Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 24 Mei 2014

AKU TIDAK BERDAYA MEMADAM API PESONA KELIBAT LAMPAU ITU


Aku mengagumi mu
kerana tiada sesiapa di dalam telahku di lembah ini
yang mengasihi seorang kakak
sekasih kau sehingga ke akhir hayatnya.

Ianya bukan sekadar  janji seorang adek
bahkan adalah suatu kemaakulan
yang selalunya disiahkan dalam melayar hidup sesama saudara.

Sekalipun kau bukan lagi pemiilik aura lelaki sempurna itu
yang pernah menyihir ratib puji duniawi ku
aku tidak berdaya memadam api pesona kelibat lampau 
dalam menyantuni seorang wanita
yang syurga ku terletak di bawah tapak kakinya.
  

Kuantan
23 Mei 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."