Jumaat, 21/10/2011(9.00mlm):
Bertolak dari Ampang ke Shah Alam kerana mengambil anak.Terperangkap di dalam kesesakkan lalulintas kerana beberapa tempat di Shah Alam dinaiki air. Sampai jam 11.00 malam.
21/10/2011 (11.50 mlm):
Melawat cucu saudara,3 tahun,di pusat perubatan di Jalan Tun Abdul Razak - berhampiran Bangunan PNB. Makan 'sahur' (12.00 pm) dengan makanan yang dibawa dari rumah bersama keluarga adik perempuan.
Sabtu,22/10/2011 (1.30 pagi):
Dalam perjalanan balik ke Ampang, anak lelaki kedua mengajak minum 3-layer di restoran mamak. Kononnya, dia penat memandu.
22/10/2011(2.00 pagi):
Ketika hendak masuk ke dalam kereta terdengar bunyi ngiauan anak kucing di bawah kereta sebelah. Anak perempuan bongsu mengintai di bawah kereta tersebut. Memang benar ada anak kucing di bawah kereta.
Masya Allah, di dalam beg laptopnya, Si Bongsu, ada beberapa bungkus makanan kucing yang dibeli untuk anak kucing kami di rumah, Si Atoi.
Dia membuka satu bungkusan dan meletakkannya berhampiran kereta sebelah. Tidak lama selepas itu, anak kucing malang itu keluar dari bawah kereta dan memakan makanan tersebut dengan lahapnya. Si Malang itu lapar......
Ya, sekurang-kurangnya Si Malang tidak akan lapar sehingga esok. Esok? Esok, tiada sesiapa, termasuk kita, yang pasti akan untung nasib masing-masing.
Moral Of The Story:
Minum air 3-layer di waktu dini hari bukan suatu keperluan. Bagaimanapun, ianya bukan satu kesalahan. Cuma, kadang-kadang kita mungkin terlupa bahawa semasa kita seronok melayan karenah sesuatu yang tidak perlu, ada hamba Allah yang amat memerlukan sesuatu yang tiada keperluan kepada kita itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."