjang jalan. Juga, memberi ruang untuk muhasabah diri.


Angkuhnya diri ini, hujan sedikit dijadikan alasan tidak pergi surau. Kuatnya prasangka diri ini, jumaah Tabligh keluar 3 hari berdakwah dituduh mengabaikan anak dan isteri. Sombongnya diri ini, segala-galanya untuk diri, isteri dan anak-anak semata-mata tanpa ambil peduli insan dan hamba Allah (termasuk haiwan) lain yang dalam kesusahan. Bebalnya diri ini, orang lain menginfakkan diri, harta dan masa di jalan Allah dibiarkan sendirian tanpa disokong.  


Kini diri ini kononnya sedang melangsungkan satu tugas yang sangat penting untuk kerjaya dan keluarga, oppss….termasuk juga fulus ibnu fulus; berjauhan dari keluarga - berhari-hari, jauh perjalanan - merempuh panas, hujan dan petir serta merentas bukit, bukau, paya dan belantara.


Boleh pula dan tidak ada pula keingkaran!


Ya, Allah jadikanlah diri ini hamba Mu yang memiliki kelapangan untuk mengabdikan diri kepada Mu dalam apa sahaja kaedah yang diizinkan. Hatta; hujan, panas, petir, sejuk, jauhnya perjalanan atau apa sahaja yang sebelum ini dianggap batu penghalang oleh hamba Mu yang lemah dan menganiaya diri sendiri ini.




 ** Bandar Cukai ialah bandar pentadbiran bagi Daerah Kemaman.








Nota:


Saya selamat sampai di Chukai, Kemaman jam 7.45 malam. Saya yang telah biasa dengan bandar kecil ini dan begitu yakin akan menginap di hotel biasa.Saya akan cuba menulis episod ini pada ‘entry’ yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."