(Petikan sepenuhnya pepatah ‘membelah buluh satu diangkat, satu dipijak’ dari buku “A.Samad Idris Dengan 300 Pepatah –Bhg. Pertama” tulisan Tan Sri Samad Idris. Cetakan Pertama:1989)
SESEORANG yang membelah buluh biasanya sebelah dipijak dan sebelah lagi diangkat. Kerana itulah caranya membelah buluh dengan mudah. Orang tua-tua dahulu menjadikannya contoh untuk dijadikan pepatah.
Ertinya:
Pepatah ini dikiaskan kepada seorang pemimpin atau ketua yang tidak adil dalam melayani rakyat atau pengikut-pengikutnya. Sebelah pihak dilayan dengan baik dan terhormat, tetapi yang sebelah pihak lagi dihina atau diberikan layanan yang tidak sepatutnya.
Begitu juga kalau ia menimbangkan sesuatu perkara yang berlaku di antara dua orang atau dua puak. Dengan jelas ia berpihak kepada seseorang atau satu pihak, kalau menghukum ternyata berat sebelah.
Perkara menimbang berat sebelah ini biasa berlaku di zaman dahulu, tetapi bukan pula semua orang-orang besar atau ketua-ketua yang melakukan demikian, sebaliknya ada di antara ketua-ketua atau pembesar-pembesar ini menimbang dan menghukum dengan adil dan saksama.
Ulasan:
Dalam negara yang sedang membangun sekarang, dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam negara kita ini, pepatah ini boleh juga dikiaskan kepada seseorang wakil rakyat dalam melayani rakyat yang diwakilinya. Setiap wakil rakyat semestinya memberikan layanan yang sama kepada semua rakyat yang datang mengadukan hal kepadanya.
Kalau ada di antara wakil rakyat yang melakukan seperti dimaksud pepatah ini, ia bukanlah seseorang yang berwibawa sebagai seorang ketua atau pemimpin rakyat. Sikap demikian akan menyusahkan dirinya sendiri.
Saudara Ujangkutik,
BalasPadamOrang2 dahulu amat hebat dan jauh berpandangan dalam mengambil perlakuan kerja harian untuk dijadikan pengertian kehidupan melalui pepatah2 yang dinukilkan.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamMemang betul. Dan menghairankan orang sekarang yg dikatakan lebih cerdik dan canggih tidak dapat menghasilkan pepatah.
Nota: Ini Windows Internet Explorer...
Tuan Ujang,
BalasPadamMasa satu di angkat satu di pijak tu kena bebaik..
terlepas salah satu..naya..hahaha.
Tuan , zaman dah moden ...
buluh lemang pun boleh di ganti plastik..alahaiii
Sdr theolrascal,
BalasPadamTuan,
Biasanya yg di atas sahaja akan terlepas. Apa keadaan sekalipun, yg dipijak akan terpukul dan menanggung akibatnya.
saya baru pertama kali mendengar pepatah ini. tepat sekali kiasannya. hebat orang2 dulu membuat pepatah dengan memerhati alam dan manusia dan mengambil iktibar darinya dengan penuh bijaksana.
BalasPadamSdr al-lavendari,
BalasPadamTuan,
Terima kasih. Semoga roh Allahyarham Tan Sri A.Samad Idris mendapat manfaat di atas peninggalan buah tangan beliau ini.