Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 21 September 2011

kabilah bangsa akan 'berperang' lagi



"Kompleks PKNS Dijual?"

Begitulah bunyi semboyan mengacah-ngacah kabilah bangsa 'berperang' untuk ke sekian kalinya yang  'diiklankan' di muka depan sebuah akhbar tempatan pada Selasa, 20 September 2011 bersamaan 22 Syawal, 1432H.

Di muka surat yang sama juga disiarkan penjelasan mengenai senario tersebut oleh Pengurus Korporat PKNS yang berbunyi," Tiga bangunan tersebut (Kompleks PKNS, Menara PKNS dan SACC Mall) hanya mengalami proses pengambilalihan sebagai usaha PKNS untuk menjana pendapatan sedia ada menerusi pelaburan dalam Real Estate Investment Trust (Relt)."

Di antara perkara yang pasti berlaku dari proses 'pengambilalihan' tersebut, yang termanya sukar difahami oleh individu biasa ialah kenaikan harga sewaan ruang kedai kepada peniaga. Hampir semua peniaga  sedia ada terdiri daripada kabilah bangsa Melayu.

Secara umumnya, kebanyakkan Orang Melayu berpuas hati dengan 'status quo' peniaga Melayu di Kompleks PKNS Shah Alam sekarang. Andainya dibuat perbandingan,  pencapaian peniaga Melayu di Kompleks PKNS dilihat lebih menyerlah jika dibandingkan dengan peniaga Melayu di lain-lain tempat  di seluruh negara. Kalaulah ada persaingan, mungkin dengan peniaga Melayu di Kota Bharu, Kelantan sahaja.

Jadi, apakah masalahnya sehingga menyebabkan pihak PKNS mengambil langkah yang didakwa 'proaktif' di atas alasan untuk menjana pendapatan yang lebih baik kepada PKNS dan juga menyediakan ruang perniagaan yang kondusif dan kompetitif kepada para peniaga di kompleks tersebut?    

Mungkin jawapannya ialah, " Peniaga Melayu tidak boleh terlalu selesa dan berpuas hati dengan kedudukkan 'OK LAH' yang dinikmati sekarang. Peniaga Melayu mesti bercita-cita untuk sampai ke tahap peniaga di gedung-gedung perniagaan berstatus 'hyper' seperti SOGO,MID VALLEY, JAYA JUSCO,.........., gah dan ekslusif."

Mungkin Orang Melayu telah dihinggapi sindrom takut melakukan sesuatu perubahan yang terlalu drastik. Tidak dapat dinafikan bahawa peniaga kita masih kuat dibelenggu oleh ketakutan, mitos , kekurangan ilmu dan pengalaman serta infrastruktur yang menghalang kabilah bangsa bersaing dengan bangsa lain.      

Se awal berita 'proses pengambilalihan' Kompleks PKNS diketahui umum, satu teori yang 'tipikal' telah tersebar . Teori tersebut lebih kurang berbunyi, "Langkah 'up grade kan' Kompleks PKNS Shah Alam ialah langkah terancang 'menendang' peniaga Melayu berniaga di kompleks tersebut." 

Kononnya, peniaga Melayu tidak akan mampu bertahan dengan kadar sewa yang tinggi dan juga tawaran bidang perniagaan yang lebih sofistikated.

Inilah sebenarnya cabaran kepada pihak yang berkuasa khususnya PKNS. Perkara ini tidak boleh ditangani secara 'try and error'. Ha..ha.., ini soal maruah kabilah bangsa! 

Mereka (pihak yang berkuasa/PKNS) cuma mempunyai dua pilihan. Pertama, pastikan peniaga Melayu berjaya di dalam transformasi yang dipaksakan.  Atau, kembalikan peniaga Melayu kepada kedudukan  'status quo' mereka. 

Saya yakin, kabilah bangsa akan 'berkelahi' dan terus 'berperang' untuk satu tempoh yang lama mengenai isu ini. Kita tunggu dan lihat.  
 
 

 

 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."