Kita terlewat bertolak dari rumah ke pejabat kerana hujan lebat. Berlaku kesesakkan lalu lintas.Lalu kita memuktamadkan bahawa kita akan sampai lewat ke pejabat. Namun, kita masih sampai dalam waktunya . Sebab, jam perakam waktu tidak berfungsi selama 10 minit akibat gangguan bekalan letrik di awal pagi. Selamat kita dari datang lewat ke pejabat. Siapalah kita hendak memuktamadkan sesuatu yang belum lagi berlaku?
Anak kita yang kelulusannya 'cukup makan' dan kita pula tiada kenalan yang berpengaruh menghadiri temuduga di satu agensi. Awal-awal lagi kita telah menyerah kalah - anak kita tidak akan berjaya. Namun, anak kita dapat juga jawatan yang dipohon.Kita bersyukur. Siapalah kita?
Dompet duit kita tercicir di laluan yang sibuk. Kita memuktamadkan bahawa dompet duit kita tiada harapan dijumpai semula. Namun, di awal pagi esoknya kita menerima panggilan telefon daripada hamba Allah yang menjumpai dompet tersebut. Siapalah kita?
Pada setiap kerlipan mata, pada setiap denyutan nafas..........

salam jang,, selamat hari rayo....
BalasPadamjang tak sesuai kau tulis ayat "TANAH INI DULU BATIN YANG PUNYA" tanah ada lah milik ALLAH Tuhan ekau dulu kini dan selama nya hahahhahahahah
Waalaikom Salam Pak Oncu,
BalasPadamMemang benar semua milik mutlak Allah.
Ini istilah sesama makhluk Allah.Itu tanah getah Hj. Ahmad,itu tanah sawah Udin Chipok dsb.
Kebanyakkan Orang Nogori 'phobia' dengan istilah Tok Batin.Mereka kurang 'gomar' dikaitkan dengan keturunan Orang Asal.
Malah ada kawan secara bergurau mengingatkan saya supaya jangan sebut-sebut perkataan Tok Batin. Kononnya, roh Tok Batin akan datang mengganggu kita.
Selamat berhari raya. Terima kasih.
kita adalah hamba Nye...
BalasPadamSelamat Hari raya , Tuan.
Saudara Ujangkutik,
BalasPadamMinal aidin wal faidzin. Taqaballahu minna wa minkum.