Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 23 September 2013

HARI KE-2 DI JB : SARA HIDUP MAHAL?

Kalaulah pengalaman sekadar dari hotel ke tempat kerja, makan tengah hari secara biasa , petangnya lepak di restoran Mamak dan awal malam makan malam sambil menonton perlawanan Manchester City dengan Manchester United di restoran Mamak yang pengunjungnya umpama sebuah stadium mini, saya masih belum lagi bersetuju bahawa kos perbelanjaan sara hidup biasa di Johor Bharu mahal.

Saya menginap di sebuah hotel sederhana yang kadar sewanya sama dengan salah sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Pihak pengurusan hotel menyediakan perkhidmatan yang agak kondusif dan termasuk juga sistem kawalan keselamatan yang sedikit ketat tetapi sistematik - kawalan keselamatan ke atas kenderaan penyewa, penggunaan ' key card' untuk memasuki lokasi-lokasi tertentu di dalam hotel, dekorasi dalaman yang 'catchy', menyediakan beberapa buah desktop skrin nipis, capaian internet yang umpama ' turbo', sarapan pagi dengan beberapa jenis menu dan lain-lain lagi yang tidak perlu saya senaraikan.

Kebanyakkan kemudahan kepada pelanggan yang disediakan termasuk sarapan pagi tidak disediakan oleh hotel yang sama kadar sewanya atau lebih sedikit di sebilangan hotel di Kelantan.

Saya difahamkan bahawa hotel ini adalah hotel yang selalu dikunjungi oleh pelancung golongan biasa dari Singapura pada hujung minggu. Boleh dikatakan bahawa segala kemudahan tersebut adalah untuk memikat pelancung dari Singapura dan juga pelancung domestik.

Pengurusan hotel juga mungkin terikut-ikut dengan disiplin Singapura. Pengunjung hotel ini tidak dibenarkan sama sekali merokok di mana-mana lokasi sensitif di dalam premis hotel termasuk di dalam bilik hotel. Pengunjung yang engkar diingatkan akan dikenakan denda RM500.00 (Ringgit Malaysia; Lima Ratus Sahaja). Setakat saya menginap di sini saya perhatikan semua pengunjung mematuhi peraturan yang masih asing lagi kepada masyarakat kita itu.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah kadar sewaan hotel ini dengan kemudahan yang disediakan adalah berpatutan dan tidak boleh ditakrifkan terlalu mahal.

Saya makan nasi ayam di sebuah restoran sederhana pada waktu makan tengah hari. Harganya ialah RM4.00/pinggan. Seorang kawan makan nasi campur berlauk ikan tenggiri, telur masin dan sayur di restoran yang sama dikenakan bayaran RM5.00. Berpatutan.

Di waktu petangnya saya makan nasi lemak dengan 'telur mata kerbau' di restoran yang saya nyatakan pada perenggan di atas - nasik lemak dengan telur mata (RM2.50) dan teh tarik (RM1.30). Berpatutan.

Saya menulis catatan ini dengan jujur. Bukan juga untuk memberi mesej kepada isteri di rumah bahawa suaminya ini tidak bermewahan makan-makan ketika bertugas di luar daerah. 


4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    ..ahaha, bukan lapuran untuk isteri di rumah ya.

    Namun pasti dia lega kerana suami leka menulis blog. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Kebetulan beliau mengemaskan bag saya sebelum outstation ke JB.

      Kebetulan juga beliau terjumpa aksesori feminine di celah-celah bag yang saya sendiri tidak mengetahui mana datangnya. Mungkin pengemas bilik terjumpa dan meletakkannya dalam bag saya (menyangka kepunyaan saya). Atau kawan-kawan hendak nakalkan atau bergurau.

      Puas juga hendak menjelaskan....walaupun di usia tua.

      Padam
  2. Kalau isteri tahu suami makan tak menentu bila outstation lagi buat isteri tak keruan.....seorang isteri itu mahu yang terbaik untuk suami dan klrganya. Bukankah begitu sang isteri semua?

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."