Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 15 Oktober 2011

musim kabilah bangsa berkelahi

dan entah ke berapa kali
musim kabilah bangsa berkelahi
datang lagi.

dulu melaka hilang negeri
rajanya lari
jelata dikembiri
tiada lagi taming sari.

jebat kononnya derhaka
tuah setia tidak berkira
kitol bermuka-muka
akan ada sepanjang masa

andainya kelahi yang ini tidak dihenti
tiada lagi akan diwarisi.

6 ulasan:

  1. Saudara UjangKutik,

    Tuan merintih, saya merintih dan ramai lagi merintih.

    Namun api kebencian sesama bangsa terus membara demi kepentingan fahaman dan keyakinan.

    BalasPadam
  2. The real culprit was not Kitol. It was actually the ploy of Hang Tuah Supporters to topple the Malacca Sultanate which was being controlled by the Jebat faction especially about 10 years before the demise of the Malaccan Kingdom. Hang Tuah supporters made ally with Alfonso d'Albuquerque and provide him with ample military support during the war. After the war ended, One of Hang Tuah supporters was being made the Bendahara of Malacca during the Portugues reign.

    BalasPadam
  3. what eber laahh,, tahniah kepada pasukan n9

    BalasPadam
  4. Sdr PakMail,

    Ya, Sdr PakMail, apa pun anutan politik kita atau ego kita, kita menunggu sang pendamai. Sang pendamai yang tidak berpihak - bukan batu api dan opportunis.

    BalasPadam
  5. Sdr TanpaNama,

    terima kasih kerana info sedemikian. Saya dan mungkin pembaca lain akan mendalami info tersebut.

    BalasPadam
  6. Sdr Pak Oncu,

    Ya, politik politik juga. N9 berjaya lepas ke separuh akhir.'Jeki' datang menggolek.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."