Seperti kebanyakkan orang lain terutamanya di Negeri Selangor yang dibanjiri oleh pelarian politik etnik Rohingya Islam dari Myanmar, sebelum ini saya tidak pernah menghiraukan kehadiran orang berkulit gelap ini dalam landskap masyarakat kita. Secara umumnya, orang Malaysia skeptikal dan rimas dengan mereka.
Samada kita rela atau sebaliknya, tsunami sosial yang diledakkan oleh golongan ini telah mewujudkan satu fenomena baru dan mengubah landskap sosial masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu. Terpulanglah kepada kita untuk menakrifkannya.
Sehubungan ini, kita saksikan betapa ‘peminta sedekah professional’ dari kalangan anak-anak dan wanita Rohingya Islam yang berpakaian cantik menekuni kerjaya meminta-minta dengan bersahaja tanpa rasa malu dan bersalah.
Orang tempatan amat takut melanggar peraturan jalanraya. Sebaliknya, golongan tersebut dilihat menjadi ‘raja’ di jalan raya sebebas-bebasnya. Mereka bebas menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar atau menjadikan motorsikal roda tiga sebagai pengangkutan awam dengan membawa isteri dan anak-anak masing-masing.
Adakah mereka memiliki lesen memandu? Berasaskan masalah mengemukakan dokumantasi untuk berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), saya agak, agak sukar juga golongan ini hendak memiliki lesen memandu.
Mata pencarian utama mereka meneruskan kelangsungan hidup di negara kita ialah mengutip bahan-bahan terbuang seperti besi buruk, kertas dan kotak. Bahan-bahan tersebut dijual dengan harga yang agak lumayan kepada peniaga barangan lusuh. Hakikatnya, merekalah perintis kepada bidang pekerjaan ini yang sebelumnya tidak diberikan perhatian oleh penduduk tempatan.
Bagaimanapun, sepanas mana pun lahar kebencian kita kepada mereka, kita wajib menyediakan ruang untuk menempatkan sedikit perasaan belas kasihan terhadap mereka. Mereka ialah saudara yang seagama dengan kita!
Sejujurnya, saya sendiri cuma didatangi sedikit perasaan kasihan setelah ditakdirkan ‘mengenali’ mereka dalam beberapa keadaan.
Di sebalik segala momokan, pandangan serong penduduk tempatan dan kepayahan hidup, mereka tekun menghayati hidup berugama. Impak positif ke atas kehadiran mereka ke dalam masyarakat Melayu jelas terlihat dengan bertambahnya bilangan jumaah mendirikan solat berjumaah di masjid atau surau, khususnya di kawasan Ampang, Selangor yang menjadi tumpuan mereka menetap.
Di kebanyakkan masjid atau surau di Negeri Selangor, kehadiran di antara 4 hingga 5 saf, bersamaan 200 – 250 orang pada solat lima waktu adalah perkara biasa. Masjid atau surau di Negeri Selangor juga akan dipenuhi oleh jumaah di sepanjang bulan Ramdhan.
Siapakah golongan yang hati mereka tertambat kepada tiang seri masjid tersebut? Saya telah mendapat jawapannya setelah melakukan satu tinjaun tidak formal ke beberapa buah masjid dan surau di sekitar kawasan Ampang, Selangor. Saya memilih kawasan Ampang kerana golongan tersebut ramai di sini.
Sudah semestinya orang Melayulah yang mendominasi solat berjumaah di masjid atau surau. Namun, kalau dinisbahkan jumlah sebenar penduduk Melayu dengan jumaah yang hadir ke masjid, orang Melayu tidak layak digolongkan sebagai juara bersolat jumaah.
Sang juara, hati mereka yang tertambat di tiang seri masjid ialah saudara kita orang Rohingya Islam. Kebanyakan lelaki ethnik Rohingya Islam mendirikan solat lima waktu secara berjumaah di masjid.
Saya pernah mendekati kumpulan anak-anak muda ethnik Rohingya Islam yang sedang khusyuk mendengar fadhilat membaca Al-Quran selepas selesai solat Isyak di Masjid Ubudiah, Ampang. Sesi membaca kitab tersebut diketuai oleh Othaman Ghani, 13 tahun. Dua orang anak muda lagi ialah Abu Bakar, 19 tahun dan Lokman Hakim, 10 tahun. Othaman Ghani membaca kitab tersebut dalam Bahasa Melayu standard.
Saya dimaklumkan oleh tiga orang anak muda tersebut bahawa anak-anak Rohingya Islam menggunakan Bahasa Melayu semasa berkomunikasi sesama mereka. Anak-anak muda Rohingya Islam juga telah diajar membaca Al-Quran dan pengetahuan fardhu ain sejak diusia muda.
Tidak dinafikan bahawa kehadiran ethnik Rohingya Islam ke dalam masyarakat Malaysia, khususnya Melayu, mengganggu ‘zon selesa’ yang kita nikmati. Namun, sebaiknya tindakan kita terhadap mereka hendaklah berpada-pada. Kata mereka, “Kami pun orang Islam.”
Bukankah orang Islam itu saudara kita?
Bukankah orang Islam itu saudara kita?
ujang kutik
taiping, perak.
19 Julai 2011
saya bersetuju sangat akan pandangan dan pemerhatian tuan akan etnik rohingya ini...
BalasPadammereka saudara seislam bahkan mungkin lebih islamik lagi tapi dari satu segi mereka tetap 'pendatang'....
saya setuju dgn pendapat theolrascal
BalasPadamMereka tidak bernegara dan tiada apa-apa, Namun seperti tiada apa yang meresahkan mereka.
BalasPadamTuan,
BalasPadamApabila kita sudah berada di paras paling rendah..omputih kata '' rock bottom ''...the only way is .... up.
Ya....saya setuju seolah tidak ada ape yang meresahkan. Mereka ni '' has nothing to loose.
Jika mereka dapat mengekalkan budaya rajin berusaha, ramah dan tidak banyak konflik, jenayah atau kontraversi dan sebagainye kemungkinan untuk diterima dalam masyarakt kita masih ada...
Hanye masa menentukan..