Hari ini, 12 Ramadhan, saya dan keluarga berbuka puasa di rumah anak saudara di Bandar Baru Bangi, Selangor. Turut sama ialah adek saya, suaminya serta anak lelaki bongsu mereka.
Kawasan perumahan anak saudara adalah kawasan perumahan baharu. Surau masih belum ada lagi. Sedemikian, saya menunaikan solat fardhu Isyak dan seterusnya solat sunat tarawikh di Masjid Besar Jernang yang letaknya kira-kira 2 kilometer dari rumah keluarga anak saudara.
Bilangan jumaah yang hadir untuk menunaikan solat Isyak dan sunat tarawikh agak ramai juga - lebih kurang 12 saf. Bagaimanapun, jumlah itu masih jauh ketinggalan dengan jumaah yang hadir di masjid kariah saya, Masjid Ubudiah, Ampang. ujang kutik: MASJID UBUDIAH, AMPANG : BANYAK YANG SAYA MEGAHKAN.
Kelebihan masjid ini ialah jumaahnya menunaikan solat sunat tarawikh sebanyak 20 rakaat berbanding dengan masjid saya yang cuma lapan rakaat sahaja.
Bagaimanapun,saya melihat satu 'tragedi' berlaku sebaik sahaja solat sunat tarawikh pada rakaat ke-8 usai. Daripada 12 saf, cuma tinggal satu saf setengah sahaja yang dengan sabar meneruskan solat sunat tarawikh. Yang lainnya 'lari lintang pukang'!
Saya terfikir bahawa mungkinkah suatu ketika nanti solat sunat tarawikh 20 rakaat akan menjadi sejarah di negara ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."