Alhamdulillah, kebanyakkan restoran atau tempat makan terutamanya yang popular ada menyediakan ruang untuk pelanggan menunaikan solat. Ini adalah satu anjakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun demikian, tidak dinafikan bahawa ada segolongan pelanggan tidak memanfaatkan usaha baik tuan punya restoran tersebut. Selalunya hanya sebilangan kecil sahaja yang dilihat menunaikan solat ketika makan-makan di restoran, khususnya ketika waktu maghrib yang waktunya singkat.
Usaha tuan punya restoran menyediakan surau kecil di restoran mereka sewajarnya dipuji. Bagaimanapun, adalah lebih sempurna jika kerja baik tersebut bukan sahaja kerana tujuan komersial, yaani sebagai pakej untuk menarik pelanggan semata-mata kepada amalan berbentuk ibadah - amalan ikhlas kerana Allah.
Keadaan ini dapat kita saksikan di beberapa buah surau di restoran-restoran/tempat makan popular yang ramai pengunjung. Ada di antara surau yang disediakan secara ala kadar atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Misalnya, tempat mengambil wuduk yang kotor dan tidak selesa. Ruang tempat solat yang terlalu sempit, tidak ada kipas dan tidak diselia. Sejadahnya pula usang, berbau hapak dan tiada kualiti. Mungkin tuan punya restoran pun tidak menggunakan sejadah jenis itu ketika solat di rumahnya.
Bagaimanapun, yang pelanggan 'kecil hati' sedikit ialah sikap sesetengah tuan punya restoran/tempat makan popular yang ramai pengunjung. Mereka (tuan punya restoran/tempat makan) tidak berkira dalam mengindahkan dan melengkapkan restoran/tempat makan masing-masing. Ini berlaku kerana mereka mampu - perniagaan maju. Sebaliknya, dalam hal menyediakan surau/tempat solat yang kondusif mereka terlalu berkira.
Atau, untuk berlaku adil, mungkin mereka terlepas pandang.
Tuan Ujang,
BalasPadamIa sebenarnye mencerminkan sikap empunye premis terhadap keperluan beribadah dan amal jariah.
Ada yang rasa kehidupan ni panjang , ramai gak yang rasa kehidupan ini amat pendek sebenarnye...hehe
Sdr theolrascal,
BalasPadamSaya setuju.
Bagaimanapun, naluri manusia amat hampir dengan kebaikan dan ganjaran dunia akhirat.
Ini kes terlepas pandang. Di antara contoh ialah di surau Restoran Muara, Port Klang.
Salam Tuan Ujang...,
BalasPadamMemang tak dinafikan sejak kebelakangan ini byk restoran menyediakan ruang utk bersolat..Alhamdulillah... tapi masih ada yg tak menyediakan dan yg menyediakannya pula tidak mempunyai kemudahan yg sepatutnya...semuga dimasa depan ianya akan bertambah-tambah baik lagi...Isyaallah...aaminnn
p/s : terlepas pandang atau mereka merasakan bahawa rezeki itu bukan datangnya dari Allah...allahua`lam...
Sdr azmnor,
BalasPadamTuan,
Mereka mampu menyediakan kemudahan surau yang bersih dan selesa kepada pengunjung.Perniagaan mereka maju.
Dalam hal ini perkhidmatan pihak Lebuh Raya (PLUS) patut dipuji - bersih dan selesa.
Mungkin kes ini terpencil. Saya pernah menginap di hotel milik orang kita @ RM130/malam (susah nak cari hotel Melayu). Saya dapati sejadah yang disediakan oleh hotel milik bukan Melayu lebih bersih dan berkualiti dari sejadah hotel tersebut.
Nak cakap macam mana. T.Kasih.