Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 9 November 2013

UJIAN

Pendulum kehidupan boleh berputar sehingga 360 darjah. Begitulah yang berlaku kepada kami sekeluarga setelah isteri mengalami kemalangan di ketika kami seisi keluarga sedang membuat persiapan mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki sulung. 

Isteri saya berada di ward hospital selama 11 hari. Beliau cuma dibenarkan keluar hospital ('discharge') pada sebelah petang setelah  majlis perkahwinan yang berlangsung pada 2 November 2013 selesai. 

Ditakdirkan beliau yang menjadi ' event manager' tidak dapat bersama meraikan majlis yang bersejarah bagi kami sekeluarga itu secara 'total'. Tidaklah dapat dibayangkan betapa remuknya hati kami sekeluarga terutamanya beliau sendiri berada di dalam situasi sebegini.

Bagaimanapun, inilah takdir kami sekeluarga.  

Sedemikian, semua pakaiannya yang disediakan untuk majlis akad nikah pada 26/10/13, majlis perkahwinan di rumah pihak perempuan pada 27/10/13 (sehari selepas majlis akad nikah) dan pakaian thema berwarna 'purple' untuk majlis perkahwinan di pihak kami pada 2 November 2013 terpaksa menghiasi almari pakaian sahaja.

Episod kesukaran kami sekeluarga masih belum berakhir walaupun beliau telah keluar dari hospital. Saya difahamkan oleh pihak hospital bahawa tempuh untuk pulih semula boleh menjangkau 6 bulan. Mungkin juga akan lebih dari itu. Di dalam tempoh tersebut isteri saya juga perlu berulang-alik ke hospital.

Impak secara langsung ke atas musibah ini mencakup hampir semua sisi kehidupan seharian keluarga kami - makan minum, mengemas rumah, penjagaan isteri...... Jujurnya, urusan makan minum , membasuh pakaian dan keadaan rumah menjadi kurang terurus dan lintang-pukang!

Kini banyak perkara yang perlu diselaraskan semula. Seorang saya yang kononnya perasan ' part time' blogger tidak betah lagi singgah di restoran mamak dalam perjalanan balik dari pejabat ke rumah sambil melayan blog atau membaca akhbar.

Waktu-waktu yang saya lalui sekarang perlu diisi dengan masa kualiti dan dilaksanakan dengan cepat.

Di dalam keadaan sebegini, saya mula mencongak bahawa adakah saya masih mampu lagi menjenguk masjid/surau? Kata Ustaz, " Ujian hidup adalah umpama ranting kayu yang sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk seseorang terpesung dari menelusuri jalanan ke destinasi sebenar."

Sesungguhnya inilah cabaran sebenar!

   


6 ulasan:

  1. Allah! Allah! Membaca nota kali ini membuatkan saya kehilangan kata..... Muga kesabaran tuan sekeluarga menghadapi cabaran ini menjadi pahala yang tersimpan kukuh disisiNya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Terima kasih. Insya Allah.

      Padam
  2. Assalamualaikum pakcik ujang,
    Semoga tabah mengharungi ujian ini.
    Pasti ada hikmahnya setiap ujian yang diberikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. izu ismail,

      Terima kasih.

      Semoga ini ujian dan kasih sayangNya, bukan kemurkaaNya.

      Padam
  3. ujang kutik,

    Dari seorang part time blogger kepada seorang part time blogger.

    ujian ini.. lalui lah dengan penuh kesabaran.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."