![]() |
| JALAN KECIL MEMASUKI KAWASAN MASJID |
Tarikh : 21 Februari 2015 ( Sabtu Malam Ahad)
Lokasi : Masjid Jemaah Tabligh, Seri Petaling
Waktu : 5.45 petang hingga 9.40 malam
Ini adalah kali pertama saya ke Masjid Jemaah Tabligh, Seri Petaling pada tahun ini ( 2015 ). Tahun-tahun sebelumnya saya pernah ke masjid yang letaknya lebih kurang 7 kilometer dari rumah tetapi tidaklah selalu.
Saya pernah menulis satu atau dua catatan mengenai pengalaman berada di masjid ini. Semoga catatan kali ini tidak memaparkan cerita-cerita yang sama.
Masjid Seri Petaling yang terletak di tengah-tengah pusat komersial yang tentunya milik (pusat komersial) bukan Islam khususnya etnik Cina dan tidak jauh dari Stadium Nasional Bukit Jalil adalah masjid yang dikaitkan dengan Jemaah Tabligh Malaysia. Itulah ' statement ' umum yang difahami oleh masyarakat Lembah Kelang.
Masjid Seri Petaling @ Jemaah Tabligh ini menjadi tumpuan ahli Jemaah itu khususnya pada hari Sabtu malam Ahad.
Masjid ini sebenarnya hidup 24 jam. Ianya diimarahkan samada sebagai pusat transit oleh kumpulan-kumpulan Jemaah Tabligh yang hendak keluar berdakwah dan juga balik dari berdakwah, pelajar-pelajar tahfiz yang berpusat di masjid ini, golongan pengembara dan individu tempatan yang hendak mendekatkan diri dengan Allah secara sendirian.
Sepanjang saya mengunjungi masjid ini, saya tidak pernah melihat tokoh-tokoh atau ulamak besar tanah air dijemput menyampaikan ceramah di sini.
Pihak Jemaah Tabligh mungkin tidak memerlukan tokoh atau tenaga pengajar dari luar kerana mereka ada kekuatan sendiri. Mereka mempunyai alim ulamak atau tenaga pengajar sendiri yang kebanyakkannya diimpot dari India.
Tokoh-tokoh Jemaah Tabligh dari luar khususnya dari India menyampaikan tazkirah dalam Bahasa Urdu/Hindi/Tamil diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan lancarnya oleh anak Melayu.
Saya meminta maaf kepada Jemaah Tabligh kerana menggunakan istilah tazkirah disebabkan saya tidak mengetahui terma khusus yang digunakan oleh mereka. Saya ada juga mendengar istilah seperti ' Bayan 'yang kalau tidak silap saya adalah sesi tazkirah.
Saya memahami bahawa kuliah agama adalah sesi yang bersifat akademik dengan merujuk kepada kitab-kitab tertentu. Tazkirah pula adalah sesi yang agak ringan yang menjurus kepada peringatan, fadilat amalan dan tauladan dalam usaha seseorang hamba Allah mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Saya meminta maaf jika kaedah pemahaman istilah saya kurang tepat.
Hampir 95 peratus ahli Jemaah Tabligh dianggotai oleh anak-anak muda Melayu dan India Muslim. Golongan berusia tidak banyak menyertai kumpulan itu.
Ahli Jemaah Tabligh memakai pakaian jenis kurta berwarna putih, iaitu pakaian yang biasa dipakai oleh saudara India Muslim kita. Cuma seorang dua sahaja yang memakai kain pelikat dan baju Melayu. Mereka mungkin orang awam yang hendak mengalami suasana beribadat di kalangan ahli Jemaah Tabligh. Saya melihat pakaian sedemikian ( baju Melayu) agak janggal sedikit dan tidak ' match ' dengan suasana.

Di tengah-tengah gelombang manusia yang hendak mendekatkan diri dengan Allah itu saya terlihat beberapa orang anak muda muda Melayu yang agak berani dan yakin menggayakan pakaian ala-ala tokoh pengembara Islam silam seperti Ibn Battuta yang pernah kita lihat dalam buku-buku lama tokoh-tokoh agama.
Mereka memakai pakaian kurta kusam dengan kaki seluar yang singkat ( bawah sedikit dari lutut), memakai serban cara Jemaah Tabligh dan menyandang beg sandang.
Mengikut pengamatan zahir, ahli Jemaah Tabligh sangat susah mengucapkan salam di kalangan sesama mereka dan lebih-lebih lagi jemaah yang bukan dari kalangan golongan itu. Sebagai generasi berusia saya mengalami sikap sedemikian.
Mereka juga tidak bersalaman dengan jemaah lain apabila selesai menunaikan solat secara berjumaah. Amalan ini agak janggal dengan budaya masyarakat Islam di negara ini.
Atau, adakah budaya bersalaman sesama jemaah masjid adalah budaya masyarakat Melayu Malaysia sahaja dan bukannya amalan masyarakat Islam di tempat lain?

Secara kebetulan, salah seorang jemaah di masjid saya ialah ahli senior Jemaah Tabligh. Suatu ketika dahulu saya selalu juga melihat dia mengepalai kumpulannya berkumpul sesama semdiri selepas selesai solat di masjid. Bagaimanapun, aktiviti itu tidak lagi dilakukannya.
Saya tidak pernah melihat dia tersenyum dan bersalaman dengan jemaah di kiri dan kanannya setelah usai solat berjumaah. Usai solat dia terus membawa diri untuk menyendiri.
Melalui pemerhatian pada hari-hari sebelum ini, saya melihat ahli Jemaah Tabligh keturunan India lebih terkehadapan dalam melaksanakan pengisian beribadat di rumah Allah. Mereka lebih menonjol melakukan solat sunat, berzikir, membaca Quran dan mendirikan malam berbanding ahli Jemaah Tabligh di kalangan orang Melayu.
Agak malang, ada segelintir ahli Jemaah Tabligh yang sanggup bersusah payah menghadiri perjumpaan mingguan di masjid ini tetapi seolah-olah datang untuk tidur, bersenang-senangan dan bermalas-malasan di masjid ini.
Bagaimanapun, kita jangan terlalu emosi dan terlalu mencari-cari kelemahan individu yang menyertai kumpulan Jemaah Tabligh dengan isu-isu remeh seperti yang dinyatakan. Majoriti mereka yang bersama dengan Jemaah Tabligh ialah anak-anak muda. Sekalipun ada segelintir yang banyak tidur dari beribadat apabila datang ke sini, mereka jauh lebih baik dari anak-anak muda yang terkinja-kinja menyaksikan konsert atau perlawanan bolasepak di Stadium Nasional Bukit Jalil yang terletak di kejiranan Masjid Jemaah Tabligh ini.
Sebagai bukan ahli Jemaah Tabligh, saya tidak mendapat jawapan yang jelas mengapa masjid ini menjadi tumpuan ribuan ahli Jemaah Tabligh dan juga di kalangan orang awam pada hujung minggu.
Penceramah yang menyampaikan ceramah/tazkirah mungkin mereka yang sangat alim. Bagaimanapun, ilmu yang disampaikan perlu diterjemahkan terlebih dahulu ke Bahasa Melayu oleh orang lain untuk difahami oleh Jemaah tempatan. Keadaan ini tentulah sebanyak sedikit mengganggu penerimaan hadirin dan menjadi kurang menarik.
Tentu ada lain-lain factor atau Faktor X yang kita orang luar tidak ketahui mengapa masjid ini dibanjiri oleh kumpulan itu dan orang luar.
Saya catatkan pengalaman saya sepanjang berada di tengah lautan ahli Jemaah Tabligh pada 21/2/15 dari jam 5.45 petang hingga 9.40 malam di Masjid Jemaah Tabligh, Seri Petaling:
5.45 Petang :
Ahli Jemaah Tabligh belum banyak lagi kelihatan di luar masjid. Saya singgah di salah sebuah warung makanan dan makan nasi kari kambing - Nasi Kari Kambing + Minuman = RM7.00. Selesai makan saya ' window shopping ' di kedai/gerai yang banyak di sekitar kawasan masjid.
6.00 Petang :
Saya masuk ke dalam bangunan masjid dua tingkat. Di tingkat sebelah bawah terdapat tiga buah dewan solat. Dua buah dewan solat dijadikan tempat ahli Jemaah Tabligh menempatkan beg dan juga tempat untuk bermalam. Dewan solat utama yang terletak di bahagian tengah antara dua dewan tersebut dijadikan dewan solat dan perhimpunan.
Ketika saya memasuki dewan solat utama saya mendapati majlis tazkirah sedang berlangsung. Majlis itu berakhir ketika masuk waktu solat maghrib.
Waktu Solat Maghrib ( 7.45 malam - 8.15 malam)
Solat fardhu maghrib ditunaikan lebih kurang jam 7.45 malam. Solat diimamkan oleh seorang imam muda keturunan Melayu. Imam mengusaikan tugasnya sebagai imam untuk solat fardhu Maghrib dengan memimpin wirid dan doa ringkas.
Usai solat jemaah bersurai sebentar.
Tazkirah Ke-2 ( 8.15 malam - 9.40 malam):
Jemaah Tabligh berhimpun semula untuk mendengar tazkirah seterusnya. Tazkirah disampaikan oleh tokoh Jemaah Tabligh keturunan India dalam Bahasa Hindi atau Urdu ( saya tidak pasti) dan diterjemahkan oleh seorang anak muda berketurunan Melayu.
Tazkirah berakhir pada jam lebih kurang 9. 30 malam. Ianya disusul dengan acara wajib seterusnya mendaftarkan ahli-ahli Jemaah Tabligh yang secara sukarela hendak keluar berdakwah dalam tempoh-tempoh tertentu.
Sambutan sangat menggalakkan dengan cara mengangkat tangan dan memberi nama masing-masing.
9.40 malam :
Menunaikan solat fardhu Isyak. Bacaan wirid dan doa selepas solat juga pendek (rengkas).
Pihak yang bertanggungjawab memaklumkan bahawa ada lagi satu sesi selepas selesai solat fardhu Isyak. Bagaimanapun, saya tidak dapat mengikutinya. Saya tidak bermalam di masjid Jemaah Tabligh, Seri Petaling pada kali ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Ulasan :
Mungkin pada pendapat golongan yang bukan ahli Jemaah Tabligh, tiada yang istimewanya perhimpunan mingguan di Masjid Jemaah Tabligh itu. Penceramahnya adalah penceramah yang tidak terkenal. Justeru itu, pesona ceramah tentulah tidak dapat diserap sepenuhnya kerana halangan bahasa yang perlu diterjemahkan.
Begitulah juga tajuk ceramah atau mungkin lebih tepat saya ungkapkan ' tazkirah ' adalah berkisar pada tajuk-tajuk biasa yang diulang-ulang.
Kita ' orang luar ' mungkin berbangga dengan sambutan hadirin melalui majlis-majlis keagamaan berkala seperti Ya Nana Nana atau majlis dihoskan oleh Ustaz Selebriti di masjid atau lapangan terbuka yang dihadiri oleh ribuan penonton. Namun, sayangnya selepas majlis selesai masjid dan surau kita kembali seperti biasa. Lengang.
Sebaliknya, gelombang hamba Allah yang mengunjungi Masjid Jemaah Tabligh tidak pernah reda.
Apakah faktor X yang tidak didedahkan sehingga tidak diketahui oleh orang luar membuatkan kumpulan Jemaah Tabligh begitu ampuh bertapak, berkembang dan istiqamah? Apakah faktor X itu yang berjaya menarik ribuan manusia mengimarahkan Masjid Jemaah Tabligh, Seri Petaling saban masa dan minggu ? Apakah faktor X yang tidak terkejar oleh pencaci kumpulan Jemaah Tabligh itu?