Hari ini 24 Ramadhan. Ini bermaana Ramadhan tahun ini akan mengundur diri dalam tempoh 4-5 hari sahaja lagi. Dalam tempoh itu jugalah umat Islam masih ada peluang memburu malam lailatulqadar, iaitu malam yang menjanjikan ganjaran tidak terhingga.
Namun, apabila masjid/surau semakin lengang dan tidur malam semakin nyenyak, siapa-siapakah yang layak mengakrab momen malam yang nilainya seribu malam itu?
Apakah pemburu malam lailatulqadar yang berjaya itu adalah milik ekslusif mereka yang selama ini memakmurkan masjid/surau, yang mendirikan solat subuh berjumaah, yang menghadiri kuliah maghrib, yang tertambat hati mereka kepada masjid........?
Jumaah pasang siap pada bulan Ramadhan yang menunjukkan muka pada awal Ramadhan dan menghilangkan diri selepas itu tidak berpeluang memperolehinyakah?
Memahami agama bukannya semudah ' simple arithmetic ' 2 x 5 = 10. Ianya lebih kompleks dari itu. Setiap orang ada hak untuk memasang harapan.
Assalamu'alaikum Ujang Kutik
BalasPadamAllah menyuruh kita meminta. Kita berdoalah. Mudah-mudahan hajat termakbul.
Teringat juga Bang Temuk tazkirah ustaz pagi tadi berkaitan dengan 'siapa yg memperolehi lalitaul-qadr'. Analoginya sangat menarik. Pelumba lari mungkin sukar dalam sekelip mata dapat status raja pecut. Kecuali dia sudah lama (istiqomah) praktis berlumba.
Utk Ujang Kutik sekeluarga, Bang Temuk ucapkan Selamat menyambut hari raya, maaf zahir batin.
Maaf ejaan lailatul-qadar yang tak betul tu.
BalasPadamAssalamualaikom Abang Temok,
PadamMemang betul. Sekalipun kita berbuat salah, kita mengharapkan pengampunanNya dan meminta dan terus meminta.
Dalam real kehidupan, hamba mungkin 'malu' hendak meminta pertolongan Allah setelah berbuat dosa.Namun, perhubungan Allah dan hambaNya bukannya seperti antara manusia dengan manusia. Ianya lebih dari itu.
Maha suci Allah yang Maha Mengasihani dan Maha Pengampun.
Selamat menunaikan puasa dan menyambut Hari Raya.