Ketika berhari raya ke rumah Kakak Ipar di Masjid Tanah, Melaka pada hari raya kedua 1432H, perkataan pertama yang terkeluar dari mulutnya ialah, “Akak selama ini tidak mengetahui bahawa kamu sekampung dengan Dato’ Cef Ismail Ahmad.”
Dia ialah pengikut setia rancangan masakan di radio yang dikendalikan oleh cef terkenal tersebut. Dalam rancangan yang dikutinya, Dato’ Cef Ismail ada menyatakan bahawa sejenis herba yang menjadi ramuan resipinya, pucuk mali-mali, hidup subur di kampung beliau yang juga kampung saya, iaitu Kampung Chengkau Ulu,Rembau,Negeri Sembilan.
Tujuan catatan ini ditulis bukannya hendak memberitahu anda bahawa saya sekampung dengan tokoh tersebut. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah betapa obsesinya kakak ipar saya hendak mencuba dan merealisasikan resipi masakan orang Kampung Chengkau Ulu, ‘Rendang Daging/Ayam Pucuk Mali-Mali’ yang diajar oleh cef tersebut melalui rancangan masakannya di radio. Ha…ha… sebelum ini resipi masakan tersebut ialah ‘secret recipe’ turun temurun penduduk kampung saya.
Pun demikian, urusan menyediakan rendang tersebut bukannya semudah menghafal menu yang ditulis. Untuk menyediakan rendang yang asli, ianya memerlukan suatu seni kemahiran yang tinggi dan juga pengalaman. Hakikatnya, ramai anak-anak kampung ini sendiri tidak mahir menyediakan rendang tersebut.
Adik saya terpaksa menerima hakikat bahawa rendang daging/ayam pucuk mali-mali yang dimasaknya masih belum mampu mencapai tahap seperti yang pernah disediakan oleh arwah ibu kami.
Sehubungan ini, dalam catatan yang terdahulu, saya ada menyenaraikan bahawa salah satu daripada info menarik mengenai kampung saya ialah kemahiran penduduknya menyediakan ‘Rendang Daging/Ayam Pucuk Mali-Mali.
Secara rengkasnya, ‘Rendang Daging/Ayam Pucuk Mali-Mali’ ialah masakan rendang tradisional Negeri Sembilan yang diramu dengan ‘Pucuk Mali-Mali’- banyak menggunakan santan kelapa; rendang dimasak sehingga berwarna kehitam-hitaman, dan sehingga pucuk mali-mali menjadi rangup serta sebati dengan rendang daging/ayam yang dimasak.
Walaupun kedudukkan Masjid Tanah tidak beberpa jauh dari Rembau, Kakak Ipar saya, 62, seumur hidupnya tidak pernah melihat atau mendengar nama pokok yang bernama Pokok Mali-Mali. Lantaran terujanya beliau dengan resipi Chef Ismail tersebut, dia meminta saya mencari pucuk mali-mali di Negeri Sembilan. Dia juga meminta saya mencari benih pokok tersebut untuk ditanam di Masjid Tanah.
Pokok Mali-Mali ialah sejenis pokok hutan. Ketinggian pokok matang ialah di sekitar 5 – 7 kaki sahaja. Pokok ini hidup subur di Rembau Selatan,khususnya di kampung-kampung yang terletak di kaki Gunung Datuk, Rembau.
Sekembalinya ke kampung di Negeri Sembilan, saya mencari pokok mali-mali untuk diambil gambar dan dipaparkan di dalam blog saya. Urusan tersebut menjadi mudah kerana terdapat sepohon pokok mali-mali muda yang hidup subur dipangkal pokok mangga di dalam kawasan rumah pusaka arwah ibu yang kini diwarisi oleh adik perempuan tunggal saya.
pucuk mali-mali
Saya telah berjanji dengan Kakak Ipar akan mencarikan beliau pucuk mali-mali semasa saya balik ke Masjid Tanah pada bulan hadapan.
pokok mali-mali matang
pokok mali-mali berbuah
Sejujurnya, saya ‘tidak pandai’ mengalih anak pokok untuk dijadikan benih, sementalahan pula pokok hutan yang belum ada lagi orang mencubanya. Pun demikian, saya akan mencuba supaya tidak menghampakan permintaan Kakak Ipar saya. Saya akan mengusahakannya.
teringin pulak saya nak merasa..
BalasPadamRendang Daging/Ayam Pucuk Mali-Mali ni..hehe..
Tidak ramai lagi orang yang pandai masak rendang ini.Kalau tuan sudi singgah di kampung saya,saya akan usahakan.
BalasPadamnenek awo tau masak tu ..nenek den :)
BalasPadamida,
BalasPadamuwan Kiah den pun pandai masak.Ya,orang tua dahulu (kebanyakkannya telah meninggal dunia) biasa buat rendang ini.T.Kasih
omak se memang terror buat ghondang pucuk mali-mali n pucuk lampin(tau tak pucuk lampin )buek podeh2..memang monangkap...
BalasPadamTanpa Nama,
BalasPadamNi yang den malu ni.Den tak tau macam mano ghuponyo pucuk lampin.Bilo balik kampung den nak tanyo adek den.Mano toboh ee kampung ekau?
Tang Nyamor ko?Gadung ko?
Golo den ......
se org chongkau ulu...pucuk lampim bersepah2 kek kobon ghotah...cubo tanyo yo kek adek e ...
BalasPadamSdr Tanpa Nama,
BalasPadamPokok lampin ni mungkin spesis baru. Tak apo kok adek den pun tak tahu, den nak tanya Aman Pak Mad Cinpeng, atau Maarof Daim atau Amat Inoh.
Satu lai den nak tanyo ekau, kok ekau beto-beto anak chengkau ulu jati. Pernah ekau rasa masak pindang belalang sawah rencah buah bacang?
omak n abah se biaso mkn maso dulu2 taun 60an se lahir taun 70an ponah dongar msk tu...tp tk ponah mkn..umah se dokek umah mat loncek ngan mat inoh..tontang pucuk lampin tu...omak n abah yg biaso msk ngan ghondang, mat inoh mesti tau punyo,tp dio tk tinggal situ dah..dio dok podeh...
BalasPadamya, mungkin omak atau abah ekau samo dengan den cari belalang kek sawah pancor tahun 60-an dulu.Bejelago dahi dibuek ee.
BalasPadamOk kok ado berito monarik kek kampung tu beghitulah den. Oh ya, mesen gotah lamo arwah omak den dah hilang kona kebeh.
T,kasih kerana lawat blog den.
ok . sama-sama. nnti se khaba an ...
BalasPadamhuwaaaa .... ese tak ponah donga pon namo pucuk mali mali ni . dan namo oghang kampung yg disobut pon den x ponah nonga . yang den kona lias kodok dan pakcik mahat dukun ( duo duo anak eh kawan ngan den). chef ismail den kona la sobab dio selebritri . dah nak masuk ompek puluh ni baru den tau chef ni ghupo ghupo eh abang kepado kawan den .... huwaaaaa .... dah lamo x jumpo kengkawan chongkau ulu ...
BalasPadamSdr Tanpa Nama (22/4/12),
PadamTerimo kasih lawat blog den.
Den percayo pokok mali-mali ni ada di mana-mana kampung sekitar kaki Gunung Datuk. Cumo mungkin oghang chongkau ulu sahaja yang memunfaatkannya - buek rencah gondang.Kau tanyolah kawan ekau yg duo oghang tu.
Namo-namo anak kampung jati chongkau ulu yang den sobut tu masih hidup lagi.Allahyarham Achik Lias Kodok dan Tok Mahat dah moninggal, ekau tau kan?
Ok. Jumpo lai.
saudara ujang ... adalah lobih manih laie ese bahasokan lopeh ni 'abang ujang ' sbg tando hormat . pasal pokok mali mali akan ese tanyo an kek kengkawan ese tu . kalau abang ujang nak cubo setail org pilah lak , cubo gantikan pucuk mali mali tu dongan daun puding yang warno itam tu . buek ghondang cam caro ghombau , itam longot dan campurkan daun puding tadi . bagi tokak ese nih .... memang sodap .
PadamMemang ese ado donga pakcik Alias dan pakcik Mahat dah meninggal ... AlFatihah ... semoga di cucuri rahmat keatas roh mereka ... amin ..
Dan timo kasih pado abang Ujang sobab sudi menulis tentang pengalaman hidup . ese memang suko blog walking ambik ilmu dan pengajaran dari apo yang ditulih dalam blog blog . nak buek blog sendiri ese tak ghoti . kalau ghoti pun tak ado apo ese nak kongsikan sobab hidup se beso beso yo . tak ado apo yang istimewo eh . Teruskan mencatatkan sesuatu yang memberi manfaat pado orang lain abang Ujang ..... timo kaseh ...
Sdr Tanpa Namo,
PadamEloklah tu, abang anak Tok Mahat (Johari) tu 3-4 tahun yo tuo daripada ese.
Abang pun tertunggu kawan-kawan lamo maso sekolah atau oghang kampung sosek ke blog ini.Tak ada pun.
Secara kebetulan kojo Abang banyak berjalan.Banyaklah yang dipandang.Abang pun ada buek catatan mengenai Pilah.Pada pandangan Abang, pengaruh Minangkabau lobih kuek di Pilah berbanding Rembau.
Terima kasih kerana datang ke blog abang.Jumpo lai.
Akum Abg Ujang,
BalasPadamSaya ni tak pandai cakap N9,tapi saya ni 2taun skali baru balik Kg. Chengkau Ulu jeguk mak cik sebelah suami yang masih lg ada kat kampung tu..Makcik suami saya tu saya panggil Mak Teh..Suami Mak Teh baru 1taun meninggal kalau tak silap saya terkena buatan orang..Mungkin Abang Ujang kenal dengan Makcik saya ni..
Puan Menantu Chengkau Ulu,
PadamRamai orang kampung Chengkau Ulu yg cuma dikenali dengan nama 'Mak Teh' sahaja.Saya baru bertanya dengan adek perempuan (adek tunggal saya -Zaharah Saleh @ orang kampung panggil 'Dara')mengenai mak cik suami puan dan arwah suaminya.Dia pun tidak dapat menentukan mana satu 'Mak Teh'.
Saya yakin, saya mesti kenal dengan mak cik suami puan ini kerana saya kenal semua orang kampung saya (terutamanya golongan tua).
Saya amat berbesar hati kerana kesudian singgah di blog saya.
T.Kasih.
sumo namo yg disobot kek ateh tu sumo se konal...haha...selamat bokonalan yo..sayo anak makteh tapi makteh icit(nama sobona siti hawa)asal chongkau ulu
BalasPadamLobih dari konal.Kalau macam tu panggil saya PakCik.
PadamPak Cik banyak kenangan dengan telapak asal keluarga Kak Icit di Pulau Aur. Rumah keluarga Kak Icit di Pulau Aur dahulu di kelilingi sawah padi.Banyak batang nyiur di mana burung tempua membuat sarang.Di belukar berhampiran ada batang pauh.Di situ juga ada anak sungai tempat kami memancing.
Mohd Nor Ghani tu kawan baik PakCik masa sekolah.Pakcik pernah beberapa kali ziaarah Md Nor di rumahnya di Melaka.Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini Md Nor tidak menjawab panggilan telefon Pakcik. Kalau orang lain angkat telefonnya, akhirnya telefon dimatikan. Pak Cik tidak tahu sebabnya. Sakitkah dia?
T.Kasih.
timokasih sobab konal dgn keluarga diPULAU AUR...itu sumo dalam lipatan kenangan sayo pakcik dah lamo sayo tk jojak tompek tumpahnyo dharah sayo kek situ...menghonai pakcik sayo tu dio sihat... mungkin ado sobab2 dio tak angkek tepon...kalau sayo jumpo dio sayo akan kabakan...
BalasPadamKIrimkan juga salam Ujang Kutik kpd Kak Sinot.Umur dia 59 tahun sekarang.
Padampak cik dah konal lum pucuk lampin....
BalasPadamPakcik yakin masa zaman kami di kg. dahulu batang lampin belum tumbuh lagi.Pak Sodaro Zura Md Nor pun Pakcik pocayo tak tahu pucuk lampin tu. He..he.
PadamAssalamualaikum Saudara Ujang,
BalasPadamSaya rasa saya pernah makan rendang campur daun mali-mali ni, tapi maso sey kecik maghin (Kg Koto Lamo). Memang sodap garing. Tapi sojak nyomondo ko Pilah ni, botukar pulak ngan daun Puding, tapi tak leh lawan mali-mali ni.
Tuan Hj.,
BalasPadamWaalaikomsalam.
Saya pun dapat raso semaso arwah ibu masih ado. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2008. Adek perempuan saya tidak pandai memasak rendang daging/daging ayam campur pucuk mali-mali. Kok buek pun tak borapo menjadi. Masa arwah ado dio tak bolaja.
Kawan-kawan saya orang Pilah ada sebut 'daun puding'. Lain padang lain belalang.
Sekali sekalo saya dongar dikir rebana di blog tuan.Saya memang suko. Orang dulu berdikir kek soghambi rumah pengantin sampai ke pagi. Rumah-rumah yang tak borapo kukuh bergogar dibueknya. Kalau tak salah kumpulan dikir yang diketuai oleh Hj.Rashid masih aktif lagi.
Blog tuan banyak maklumat yang berguna dan saya selalu rujuk apabila hendak membuat entry berkenaan adat kito. T.Kasih..