Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 30 Mei 2013

UMPAMA NEGARAWAN



Ada kalanya air yang di dalam cawan sekalipun boleh ‘berkocak’. Berlebihan lagilah objek hidup seperti manusia. Ada ketikanya ‘berkocak’ juga sesama sendiri.

Saya dan anak sulung telah dua hari ‘berperang dingin’ selepas ‘berperang konvensional’ sebelumnya.

Anak lelaki saya itu telah mendapat tawaran bekerja di tempat baru. Kononnya, dia hendak melihat ‘market’ dirinya di pasaran terbuka dan mendapatinya. Dia dikehendakki melapur diri pada 17 June 2013.

Sebermula ‘masalah’ timbul apabila dia mula was-was samada pergi atau kekal di tempat kerja lama. Sebenarnya, dia pernah alah dengan keadaan seperti ini beberapa kali.

Maka, saya umpama ‘pemikir’ datang ingin membantu. Sebaliknya, dia (Empunya Diri) juga ada formulanya sendiri. Hakikatnya, formula si pemikir dengan formula empunya diri sangat bertentangan.

Perang dingin antara ‘pemikir’ ( Si Pemikir) yang begitu yakin boleh menyelamatkan keadan dengan Empunya Diri telah masuk hari kedua. ‘Perang’ tetap ‘perang’ dan seperti tiada pihak yang akan berundur dan mengaku kalah. 

Namun demikian, mereka umpama dua orang negarawan. Yang Empunya Diri masih terus merendah diri dengan menuangkan air ke cawan Si Pemikir ketika sarapan pagi sebelum masing-masing bertolak ke tempat kerja. Dan, Si Pemikir pula dengan ‘gentleman’ menerimanya walaupun tidak disusul dengan ucapan terima kasih seperti sebelumnya.

Sekalipun di dalam keadaan sedemikian, jauh di lubuk hati Si Pemikir sebelum bertolak ke tempat kerja, menunggu-nunggu Si Empunya Diri menghulurkan tangan untuk bersalaman dan seterusnya mencium tangan seperti selalunya.

Persis seorang negarawan, Si Empunya Diri mencium tangan Si Pemikir.

Tanpa sepatah kata, Si Pemikir dan Si Empunya Diri berpandangan. Dua orang ‘negarawan’ itu kelihatan begitu tenang tetapi sangat yakin dengan pendapat dan helah untuk menundukkan ‘lawan’ masing-masing sekurang-kurangnya satu minggu sebelum D-Day, 17 June 2013.
 
Siapakah pemenangnya? Si Pemikir tidak boleh kalah kerana ' siapa tidak sayangkan anak?

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Tawaran kerja baru..hehe

    '' to go, or not to go..''

    Dilema ini ni sudah serupa frasa terkenal dalam pementasa william shakespeare.. " hamlet "..

    '' to be or no not to be..''

    Dalam pementasan itu, .. si hamlet menyoal diri nye akan makna sebuah kehidupan dan samada berbaloi untuk meneruskan nye apabila kehidupan itu melalui banyak nya kesukaran. Lalu si hamlet mencapai pada satu rumusan bahawa sebab ramai yang meneruskan hidup kerana takut pada kematian dan ketidaktentuan akan apa apa yang sedang menunggu selepas kematian itu sendiri.

    Sudah tentu kita sebagai orang islam tidak perlu berfikir lagi akan makna kehidupan itu lagi macam si hamlet tu
    .
    Saya ucapkan selamat maju jaya pada dua orang negarawan dalam menangani isu 'negara' rumah tangga. Namun kalau di catatkan hujah hujah nye mungkin juga boleh di menafaatkan oleh 'negarawan' 2 lain yang akan melaluinya kelak.

    ..to go, or not to go...ekeke..

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    D-Day semakin dekat. Si Pemikir tidak boleh kalah.

    Insya Allah, saya akan mencatatkan kronologinya untuk panduan 'Negarawan-Negarawan' yang lain apabila segalanya menemui kesudahannya.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."