Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 25 Ogos 2011

negeri sembilan: Info orang negeri sembilan

Saya menerima e-mail yang dipanjangkan oleh penama ‘Sarajuddin Abas’ bertajuk ‘Perantau Minang di Malaysia’. Secara rengkasnya, e-mail tersebut memaparkan sejumlah tokoh berjaya Malaysia yang dikatakan berketurunan Minangkabau. Di antara tokoh tersebut ialah beberapa orang yang berasal dari Negeri Sembilan.

Setahu saya, ada di antara tokoh yang berasal dari Negeri Sembilan tersebut, dari kacamata Orang Negeri Sembilan, bukannya ‘Orang Minangkabau’,.   

Sehubungan ini, pengarang e-mail tersebut tidak boleh dipersalahkan. Semakan ke atas Wikipedia-Ensaiklopedia Bebas pun mendapati bahawa seluruh penduduk Negeri Sembilan diklasifikasikan sebagai Orang Minangkabau.

Terang lagi bersuluh, tidak dapat dinafikan bahawa Orang Negeri Sembilan berdarah keturunan Minangkabau. Bagaimanapun, secara realitinya, Orang Negeri Sembilan mempunyai pendirian yang aneh mengenai perkara ini. Seolah-olah ada etnik yang dinamakan ‘Etnik Negeri Sembilan’ yang tidak diketahui oleh orang di luar Negeri Sembilan.  

Mana ada Orang Negeri Sembilan yang sewenang-wenangnya mengaku dia Orang Minangkabau?

Orang Negeri Sembilan mempunyai definasi tidak rasmi mereka sendiri mengenai ‘Orang Negeri Sembilan’ dan ‘Orang Minangkabau’ :

i.         ‘Orang Negeri Sembilan’ ialah dari keturunan pendatang awal Minangkabau (Sekitar tahun 1490an dan awal 1500an) yang berasilimasi dengan penduduk tempatan. Keturunan ini (Orang Negeri Sembilan) dinaungi oleh sistem Adat Perpatih dan dinasabkan kepada sesuatu suku (contoh, Suku Biduanda, Suku Batu Hampar dan lain-lain lagi) dalam sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan.

ii.         Sebaliknya, ‘Orang Minangkabau’ ialah:

(a)  Pendatang terkemudian Minangkabau (kebanyakkannya pada awal hingga pertengahan tahun 1900an) yang datang ke Negeri Sembilan samada dari Tanah Minangkabau atau  Negeri-Negeri lain di Malaysia. Mereka ini tidak dinaungi dan tidak dinasabkan kepada sesuatu suku dalam sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan. Pada Orang Negeri Sembilan, golongan ini yang masih mengamalkan dialek Minangkabau dan masih berhubung dengan saudara mara mereka di Tanah Minangkabau ialah  ‘Orang Minangkabau’ sebenar. Bagaimanapun, bilangan golongan ini  terlalu kecil. Mungkin tidak sampai 1% dari keseluruhan penduduk Negeri Sembilan,

(b)   Keturunan Minangkabau yang menetap di Beranang, Gombak atau lain-lain tempat di luar Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."