Mungkin anda terlepas peluang bertahajud di sepanjang bulan Ramadhan 1432H yang lalu. Atau mungkin juga anda telah terbiasa dengan solat tahajud di bulan Ramadhan yang lalu dan ingin meneruskannya selepas itu. Bagaimanapun, seperti yang diakui oleh kebanyakkan orang, "Agak susah hendak bangun malam di rumah, banyak halangannya......wajah-wajah Pan-Asia melalui drama Indonesia ,siaran langsung Piala Malaysia,EPL...."
Solat tahajud adalah satu kaedah mendekatkan diri kepada Allah. Hukum akal mengingatkan kita bahawa mustahil kita dapat kasih sayang dan belas kasihan Allah tanpa mendekatiNya.
Kendatipun demikian, ada satu soalan nakal yang susah hendak dijawab. Hatta, di kalangan rakan-rakan kita yang kelihatan komited dan tekun menghayati hidup beragama - berjanggut,berketayap,memakai serban dan jubah dan rajin ke surau pun susah hendak menjawabnya. Bilakah solat tahajud terakhir kita?
Kita tidak perlu menjawab soalan ini. Biarlah rahsia aib diri sendiri dan kelemahan dalam beragama tersembunyi di antara Allah dan kita sahaja. Namun, kita akan berusaha memperbaikinya dari hari ke hari.
Kecuali seseorang itu 'kurang' sedikit, susah kita hendak berjumpa dengan seseorang yang sewenang-wenangnya sanggup menceritakan aib dan kelemahan diri kepada orang lain. Manusia mempunya harga diri dan ego masing-masing.
Bagaimanapun, di dalam menjalani kehidupan harian, kita akan berjumpa dengan berbagai ragam manusia . Ada diantara mereka yang selamba sahaja menceritakan aib diri kepada orang lain. Saya berkesempatan menemui orang seperti ini ketika bertandang ke rumah biras di Masjid Tanah, Melaka pada hari raya ke-2 baru-baru ini.
Kecuali seseorang itu 'kurang' sedikit, susah kita hendak berjumpa dengan seseorang yang sewenang-wenangnya sanggup menceritakan aib dan kelemahan diri kepada orang lain. Manusia mempunya harga diri dan ego masing-masing.
Bagaimanapun, di dalam menjalani kehidupan harian, kita akan berjumpa dengan berbagai ragam manusia . Ada diantara mereka yang selamba sahaja menceritakan aib diri kepada orang lain. Saya berkesempatan menemui orang seperti ini ketika bertandang ke rumah biras di Masjid Tanah, Melaka pada hari raya ke-2 baru-baru ini.
Hamba Allah yang juga tetamu biras saya ini berusia lewat 40-an. Melalui cara dia berbual dengan biras saya, saya percaya bahawa mereka ialah kenalan rapat .Hamba Allah tersebut boleh dikategorikan sebagai orang yang bermaklumat- serba tahu. Dia boleh berhujah dengan meyakinkan dari isu Mat Sabu yang heboh diperkatakan hinggalah ke 'taufan irene' yang amat dahsyat dan menakutkan yang melanda New York, Amerika Syarikat baru-baru ini. Dia juga boleh bercakap mengenai agama dengan baik.
Di dalam kerancakan mereka berbual saya 'mencuri dengar' satu soalan maut dari biras saya , " Man, (mungkin namanya Abd Rahman) tahun ini berapa hari kamu tidak berpuasa?" Dia terus menjawab dengan nada yang sama dengan cara dia berbual, " 9 hari." "Kenapa?" " Terlepas bangun sahur!"
Saya pula tidak ada bertanya dengan biras saya mengenai ' status' hamba Allah tersebut - 'kurang sedikit' atau bagaimana?
Berbalik kepada tajuk yang perkatakan di awal entri ini , terutamanya kepada mereka yang menetap di Kuala Lumpur, saya mencadangkan (pembaca lelaki sahaja) supaya anda mencuba 'qiam' (berqiamullail /iktikaf) di di Masjid Jumaah Tabligh Sri Petaling,Selangor pada hari Sabtu malam Ahad. Masjid ini dibuka 24 jam.
Anda mungkin phobia mendengar perkataan 'Tabligh'. Mereka tidak memaksa anda supaya menyertai kumpulan Jumaah Tabligh - fikir-fikirlah sendiri.Sebaliknya , buatlah sesuka hati anda - mendengar ceramah,membaca Quran ,berzikir atau solat sunat sepanjang malam. Ada ribuan jumaah seperti anda mendambakan diri dan mendekatkan diri kepada Allah pada dingin malam hari tersebut.
Selepas itu anda boleh berkira-kira mengenai bilakah kali terakhir anda solat tahajud? Ya, anda sudah termasuk di kalangan segelintir hamba Allah yang keterampilannya dalam beragama mungkin masih kurang meyakinkan tetapi bangun malam dan mendirikan solat tahajud.
Selepas itu anda boleh berkira-kira mengenai bilakah kali terakhir anda solat tahajud? Ya, anda sudah termasuk di kalangan segelintir hamba Allah yang keterampilannya dalam beragama mungkin masih kurang meyakinkan tetapi bangun malam dan mendirikan solat tahajud.
Saya pernah keluar menyertai Jemaah Tabligh suatu ketika dahulu ketika masih bujang. Dan sehingga kini masih bergaul dengan kawan2 Jemaah Tabligh. Hanya saya tidak lagi aktif bersama mereka kerana barangkali komintmen terhadap keluarga dan kerja.
BalasPadamSaya pernah berfikir dan insya'Allah masih lagi berencana sekiranya usia dipanjangkan serta kesihatan badan baik, saya ingin ikuti Jemaah ini lagi. Insya'Allah mungkin setelah anak2 habis bersekolah.
Mereka yang telah ikuti jemaah ini dan faham akan tuntutan berdakwah akan merasai senang untuk mengerjakan usaha ini. Mereka menjalani kehidupan yang sangat sederhana.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamSepertimana kita sedia maklum ramai di antara kawan-kawan kita berburuk sangka yang agak keterlaluan dengan Jumaah Tabligh. Kononnya ahli kumpulan itu mengabaikan keluarga dan sebagainya.
Mungkin ada kes sedemikian tetapi kes terpencil.Kita ambillah yang positif dengan kumpulan tersebut. Mereke berdakwah, mendirikan solat berjumaah, berpakaian dan berketerampilan yang menunjukkan syiar Islam dan lain-lain lagi.
Saya juga bercita-cita seperti Saudara. Semoga kita sampai ke arah itu.
Tuan,
BalasPadamSaya belum berkesempatan berada di kawasan sri petaling untuk sekurang nye bersolat di masjid jumaah tabligh ni..bunyi nye macam meriah ...
InsyaAllah satu nanti jika disampaikan rezeki..
Sdr theolrascal,
BalasPadamTuan,
Memang meriah. Semua ada. Bosana muslim - ketayap,tasbih,minyak atar,jubah.....semua ada.
Iras Melayu (Minangkabau,Jawa....)dan India terutamanya. Dari merata tempat ,Sepang,Klang...
Nasi Beriani,sup,....
Jujurnya, saya cuma sekali-sekala sahaja sampai ke sini.