Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 6 Disember 2011

negeri sembilan:yang menjemput dan yang dijemput

Arakian, lebih dua abad yang lalu, maka berangkatlah beberapa orang pembesar Negeri Sembilan yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bandot ke Pagar Ruyung, Tanah Minangkabau, Sumatera Barat  dengan tujuan yang amat besar, yaani memohon seorang anak raja kepada Raja Alam Minangkabau untuk ditabalkan sebagai raja di Negeri Sembilan.

Raja Alam Minangkabau ketika itu, Sultan Muning Syah tidak menghampakan hajat pembesar-pembesar Negeri Sembilan tersebut. Baginda bersetuju akan menghantar seorang anak raja untuk ditabalkan sebagai raja atau Yang Dipertuan di Negeri Sembilan.

Berpaksikan kepada senario itulah, kawan saya berketurunan Minangkabau dari Beranang, Selangor acapkali menyakat saya dengan menyatakan betapa ‘bodohnya’ Orang Negeri Sembilan sehingga tidak mampu memilih seseorang yang layak di kalangan mereka untuk diangkat menjadi raja. 

Ada sesuatu yang tidak diketahui oleh kawan saya yang berasal dari Beranang disebalik dakwaannya tersebut. Dia tidak mengetahui bahawa wujud satu ‘persetujuan menang-menang' yang amat dihormati di antara Pembesar Negeri Sembilan dengan Raja Alam Minangkabau, Sultan Muning Syah mengenai ‘hak orang yang menjemput’ dan ‘hak orang yang dijemput’ .

‘Persetujuan’ tersebut lebih kurang berbunyi,” Kami (Pembesar Negeri Sembilan) di pihak yang menjemput, sudilah kiranya Tuanku (Raja Alam Minangkabau) perkenan dengan peraturan di negeri kami.”

Sehubungan ini, kuasa orang yang menjemput (Dato’-Dato’ Penghulu Luak) telah diperlihatkan dengan jelas dalam menangani satu dua kes raja-raja dijemput yang menimbulkan masalah. Mengikut sumber yang ada, ada di antara raja-raja yang dijemput sebelum Raja Melewar, telah diturunkan dari takhta kerajaan kerana gagal memerintah dan memajukan adat sebagaimana yang dikehendaki oleh Dato’-Dato’ yang menjemput mereka.

Dikatakan bahawa sistem Adat Perpatih menjurus dari aras bawah ke aras atas. Sehubungan ini, urusan pertabalan dan penggantian Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dipilih berdasarkan perakuan Undang Yang Empat.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ini adalah di antara keunikan amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.  Inilah di antara faktor yang mendekatkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dengan rakyat baginda. Rakyat jelata juga amat menyayangi baginda. 

2 ulasan:

  1. SALAM TUAN,

    TIADA APO NAK DIKATOKAN....."SUDAH TORANG LAGI BERSULUH" ..... "DATANG BERJUMPOT , BALIK BERANTA".... ALLAHUA`LAM

    BalasPadam
  2. Sdr Azmnor,

    Tuan,

    Selamat balik dari makan angin bersama keluarga di JB.

    Adat oghang kita,"Datang berjemput,balik beranta"

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."