Anda anak Malaysia? Anda mungkin orang Malaysia berketurunan Jawa dari Kuala Selangor atau Batu Pahat. Atau berketurunan Minangkabau dari Beranang. Atau keturunan Banjar dari Bagan Serai.Atau Bawean dari Datuk Keramat.
Jangan pedulikan susur galur keturunan anda - sunda,madura,betawi,mendailing,rawa........batak! Warna kulit anda masih sawo matang. Sekalipun anda sekacak Sophan Sopian (allahyarham), Dicky Dzulkarnain, Rahmat Kartolo atau Ratno Timor, masih ada terserlah iras wajah-wajah dari Indonesia di wajah anda. Kulit anda masih berwarna sawo matang dan biji mata berwarna coklat!
Malah, lebih-lebih lagi jika anda para pekerja dari Indonesia yang mencari rezeki di bumi bertuah ini. Anda yang juga sebahagian daripada bangsa besar Indonesia yang penduduknya lebih 200 juta orang perlu membaca dan menjawab sendiri persoalan yang ditimbulkan oleh entri yang pendek dan ringkas ini.
Melalui entri ini, saya mengajak anda memperkatakan senario betapa pelakun-pelakun berwajah Pan-Asia mendominasi hampir kesemua watak di dalam drama tv indonesia yang ditayangkan di negara ini. Kalaulah nisbah pelakun-pelakun tersebut menggambarkan polirasi penduduk Indonesia masakini, maka bolehlah dirumuskan bahawa penduduk Indonesia yang melebihi 200 juta itu tidak ada lagi yang berkulit sawo matang dan bermata coklat. Semuanya telah berwajah Pan-Asia!

Kalau ada pun yang berkulit sawa matang, bermata coklat dan berpakaian selekeh ialah para pelakun yang mendokong watak pemandu, tukang kebun,jaga atau pembantu rumah.
Adakah ini permainan komersial yang melampau,meritokrasi yang rigid atau diskriminasi kabilah berdasarkan warna kulit dan biji mata? Ya, itu masalah mereka - apa kita peduli.
Tuan Ujang,
BalasPadamye, ..kita peduli apa..
walaupun kita tak berape nak hensem..ekeke..
Sdr Theolrascal,
BalasPadamDi mana wajah 'Sukarno M.Nor' bersembunyi?
Tak kan semuanya datang ke Malaysia.
Pak Ujang yg sy hormati,
BalasPadamaden langsuang sadiah baco postingan iko, iko adalah fakta kayaknyo karena ado sindrom rendah diri di produser/sutradara urang2 di negara eden...
ingin yang sok sok ke barat-baratan...
postingan iko cukup menginspirasi.
PS: aden jadi ikutan mang-google sukarno M. Noer. ternyata beliau urang minang juo.
Salam,
Catra
Sdr Catra,
Padam1.Maaf saya tidak perasan ulasan saudara kerana ulasan selepas 14 hari entry tidak terbit terus - perlu disemak oleh admin.
2. Saya membesar dengan filem-filem Indonesia: Ratno Timur, Dicky Zulkarnaen, Farouk Afero, Sukarno M.Nor dan lain-lain - Si Buta Dari Gua Hantu, Pengantin Remaja dan banyak lagi yang saya lupa tajuknya. Saya asyik dengan pemandangan indah Indonesia. Mungkin Sdr Catra belum lahir lagi ketika itu.
3. Ketika saya anak-anak saya suka mendengar siaran di Radio Indonesia. Saya masih ingat kehebatan Hamka berceramah agama di waktu malam.