Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 28 Mac 2014

SEBUAH RENUNGAN



'
Gah Menara Jam Kuala Kangsar (sayangnya jam 'mati')
Ketika menikmati makan malam bersama rakan-rakan sekerja di Medan Selera Arena, Kuala Kangsar, Perak, kami didatangi oleh seorang gelandangan. Dia di dalam keadaan tidak terurus - bajunya kotor, rambut panjang dan badan berbau yang tidak menyenangkan.

Dia mungkin bisu atau berpura-pura bisu. Dia menggunakan bahasa isyarat yang membawa erti lapar dan perlukan makanan. Saya menghulurkan RM2.00. Dia berlalu tanpa mengucapkan sepatah perkataan pun.

Tidak berapa lama selepas itu, datang lagi seorang yang berpakaian baju Melayu dan berketayap putih. Dia juga mempunyai hajat yang sama. Kami tidak melayan permintaannya. Dia beredar dari tempat kami dan mencari ' mangsa ' lain.      

Saya mengikuti usaha 'mencari makan' dua orang gelandangan itu. Saya dapati ada juga segelintir pelanggan di medan selera itu yang ' kasihan' dengan mereka dengan menghulurkan RM1 atau RM2 . 

Kedua-dua gelandangan itu penghisap rokok. Bagaimanapun, gelandangan pertama yang berpakaian kotor adalah perokok tegar. Dia mengisap rokok secara bersambung puntung.  

Gelandangan kedua yang memakai ketayap bertindak sebagai abang. Apabila mendapat duit dia duduk di salah sebuah meja dan memesan minuman berhampiran meja saya dan rakan-rakan. 'Fresh orange'! Saya melihat dia memanggil gelandangan yang seorang lagi dengan butir-butir perkataan yang tidak saya fahami. Gelandangan yang dipanggil itu bergegas datang. Gelandangan yang berketayap itu memberi sebatang rokok dan mereka berkongsi minuman.

Mereka ‘ berbual’ ha-ha hu-ha dalam bahasa yang tidak difahami. Kedua-dua mereka tidak boleh bercakap?

Pada hari yang lain saya dan rakan-rakan menemui mereka di pintu masuk 7-Eleven di Bandar Kuala Kangsar. Yang berketayap tidak memakai ketayap lagi. Salah seorang rakan saya memberi RM3.00 kepada gelandangan yang pernah memakai ketayap.

Kedua-dua mereka terus masuk ke dalam kedai 7-Eleven. Saya tidak mengetahui apakah keperluan yang mereka beli. Mungkin membeli rokok.

Natijahnya, saya berpendapat bahawa mereka adalah gelandangan @ peminta sedekah kategori bukan peminta sedekah ekonomi. Mereka adalah penderita salah satu versi kecelaruan minda yang ‘selesa’ menjalani kehidupan sedemikian rupa – menjadi gelandangan, meminta-minta, dipandang hina oleh masyarakat.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bahagia. Mereka memiliki semangat solidariti sesama sahabat yang mengagumkan. Saya tidak mempunyai seimbas pun pandangan negatif kepada insan-insan ‘malang’ tersebut.  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."