Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 11 November 2011

kita yang terpaksa mengalah


KATA bijak pandai,"Pelajarilah jagat raya ini, jangan kecewa kalau dunia tidak mengenal anda, tetapi kecewalah apabila anda tidak mengenal dunia."

Samada kita suka atau buat-buat tidak kisah, hati kecil kita sebenarnya tidak dapat mengabaikan keresahan yang seperti tidak ada kesudahannya - gejala sosial  dan bahana yang dilakukan oleh pendatang ekonomi dari luar yang datang ke negara kita.  

Negara sekecil Malaysia menjadi destinasi idaman kepada berbagai bangsa daripada berbagai pelusuk dunia. Malah,  ada di antaranya dari belahan dunia yang tidak pernah kita jangkakan sebelum ini. Pendatang ekonomi dari Afrika, Iran, Latin Amerika, Arab, Cina,Vietnam atau Uzbekistan adalah sejumlah contoh pendatang yang dimaksudkan itu.

Selain dari 'lubuk rezeki', adakah sebab-sebab lain yang mendorong mereka datang berbondong-bondong ke negara kita secara sah atau secara tanpa izin?

Kenapa mereka tidak berbondong-bondong ke negara yang lebih kaya seperti Brunei atau Singapura ? Adakah disebabkan keadaan landskap negara kita menyebabkan pihak berkuasa sukar menyekat kemasukkan makhluk pengganggu yang kita tidak izinkan? Atau adakah  pihak berkuasa tidak efisyen menangani pendatang? Persoalan tersebut adalah luahan yang biasa kita dengar di mana-mana tanpa disandarkan kepada kajian ilmiah dan berautoriti. 

Walau apa pun alasannya, golongan yang berhadapan secara fizikal dan menjadi mangsa ialah masyarakat bawahan. Realitinya,  ekosistem kehidupan selesa,aman dan selamat yang dinikmati sebelum ini telah dirosakkan landskapnya . Bak kata ungkapan yang selalu digunakan sekarang, " Inilah harga sebuah pembangunan." Kita, warga negara di bumi tercinta ini cuma mampu melihat, menerima risiko dan memendam rasa. 

Saban hari kita dapat saksikan betapa pendatang asing tidak menghiraukan lampu isyarat jalan raya. Orang kita yang minat berniaga juga terpaksa bersaing dan berebut tempat berniaga dengan mereka samada di pasar-pasar malam, warung-warung atau lokasi perniagaan di tepi-tepi jalan. Biasanya orang kita mengalah kerana mereka lebih licik,lasak dan ganas.

Orang Melayu dan India yang kebanyakkannya terlibat dengan bidang kerja kurang kemahiran seperti buruh, operator pengeluaran,peniaga kecil-kecilan atau pembantu kedai terpaksa menerima hakikat bahawa saingan mereka datangnya daripada pendatang asing.

Suatu ketika dahulu Chow Kit Road adalah tempat tumpuan penduduk tempatan pada hujung minggu. Bagaimanapun, kini Chow Kit Road adalah tempat yang menakutkan untuk dikunjungi kerana dikuasai dan dipenuhi oleh pendatang asing dari berbagai negara.  Begitulah juga tempat-tempat tumpuan lain seperti KLCC, Pusat Bandar atau Kompleks-Kompleks Perniagaan.

Lebih dahsyat lagi, orang-orang tempatan sentiasa di dalam ketakutan dan rasa tidak selamat dari kejadian kacau ganggu, rompakan, pecah rumah, pembunuhan atau rogol yang dilakukan oleh sebilangan pendatang asing. Tiap-tiap hari pasti berlaku jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing.

Tidak dinafikan bahawa orang tempatan juga melakukan jenayah. Bagaimanapun, kita akan merasa lebih sakit hati apabila segolongan pendatang asing yang pada awalnya datang ke negara kita untuk mencari rezeki halal tetapi akhirnya terlibat dengan jalan mudah melangsungkan survival hidup - kacau ganggu, menipu, merompak,merogol, malah membunuh. 

Inilah realiti kehidupan yang kita hadapi. Realiti ialah sesuatu yang wujud samada kita akui atau sengaja mengabaikan kewujudannya.    








6 ulasan:

  1. Tuan Ujang,

    saya sedikit terganggu bila melihat awang hitam berpacaran dengan gadis tempatan...

    bukan cemburu...saya amat meragukan keikhlasan si awang hitam...

    BalasPadam
  2. Saya tertarik dengan "Tanah ini, dahulu batin yang punya". Batin-batin lah penyokong kuat BN zaman berzaman. Tetapi apa yang mereka dapat? Tanah lesap. Yang tinggal hanya kenangan. Demikian juga orang Melayu. Orang Melayu akan hilang negeri sendiri kalau mereka terus menyokong BN.

    BalasPadam
  3. hhehehehh bukan awan hitam ,, we call it BLACK BASTARD... kah kah kah
    Bang Ujang jiko ke ghombau datang lah bersantai ke Cafe de merdeka,,, di dlm kawasan Ghombau City Council Area,,,

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    Tuan,

    Selalunya kita juga lebih percaya indera mata dpd indera telinga kita.Ghalibnya,indera mata lebih tinggi makamnya dpd indera telinga. Saya bukan sahaja cemburu tetapi menggeleng kepala...

    BalasPadam
  5. Sdr Tanpa Nama,

    Tuan,

    Bukan hendak melekehkan Tok Batin, tetapi sewajarnya kita memaafkan saudara lama kita itu kerana mereka di dalam apa juga sudut masih pada ranking 'handicap.'

    Namun,kita masih ada peluang menolong saudara lama kita itu selagi mereka masih belum bernama 'John Tunggal' atau 'Mary Gunung'.

    BalasPadam
  6. Sdr Pak Oncu,

    Tuan,

    Mereka (Awang Hitam) masih belum sampai ke Ghombau lagi.Tapi mungkin sampai tidak lama lagi - pemain import N9.

    Insya Allah saya akan cari Cafe de Merdeka.'Cendul Pulang' ada jual tak?

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."