Saya sempat menonton cerita 'Dante's Peak' di saluran television. Cerita ini mengisahkan mengenai kejadian letupan gunung berapi yang memusnahkan sebuah kawasan pendalaman di kaki gunung berapi di Amerika.
Diceritakan bahawa seorang pakar kajian gunung berapi telah membuat kajian dan menjangka akan berlaku kejadian letupan gunung berapi dalam tempoh terdekat . Bagaimanapun, ketua pakar tersebut tidak bersetuju sepenuhnya dengan kajian orang bawahannya itu. Di antara alasannya ialah di atas sebab-sebab ekonomi dan reaksi penduduk jika mendapati kajian tersebut tidak tepat. Sedemikian, penduduk di kawasan kaki pergunungan itu tidak dimaklumkan supaya bersiap sedia atau berjaga-jaga.
Seperti yang diramalkan, letupan gunung berapi berlaku juga. Muntahan lahar panas seperti tsunami memusnahkan kawasan sekitar. Di dalam keadaan genting itu, ketuanya sempat menelefon dan meminta maaf kerana mengabaikan hasil kajian yang ternyata tepat itu.
Apakah jawapan pakar tersebut? Jawapannya ialah, "It's ok." Waduh, hebatnya sahsiah pakar itu. Begitu mudah dia memaafkan orang lain yang menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Apakah 'Kenikmatan memberi maaf adalah lebih besar dari kenikmatan membalas dendam' itu cuma wujud dalam filem atau imaginasi sahaja. Sehubungan ini, kita tidak boleh 'umumkan' pendirian kita, yaani berpendapat bahawa orang lain juga berpendirian seperti kita. Sesungguhnya, masih ada manusia hebat yang bersedia memaafkan kesalahan orang lain di dalam kehidupan seharian kita.
Di akhir cerita, ketua pakar itu meninggal dunia dalam kejadian itu. Bagaimanapun, samada dia mati atau selamat, kerosakkan telah berlaku.
Hakikatnya, keadilan yang hakiki tidak pernah terlaksana. Sementelahan pula, manusia yang berbuat salah tidak meminta maaf dan juga tidak mengaku berbuat salah.
Saudara Ujangkutik,
BalasPadamKebanyakan persepsi masyarakat kita melihat apabila seseorang meminta maaf daripada orang lain meletakkan mereka ke tahap yang lebih rendah. Lebih2 lagi orang yang diminta dimaafkannya adalah orang bawahan. Justeru mereka terbuai hanyut dengan keegoannya.
.gwt.xml module file...ralat seperti ini biasa terjadi kerana masalah dipihak blogger dan biasanya mereka yang guna browser IE...
BalasPadamrasa ego kadang membuat seseorang sukar untuk mengakui kesilapannya...
BalasPadamTuan Ujang,
BalasPadamtajuk ini menggamit perasaan saya untuk memohon kemaafan dari tuan dan blogger2 yang lain jika sepanjang 2011 dalam kemeriahan kita berblogging saya tanpa di sedari telah mencuit perasaan dan terkasar bahasa dan sebagai nye...
ada lirik lagu omputih berbunyi begini...'' its hard to say i'm sorry..''.....ahahahahaha...
Sdr Pak Mail,
BalasPadamMungkin situasi tersebutlah menyebabkan seseorang itu semakin dipohon maaf semakin kuat pula marah dan egonya. Kadang-kadang perbalahan dan kecil hati di kalangan saudara mara cuma disebabkan oleh perkara-perkara remeh temeh sahaja.
Seri,
BalasPadamTerima kasih diatas nasihat saudari. Blog saudari banyak membantu terutamanya kepada kami golongan senior. Blog saya sekarang ok.
T.Kasih.
Sdr theolrascal,
BalasPadamSaya pun demikian juga.Terima kasih juga kerana sudi bersembang secara maya.
Petang tadi saya sengaja jalan-jalan melalui MRR2 Ampang - Klang-Banting-Pantai Morib.
Pantai Morib tiada apa yg menarik.Mungkin air surut. Pekan Banting agak besar juga.Jauh lebih besar dari Pekan Rembau.