Ketika melepas penat di banir pohon binjai di tepi sawah pusaka kita, di suatu hari cuti sekolah, suatu ketika yang telah lama kita tinggalkan, agaknya, ketika itu Adek sedang meniup ‘ghopong’ buluh menghidupkan api untuk menanak nasi di dapur kayu rumah usang kita, arwah ibu pernah berpesan, katanya,
“Adek mudah marah;
jika Along balas marah,
tiada sesiapa lagi akan Along marahkan.”
“Adek mudah bersalah sangka;
jika Along balas rajuk,
tiada sesiapa lagi akan Along rajukkan.”
Dan,
“Jika Adek enggan memberi, ketika Along meminta;
jangan Along paksa,
kerana, sekali Adek memberi, tiada sesiapa lagi yang akan meminta.”
Kata ibu lagi,
“Kerana,zuriat ibu cuma tinggal Along dan Adek, Alang telah pergi menunggu kita di syurga.”
Al-Fatihah untuk ibu.
kuala terengganu
21 june 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."