Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 24 November 2015

(i) Maafkan aku golongan sang semut, membunuh kamu kerana terpijak di kala melata atas bumi dan yang menghurung sisa makanan ketika isteri ku membasuh pinggan mangkuk.

(ii) Maafkan aku golongan sang tikus, menafikan hak kamu memakan makanan terbuang kerana (kononnya) keturunan kamu pembawa virus bahaya yang tiada hak menghuni dunia ini.

(iii) Maafkan aku golongan sang anjing, anak-anak ku mengusir kamu yang menyelongkar tong sampah di hadapan rumah untuk mendapatkan makanan lebihan yang dibuang.

(iv) Maafkan aku golongan sang kucing jalanan, membiarkan kamu hidup terbiar dan lapar walaupon aku boleh lakukan sesuatu tetapi tidak melakukannya.

(V) Maafkan aku golongan sang cacing yang aku sakiti ketika memugar taman mini rumah ku.

(Vi) Ya Allah, maafkan aku yang sombong dan mementingkan diri sendiri.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Sesungguhnya kita, kadang kala sentiasa tidak mahu membuka mata untuk menyedari perbuatan begitu. Tidak pula mahu atau sengaja tidak mahu memikirkan perbuatan kasar yang dianggap remeh temeh...menyakiti yang lemah dan dianggap tidak penting..

    BalasPadam
  2. mungkin itu adalah sebahagian dari fitrah kehidupan mereka dan kita, adanya...

    BalasPadam
  3. Pn Omong Mak Long dan insan marhaen,

    Waalaikomsalam

    Petikan dari blog lain:

    Tentera Semut Nabi Sulaiman

           Bahaya yang utama bagi semut ialah hujan,kerana mereka tidak mampu berenang dan tidak boleh hidup di dalam kawasan berair.Jika terdengar guruh atau petir sahaja, mereka akan lari ke dalam sarang masing-masing untuk menyelamatkan diri.Setelah hujan reda,mereka terpaksa pula menunggu matahari mengeringkan tempat-tempat yang masih basah.
              
           Bahaya kedua yang dikhuatiri mereka adalah manusia.Manusia sering memijak-mijak mereka tanpa memerhatikan mereka dahulu.Hanya segelintir manusia sahaja yang sering melihat ke bawah ketika berjalan kerana bimbang akan terpijak mereka.Antara manusia yang sentiasa berhati-hati dan berperilaku sedemikian adalha Nabi Sulaiman Alaihis Salam.Baginda merupakan manusia yang mulia dan dipilih oleh Allah s.w.t.Baginda mampu berkomunikasi dengan segala makhluk termasuk golongan jin dan haiwan.

           Sewaktu tentera-tentera semut berbaris mencari makanan,tiba-tiba salah seekor daripada mereka menjerit untuk memberitahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sangat ramai menuju ke kawasan mereka.Semut itu menjerit dan memerintahkan semua tentera-tentera semut lari menyelamatkan diri agar tidak dipijak-pijak oleh sekumpulan manusia tersebut.Siapakah sekumpulan masuia itu....??. Rupa-rupanya sekumpulan manusia yang ramai itulah tentera-tentera yang hebat dan gagah yang dipimpin oleh Nabi Sulaiman Alaihis Salam. Setibanya Nabi Sulaiman berhampiran di kawasan semut tersebut, baginda telah mengarahkan pasukannya berhenti kerana Nabi Sulaiman telah mendengar dan mengetahui rintihan dan pekikan semut-semut tersebut. Nabi Sulaiman menundukkan kepala lalu berdoa kepada Allah s.w.t. :" Ya Allah, berilah aku petunjuk agar aku selalu mensyukuri nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepada aku dan kedua-dua orang tuaku. Berilah aku petunjuk agar aku selalu mengerjakan amal soleh yang Engkau redai. Dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh."

           Setelah itu, beliau menoleh kepada semut-semut tersebut, '' Hai bangsa semut, janganlah kaliamn takut. Pasukanku ini tidak akan mengahncurkan tempat tinggal kalian. Kami tidak akan melalui lembah semut.

    Nabi Sulaiman memerintahkan pasukannya untuk menjauhi lembah semut. Begitulah kasih sayang baginda kepada haiwan seperti semut. Lalu, semut -semut menyambung semula kerja-kerja mereka setelah didapati keadaan telah aman semula, Perkara ini telah dirakamkan oleh Allah dalam sepotong ayat al-quran yang bermaksud. ''Sehingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut,''Hai semut -semut, masuklah ke dalam sarang agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.

          


    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."