Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 5 Disember 2011

negeri sembilan :negeri 'Tarekat Al-Ahmadiyah'



Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa selain dari amalan Adat Perpatih dan kehebatan di padang bola, Negeri Sembilan juga ialah 'Negeri Tarekat Al-Ahmadiyah'. Dari negeri inilah Tarekat Al-Ahmadiyah berkembang ke Kelantan, Selangor, Melaka,  Singapura,Brunei dan di kepulauan Indonesia.


Tarekat Al-Ahmadiyah  Al-Idrisiah  Al Rasyidiyah  Al-Dandrawiyah atau lebih dikenali dengan Tarekat Al-Ahmadiyah yang berpusat di Madrasah As-Saidiyah,Kg.Pondok Rasah, Seremban ini tidak ada kaitan dengan 'Muhammadiah' di Indonesia atau 'Muhammadiah' yang dikaitkan dengan kumpulan Al-Arqam suatu ketika dahulu. 

Pengasas Tarekat Al-Ahmadiyah ialah Allahyarham Hj. Muhammad Said b. Hj.Muhammad Jamaludin atau lebih dikenali dengan panggilan Al-Syeikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Beliau ialah seorang alim yang pernah menuntut dengan beberapa orang ulamak di tanah air sebelum melanjutkan pengajian ketika berusia 17 tahun ke Timur Tengah selama 10 tahun (1892-1902).


Al-Syeikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi menerima ijazah Tarekat Al-Ahmadiyah daripada seorang alim di Mekah yang bernama Syeikh Muhammad b. Ahmad Al-Dandarawi. Beliau kembali ke tanah air pada tahun 1902 dan mengembangkan Tarekat Al-Ahmadiyah yang berpusat di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau meninggal dunia pada usia yang agak muda, yaani 53 tahun pada tahun 1926.


Pengikut Tarekat Al-Ahmadiyah mengamalkan 'Aurad' atau wirid-wirid tertentu yang telah ditetapkan. Aurad yang asas ialah Al-Tahlil, Selawat Azamiah dan Istighfar Kabir.

Amalan secara bertarikat sentiasa dicurigai di sepanjang zaman. Namun demikian,Tarekat Al-Ahmadiyah  Al-Idrisiah  Al Rasyidiyah  Al-Dandrawiyah ini didokong oleh tokoh-tokoh agama terkenal dan diketahui latar belakang mereka. Tarekat ini telah disahkan untuk diamalkan di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

Sehingga ke hari ini, semua ketua Tarekat Al-Ahmadiyah ialah dari keturunan Al-Syeikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Kini Tarekat Al-Ahmadiyah diketuai oleh mantan mufti Negeri Sembilan, Dato' Sheikh Hj. Murtadza b. Sheikh Hj.Ahmad b. Al-Syeikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tarekat ini sila layari http://alahmadiyah-rasah.blogspot.com/ atau  tarekat Al-Ahmadiah yang berpengkalan di Singapura melalui http://www.ahmadiah-idrisiah.com/. Jika anda melawat blog yang berpengkalan di Singapura, anda akan dapat mendengar audio wirid Al-Tahlil dengan jelas. Anda juga boleh menjenguk kedua-dua blog tersebut di 'Senarai Blog Saya' di blog ini.

4 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Terima kasih atas maklumat ini. Sekadar ingin tahu untuk pengetahuan am.

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Sama-samalah kita bertukar maklumat.

    T.Kasih

    BalasPadam
  3. Tuan ujang,

    Terima kasih juga dari saya atas pengatahuan yang di perolehi mengenai Tarekat Al-Ahmadiyah ini.

    BalasPadam
  4. Salam Tuan,

    Terima kasih atas perkongsian ilmu..., Mantan Dato` Mufti memang antara yg tersohor dan dihormati di N9....allahua`lam

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."