Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 7 Disember 2013

BUGIS LINGGI

Sebagai anak Negeri Sembilan, ada juga sedikit perasaan 'terkilan' , 'kecil hati' dan 'cemburu' dengan keterujaan, rasa megah dan mengagung-agungkan sebilangan anak-anak Negeri Sembilan terkenal yang didakwa dari keturunan Bugis Linggi oleh pengunjung Blog Nagari Nan Tuo yang berketurunan Bugis Linggi, Negeri Sembilan.

Perasaan tersebut timbul mungkin kerana taksub dengan keyakinan bahawa Negeri Sembilan adalah bumi mutlak keturunan Minangkabau dan keturunan peribumi atau penduduk asal Negeri Sembilan. 

Saya cuma mengetahui lebih kurang dua tahun yang lalu adanya masyarakat keturunan Bugis di Linggi, Negeri Sembilan. Masyarakat Bugis itu dikenali sebagai ' Bugis Linggi'. 

Serba sedikit mengenai asal usul Bugis Linggi yang kutip dari Blog Nagari Nan Tuo adalah:
  • Keturunan Bugis Linggi berasal dari Indonesia (Riau) yang diketuai oleh seorang kerabat raja yang alim.
  • Kerabat itu bersama pengikutnya 'membawa diri' meninggalkan negeri kerana tidak puas hati dengan raja ketika itu.  
  • Pada mulanya kumpulan itu menetap di Rembau dan akhirnya berpindah ke Linggi.  
Saya berasal dari Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Secara peribadi saya mengaku bahawa tahap pengetahuan saya mengenai masyarakat Bugis Linggi di Linggi adalah sangat mengecewakan. 

Sebagai contoh, saya tidak mengetahui samada dialek percakapan mereka telah dianjak ke dialek Negeri Sembilan kerana pengaruh sekitar atau masih kekal dengan dialek Bugis. Saya juga tidak mengetahui samada 'trade mark' keturunan Bugis yang dikatakan lasak, kasar dan tegas masih tersisa dengan masyarakat Bugis Linggi di Negeri Sembilan sekarang.  

Mengikut Blog Nagari Nan Tuo, masyarakat Bugis Linggi masih mengamalkan adat mereka sendiri dan tidak mengamalkan Adat Perpatih. Ini memberikan gambaran bahawa masyarakat 'minoriti' Bugis Linggi diberi hak autonomi di dalam gah masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih.

Kepada pembaca terutamanya di kalangan orang Negeri Sembilan, saya menyarankan agar membaca Blog Nagari Nan Tuo untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

3 ulasan:

  1. aku selalu beritahu kawan-kawan bahawa kita ini agaknya keturunan PATI Indon juga. Justeru, jangan pandang hina PATI Indon yang bersepah di Malaya sekarang ini.

    Mungkin ada diantaranya saudara mara kita juga...

    BalasPadam
  2. Sdr IM,

    Begini saudara, sebelum berlakunya 'persempadanan' negara oleh penjajah, seluruh Alam Melayu adalah wilayah terbuka di kalangan anak watan Alam Melayu.

    Dengan itu mereka tidak dikategorikan sebagai pendatang kerana cuma meneroka tempat baharu di dalam wilayah sendiri (Alam Melayu @ Nusantara).

    Inilah terma yang saya fahami mengapa Orang Melayu tidak boleh digolongkan sebagai pendatang di negara ini di dalam sudut mana sekalipun.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum Saudara Ujang Kutik,

    Saya ingin bertanya kepada saudara, saudara tahu tak nama keturunan raja yang membawa diri ini?

    Saya rasa saya adalah daripada keturunan mereka ini.

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."