PPSMI. Mungkin masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak dapat menjelaskan perkataan yang membangunkan 5 huruf rumawi tersebut. Malah, saya juga percaya, masih ramai lagi yang tidak memperdulikan langsung polemik yang dicetuskan sebaik sahaja salah satu Dasar Pendidikan Malaysia itu mula dilaksanakan pada tahun 2003.
Realitinya, PPSMI mempunyai penyokong dan penentangnya yang setara. Saya tidak akan mengetengahkan pola golongan yang menyokong dan yang menentang.
Apakah itu PPSMI? PPSMI ialah singkatan kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan Bahasa Kebangsaan/Ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dam Matematik di semua peringkat pendidikan.
Secara dasarnya PPSMI telah dimansuhkan dan digantikan oleh dasar ‘Memartabatkan Bahasa Melayu,Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)’. Bagaimanapun, MBMMBI juga hangat diperdebatkan dan mempunyai penyokong dan penentangnya.
Saya tidak bercadang mengupas persoalan dan polemik ini kerana keterbatasan ilmu dan kepakaran. Bagaimanapun, saya perturunkan di antara petikan dari artikal seorang penulis berketurunan Cina, Teo Kok Seong, yang juga Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM dalam ruangannya sendiri ‘ Teo Kok Seong’ di sebuah akhbar arus perdana untuk direnungi oleh mereka-mereka yang mengaku Orang Melayu . Di antara lain beliau menulis;
“ Orang Melayu yang menyokong PPSMI diteruskan, sepatutnya menginsafi anugerah ini pada bahasa Melayu, yang ikut disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak penubuhannya pada 1956. Sebagai penutur jati, mereka tidak sepatutnya mempersoal kemampuan bahasa Melayu, apatah lagi bersekongkol dengan pelbagai pihak yang ingin melihat bahasa Melayu dipinggirkan di tanah watannya sendiri.
Sesungguhnya penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa ilmu, boleh dilihat sebagai satu dimensi kekuasaan kaum Melayu selaku kaum dominan di negara ini……”
bagaimana bahasa melayu bisa dimartabatkan sedangkan dimana-mana jabatan samada awam atau swasta masih mengagongkan bahasa asing.
BalasPadamTuan Ujang,
BalasPadamPPSMI ada penentang ada penyokong.
Satu dengan niat mertababatkan bahasa demi bangsa.
Satu lagi mau mertabatkan bangsa melalui kekuatan berbahasa.
Selagi tidak dikaitkan pada politik sempit isu ini sangat baik di bahaskan dan kita tidak perlu berasa ragu untuk pendirian peribadi kita..
bahasa jiwa bangsa..wa cakap luu..ekeke..
Seri Bahasa,
BalasPadamTerima kasih kerana sudi menjenguk blog saya dan meninggalkan ulasan.
Persoalan ini sememangnya amat sukar untuk diselesaikan. Kita masih belum menemui kaedah yang betul dan tepat.
Kadang-kadang kita juga di dalam keadaan serba salah - samada menuju ke hadapan atau mudik semula ke belakang.Selalunya kita cuba belajar dari kesalahan.Lalu kita mulakan semula dari aras kosong apabila menyedari 'experiment' tersebut salah atau juga diterjah oleh desakan semasa.
Akhirnya, tidak ke mana-mana.
Sdr theolrascal,
BalasPadamTuan,
En. Teo Kok Seong melontarkan pendapat dari sudut idealnya di manakah kedudukan bahasa Melayu sepatutnya diletakkan - Bahasa menunjukkan bangsa.
Kendatipun begitu, sesuatu yang ideal tidak semestinya dapat dilaksanakan dengan mudah kerana banyak halangannya - politik,kepakaran,habitat,perpaduan,agihan ekonomi....
Ya tuan, kita tidak perlu ragu dengan pendirian peribadi kita.Pendirian juga 'didirikan' oleh pengaruh persekitaran dan pengalaman.
Saya juga yakin dengan satu lagi sebab atau dalam kebanyakkan keadaan, pengaruh tunggal yang mutlak, yaani anutan politik!
Saya juga
Assalamualaikum Tn Ujang K,
BalasPadamSalam perkenalan dan salam silatulrahim dari saya...terlebih dahulu terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya yg serba daif dan sudi meninggalkan sedikit catatan/komen disitu.
Isu bahasa ini sudah lama di perkatakan.., bagi pendapat saya untuk memperkasakan bahasa Inggeris bukan dengan cara meng Inggeris kan semua bahasa ilmu tetapi mencari cara yg terbaik memperkasakan bahasa inggeris tersebut kerana tujuan asalnya adalah untuk mengatasi kelemahan pelajar bumiputra khasnya dalam penguasaan bahasa inggeris.
Tn Ujang K,
BalasPadam...dan mengapa pula mata pelajaran sains dan matematik yang di Inggeriskan....seperti ada sesuatu agenda tersembunyi disebalik usaha itu kerana semua orang sudah sedia maklum bahawa org Melayu khususnya lemah dalam penguasaan sains dan matematik walaupun didalam bahasa ibundanya inikan pula di dalam bahasa yg sememangnya mereka amat lemah utk menguasainya....
bahasa menunjukkan bangsa...
Sdr azmnor,
BalasPadamWa'alaikum salam.
Pada dasarnya PPSMI telah dimansuhkan.Namun, sepertimana yang kita ketahui melalui akhbar,kerajaan menggunakan pendekatan 'soft landing', dimana PPSMI masih boleh dilaksanakan sehingga 2016 untuk sekolah rendah dan 2021 untuk sekolah menengah.Lama lagi tu...
Mungkin inilah seperti yang tuan nyatakan 'seperti ada agenda tersembunyi'.
Dan seperti kebiasaannya,yaani setelah PPSMI secara dasarnya dimansuhkan, barulah ada keberanian di kalangan pihak-pihak yang sepatutnya berada di saf hadapan menentang pelaksanaan PPSMI ketika mula-mula dilaksanakan dahulu.
Lalu mereka nyatakan betapa negara-negara seperti Belanda, Jerman atau Sweden boleh maju dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Pun demikian, tindakan memansuhkan PPSMI dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu,Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), walaupun mungkin agak lewat tertangguh, memerlukan kita bersangka baik dan banyak-banyak bersabar.