Ada satu tipikal Melayu yang tidak disebut di dalam puisi panjang Usman Awang, ‘Melayu’, iaitu dengki mendengki sesama sebangsa.
Sejujurnya, ini mungkin kejahilan orang biasa dan buta puisi seperti saya yang tidak dapat memahami mesej tersirat yang disampaikan melalui puisi tersebut. Ada juga kemungkinan, beliau tidak sanggup mengaibkan bangsanya sendiri.
Namun, andalah sebenarnya yang layak membenarkan atau menafikan ‘peel’(loghat di beberapa kampung di Negeri Sembilan yang bermaksud perangai/sifat) bangsa kita, Bangsa Melayu. ‘Peel’ kita juga!
Realitinya, tidak ramai Orang Melayu melibatkan diri dengan perniagaan yang hebat-hebat – telekomunikasi, import – eksport, tekstail, hartanah, konsultan, kejuruteraan, minyak dan sebagainya.
Kebanyakkan orang kita cuma peniaga kecil atau peniaga di tepi jalan sahaja – peniaga di bazar, warung, kedai makan, peniaga nasi lemak di tepi jalan atau peniaga pasar malam.
Kendatipun cuma terlibat dengan perniagaan picisan, peniaga Melayu beramukkan sesama sendiri – dengki mendengki, jatuh menjatuh, ‘mandrum’, dan segala unsur negatif.
Secara peribadi saya pernah ‘mendapat susah’ daripada ‘peel’ hodoh mereka. Saya percaya, anda juga mungkin pernah mengalaminya.
Saya kembali semula ke gerai tempat membeli beras nasi dagang di dalam Kompleks Pasar Besar Payang, Kuala Terengganu setelah menyedari wang yang dikembalikan terlebih RM20.00. Bagaimanapun, peniaga berkenaan tidak berada di gerainya. Jawapan yang saya terima ketika bertanya dengan peniaga di sebelah gerai tersebut ialah, “ Tidak tahu.”
Saya mengeluarkan RM20.00 dan meminta tolong dia menyerahkan kepada peniaga beras nasi dagang. Saya tergamam kerana dia berkata, “ Tidak boleh.”
Saya menggeleng-gelengkan kepala dan merenung jiran peniaga beras nasi dagang tersebut. Akhirnya saya meletakkan wang RM20,00 di atas meja peniaga beras nasi dagang dan menghimpit dengan bungkusan kecil rempah nasi dagang supaya tidak terjatuh. Saya beredar dari lokasi yang menempatkan manusia kronik tersebut.
Pengalaman berikut bukannya pengalaman kedua, sebaliknya ialah salah satu daripada banyak pengalaman yang ‘menyusahkan’ saya. Pengalaman ini sebenarnya standard, biasa berlaku.
Pengalaman ini berlaku ketika saya dan rakan sekerja berhenti untuk makan tengah hari di salah sebuah tempat perkelahan hutan rimba terkenal di Negeri Sembilan. Tempat perkelahan tersebut menyediakan satu bangunan kedai makan yang menempatkan tiga orang peniaga. Bentuk dan susun atur kerusi dan meja kedai tersebut ialah ala R & R.
Saya terus duduk di Gerai No.2 dan membuat pesanan makanan panas. Rakan saya yang teruja dengan masakan Negeri Sembilan pula ke Gerai No.1 dan terus mengambil nasi serta lauk pauk secara layan diri. Ketika dia hendak membawa nasinya ke tempat saya di Gerai No.2, peniaga di Gerai No.1 mengingatkan dia bahawa makanannya tidak boleh dibawa ke gerai sebelah.
Waduhhh……….terpaksalah kami makan di gerai yang berlainan! Senario ini memang lucu.
ujang kutik
ampang,selangor
tuan,
BalasPadamlucu tapi sedih..
kita tidak langsung boleh langsung berkompromi demi pelanggan yang sama....
ngeri pun ada...
Sdr theolrascal,
BalasPadamPun demikian, hati kecil saya tertanya samada 'peel' ini universal, tiada sempadan bangsa.