Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 28 Jun 2013

Dia bukan orang Negeri Sembilan, dia orang Minang.

Berpuluh tahun bersama di bawah satu agensi tetapi berlainan bahagian, saya menyangka Puan Mariam (bukan nama sebenar) adalah orang senegeri saya, Negeri Sembilan. Tutur kata beliau, 'sebiji' tutur kata Orang Negeri Sembilan. Saya menyangka beliau berasal dari salah satu daerah di Negeri Sembilan - Daerah Rembau atau Kuala Pilah.

Saya cuma mengetahui beliau bukan Orang Negeri Sembilan apabila tergerak hati bertanya daerah asal usulnya di Negeri Sembilan ketika sama-sama ditugaskan untuk satu tugas bersepadu agensi kami. 

"Saya berasal dari Cheras, rumah keluarga saya berhampiran Tol Cheras."

 Beliau menyebut beberapa nama rakan-rakan sekerja lain yang sekampung dengannya. Saya mengenali mereka. Mereka adalah Orang Minang. 

Saya masih menyangka beliau berasal dari Negeri Sembilan tetapi menetap di Cheras, Selangor.

" Saya anak jati Cheras dan berasal dari perkampung Orang Minang di Cheras," sambungnya dalam dialek Negeri Sembilan. Sememangnya itulah dialek harian beliau (dialek Negeri Sembilan) ketika berkomunikasi di kalangan sesama rakan-rakan sepejabat/agensi termasuk yang bukan Orang Negeri Sembilan.  Saya tidak pernah mendengar beliau bercakap dialek Minang.

"Yam (Mariam), selama ini Eden monyangko ekau oghang Nogoghi," saya meluahkan salah tanggapan saya terhadap asal usul keturunannya.

"Memang, ramai oghang monyangko saya oghang Nogoghi Sombilan, saya Oghang Minang," balasnya sambil tersenyum. Dia membahasakan dirinya 'saya', bukannya 'eden'.

Saya tidak pula bertanya sejarah perjalanan hidup beliau sehingga dialek Nogoghi Sombilan mendarah daging dalam dirinya. 

Dia orang Minang, bukannya orang Negeri Sembilan. Walaupun sedikit hampa, saya bangga.




2 ulasan:

  1. saudara ,
    saya pun bangga menjadi orang noghori.. tp saya juga orang minang. mmg susah nk dengar orang minang bertutur dalam dialek minang jika bukan dengan orang minang... mereka lebih selesa bertutur dlm dialek noghori.. kerana mungkin ramai orang lebih faham jika bertutur dlm dialek noghori.. Namun bila bermastautin di Dungun, terpaksa lah ubah sedikit bahasa.. apa pun bila bercakap di talipon dgn keluarga dikampung.. semulajadi bahasa ibunda akan terkeluar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr/Puan Tanpa Nama,

      Jati diri asal usul umpama 'Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Nnikan Pula Tempat Bermain.

      Saya pernah di Bandar Dungun beberapa hari. Dungun bandarnya bersih, pemandangan tepi laut yang indah dan makananya yang sedap.(nasi dagang/masakan siam) . Itulah gambaran kasar saya mengenai Dungun.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."