Sejujurnya, sekali sekala saya juga ada menonton drama (sinetron) popular 'Nada Cinta' terbitan negara jiran Indonesia di peti television. Biasanya saya menonton ketika waktu-waktu terluang selepas balik dari pejabat. Kata orang, 'join the club' bersama orang rumah dan anak lelaki sulung kami.
Seperti yang pernah saya luahkan melalui catatan sebelum ini, bahawa ada kecenderungan di kalangan pengeluar drama television Indonesia membariskan pelakun berdarah kacukan Indonesia-Belanda(Eropah) secara melampau. Hampir semua barisan pelakun drama ini berdarah kacukan Indonesia-Belanda(Eropah).
Senario ini sangat merimaskan. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seperti ada unsur diskriminasi warna kulit, paras rupa dan kepercayaan dalam pemilihan pelakun. Seolah-olah pelakun iras peribumi tidak berbakat. Mereka diketepikan.
Drama tersebut juga sarat dengan paparan cara bersosial (misalnya, cara berpakaian) yang agak keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya rakyat Malaysia. Selain itu, nama-nama watak dalam drama tersebut juga sangat condong kepada nama-nama penganut agama Kristian .
Saya mengajak pembaca menyorot kepada beberapa nama pelakun dan nama watak (dalam kurungan) dalam drama tersebut ; Mikha Tambayong (Nada), Randy Pangalila (Ricky),Michella Putri (Rasti Yunita), Donny Michael (Alex), Aditya Firmansyah (Vito Anggara), Nufi Sulian Wardhana (Siska), Dewi Sandra (Rina), Luna Maya (Susan) dan Ricky Djauhary (Martin).
Nama-nama tersebut samada nama sebenar atau nama watak yang dilakunkan amat tidak bersesuaian dan asing dengan budaya dan kepercayaan orang Malaysia.Saya tidak hairan jika drama ini diterbitkan oleh negara-negara bukan Islam seperti Filipina atau Thailand.
Tidak ada lagikah wajah-wajah iras pribumi Indonesia samada Jawa,Betawi,Minangkabau, Banjar, Bawean, Madura, Lombok, Batak dan lain-lain suku kaum yang mewakili lebih 200 juta penduduk Indonesia yang mempunyai bakat berlakun?"
Tidak ada lagikah pelakun-pelakun yang seketurunan dan sewarna kulit dengan Sophan Sopian, Dicky Dzulkarnain, Benjamin S, Rahmat Kartolo,Sukarno M.Nor atau Widyawati yang berbakat untuk diambil berlakun?
Saya akur dan sedar bahawa penganut agama Kristian di Indonesia juga terdiri di kalangan penduduk pribumi dan campuran Pribumi-Belanda(Eropah). Namun demikian, kita perlu ingat bahawa bilangan penduduk beragama Islam mendominasi pola nisbah penduduk Indonesia yang melebihi 200 juta orang itu.
Sehubungan ini, carian saya di internet mendapati bahawa beberapa orang pelakun utama dan sebilangan yang memegang watak penting beragama Kristian. Adakah situasi ini dirancang atau sememangnya penduduk pribumi Indonesia tidak lagi berminat menceburi industri perfileman (drama television)?
Tidak dinafikan bahawa paras rupa dan bakat adalah elemen penting untuk menjadi pelakun yang versatile. Kaedah pemilihan pelakun juga ialah hak ekslusif pengarah drama atau pihak penerbit.
Selain dari itu, kita juga menyedari bahawa 'kecelaruan' dalam institusi sosial ( misalnya, cara berpakaian, nama individu), institusi keluarga dan beragama yang dapat disaksikan dalam drama tersebut adalah sesuatu yang normal di negara jiran itu.
Selain dari itu, kita juga menyedari bahawa 'kecelaruan' dalam institusi sosial ( misalnya, cara berpakaian, nama individu), institusi keluarga dan beragama yang dapat disaksikan dalam drama tersebut adalah sesuatu yang normal di negara jiran itu.
Kita juga tidak mahu masuk campur dengan kecenderungan mengenepikan pelakun peribumi yang kebanyakkannya beragama Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa pelakun kacukan Pribumi-Belanda(Eropah) mempunyai pakej yang lengkap; paras rupa , berbakat dan faseh berbahasa Indonesia. Mereka; wanitanya amat jelita dan lelakinya sangat kacak. Biarlah urusan ini diselesaikan oleh penggiat seni di negara itu.
Berbanding Indonesia, kita lebih bernasib baik dalam banyak hal dari rakyat terbanyak negara itu. Penjajah Belanda meninggalkan Indonesia dengan ribuan gereja yang dimakmurkan oleh rakyat pribumi, termasuk juga sebilangan besarnya di kalangan keturunan kacukan Peribumi-Belanda(Eropah). Sebaliknya, inilah yang tidak dapat dilakukan oleh penjajah Inggeris semasa menjajah negara kita.
Walaupun pernah dijajah, jati diri kita terutamanya dalam beragama tetap utuh. Kita tidak sedikit pun terpengaruh menggunakan nama-nama mirip penganut agama Kristian seperti yang diamalkan oleh bangsa serumpun. Kita juga tidak menghadapi gejala kecelaruan institusi keluarga 'berbilang agama dalam satu keluarga'.
Faktor inilah yang perlu kita saring dan pantau. Terjahan pengaruh negatif dari bangsa serumpun yang sama budaya dan bahasa mudah meresap dan mempengaruhi kita. Kita akan jadi terbiasa dengan pengaruh sedemikian. Berwaspadalah.
Saudara Ujangkutik,
BalasPadamSaya juga telah lama menyedari situasi seperti ini. Lebih2 lagi dalam soal nama sebenar mereka yang dipaparkan. Nama kebanyakan pelakun mereka sekarang tidak lagi memperlihatkan keaslian identiti sebagai orang Indonesia jati yang 'authentic'. Justeru saya tidak dapat menduga agama apa yang mereka anuti.
Bercakap mengenai filem Indonesia, teringat saya satu filem yang sangat saya gemari sewaktu kecil iaitu filem 'Pahlawan Sembilan' atau 'Pendekar Sembilan' sekitar awal tahun 1970an yang dibintangi oleh WD Mokhtar dan lain-lain yang saya tidak dapat mengingati nama2 mereka.
janganlah berbangga-bannga(bersombong diri) akan keturunan, banyaknya anak , banyaknya harta banda, banyaknya amalan,tidaklah sekali kali masuk surrga semata mata kerana amalan ibadah, melainkan karena Rahamn dan Rahimnya Allah. kalau belum pernah masuk surga jangan lah banyak cakap, tak taupun suku bangsa mana yang banyak mendapat tempat disurga.pakcik cepat sangat men judge rumpun bangsa. merasa paling mulia. tak taukah panyakit hati yng merosakkan pahala ibadah tu riyak,ujub, sum ah, sombong, takabur. agaknya pakcik baru balik dari surga semalam, tertengok semua isi surga tu org malaysia belaka. masjid dinistakan org cinapun tak kuasa bebuat suatu apa. pakcik ingat ke" walaa takharotan zaa rotan illa bi iznillah (maaf kalau silap eja ,konon tak pandai sangat mcm pakcik tu)
PadamTuan Ujang,
BalasPadamBidang pelajaran , sukan , bahkan kebudayaan pun sudah menjadi satu industri apalagi dunia perfileman.
Kalau dah jadi industri pasti ada pelabur nye. Dalam setiap pelaburan pulangan menjadi perkiraan utama.
Mesej nye dari perbandingan yang tuan lakukan antara kita dan negara jiran akan kesan dari penjajahan itu...ye saya setuju ..kita lebih utuh dalam jati diri , berugama dan penonjolon identiti.
Terdapat juga nama2 yang iras2 kristian dalam barisan pelakon2 berbangsa melayu dan dalam filem2 melayu kita. Saya harap saya salah.
Kalau ada tawaran berlakon jadi hero saya tak pasti mahu menolak atau menerima nye...hehe.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamTuan,
Ya,kita membesar semasa kegemilangan filem Indonesia (terutamanya bercorak purba dan era penjajahan Belanda.
Kita terperasan kerana wajah-wajah pelakunnya seiras dengan kita.
Sdr theolrascal,
BalasPadamTuan,
Memang ada seorang dua terutamanya pelakun wanita yang sedemikian. Bagaimanapun, masih terkawal.
Kalau ada tawaran,jangan lepaskan.......
Bagaimanapun, saya masih tercari-cari dimanakah pelakun iras Jawa bersembunyi atau muka Jawa Indonesia tidak boleh cari makan lagi di sana.
ermmmmm hebat abg den ni ,, goma dio nenggok TV ,, den nenggok yo tapi tersangat lah kurang ,,
BalasPadamSdr Pak Oncu,
BalasPadamApo apo pun kito baghu tengok N9 'hebat dan bergaya'. Oghang kampung kito ni handa yang tidak didendang.
Bagaimanapun, jangan sampai riak.
Di sabah & sarawak soal nama juga menjadi kekeliruan
BalasPadamSdr Tanpa Nama (12/9/12),
BalasPadamTerima kasih kerana singgah di blog saya.
Mungkin sedikit ganjil kepada orang semenanjung.Tetapi itulah hakikatnya.
Pak Ujang saya orang Indonesia, agak menggelikan isi blog anda, semua aktor/aktris yang anda sebutkan diatas semuanya pure Indonesian, kecuali Dewi Sandra Killick keturunan Inggris/Betawi, Luna Maya Sugeng (Ayah Jawa, Ibu Inggris)
BalasPadamKalau soal nama, nama saya sendiri Adrian Raus, saya penganut kristen protestan tapi disini banyak juga teman saya yang beragama islam memiliki nama seperti orang Kristiani.
Tapi anda benar, di Indonesia satu keluarga mengantu agama berbeda beda sudah menjadi hal yang biasa.
Tuan Adrian Raus,
PadamTerima kasih kerana berkongsi info berkaitan catatan saya.
Kaedah biologinya bangsa serumpun Malaysia/Indonesia memiliki keterampilan fikizal yang seragam - berkulit sawa matang. Saya jadi musykil kerana susuk fizikal sedemikian hampir tidak ada pada aktor/aktress dalam sinetron import Indonesia yang ditayangkan di TV Malaysia. Lebih 90% pelakunnya beriras kacukan Indonesia/Eropah atau Pan-Asia.
Saya dari Negeri Sembilan, Malaysia ada darah keturunan Minangkabau. Sedemikian, saya tertanya tidak ada lagikah pelakun di Indonesia yang berbakat, kacak atau jelita di kalangan mereka yg memiliki iras peribumi?
Semoga tuan sudi lagi melawat blog saya pada masa hadapan. Terima kasih.
kantuik ang da
Padamujang,awak urang minang juo tidak pernah nonton sinetron kecuali beberapa sinetron bagus seperti Pencari Tuhan & Si Doel Anak sekolahan. Di Indonesia sendiri juga banyak yg tdk suka sinetron karena banyak menjual mimpi..
BalasPadamAda beberapa keturunan Minang yg menjadi pemain sinetron seperti Dude Herlino, Nikita Willy,Fanny Bauty,Laila sagita,mario irwinsyah, marshanda, Revlina S Temat dan banyak lainnya, bila melihat namanya mungkin anda berfikir mereka bukan orang minang?
Novril Welmar,
PadamSaya memohon maaf kerana jelas begitu keliru dengan nama-nama yang digunakan di Indonesia. Terima kasih juga di atas info yang saudara nyatakan.
Ada banyak orang minang menjadi pemain sinetron diantaranya: Nikita Willy, Dude Herlino, Leily Sagita, Fanny Bauty, Mario Irwinsyah, Marshanda dan banyak lainnya. Tentunya kalau melihat namanya anda berfikir mereka bukan orang minang tapi perlu anda tahu pelopor sinetron adalah orang minang alm Irwinsyah sama seperti pelopor film Usmar Ismail yg orang minang juga..
BalasPadamKpd. Rakan Dari Indonesia,
BalasPadamMinta maaf kerana saya terpadam ulasan anda.
Saya memahami sentimen anda.Sekali lagi saya mohon maaf jika ada di antara info dalam posting ini kurang tepat dan menyinggung perasaan anda.
Salam Hangat,
BalasPadamDi Indonesia, tidak ada lagi sebutan pribumi (bumiputera) atau non-pribumi. selama memiliki pasport Indonesia, anda akan diperlakukan sama di depan hukum. ini karena pada saat jaman Kemerdekaan, tidak hanya Pribumi yang berjuang, tapi juga pendatang. jadi walau pendatang, hatinya cinta Indonesia, so mereka juga berhak mendapat perlakuan yang sama. kalau mau dipisah-pisahkan (dibedakan), kamu Pribumi, kamu Belanda, kamu Tionghoa (Cina), apa bedanya Indonesia dan Belanda?? suka memecah belah, tidak suka bersatu dan membuat rapuh. bukankah 'Bersatu Kita Teguh, bercerai kita Runtuh''???
lagipula untuk urusan Agama, dijamin kebebasan beragama, jadi tidak bisa dipaksakan.
untuk Sinetron, mayoritas yang dikejar adalah rating. jadi konsumtif, liberal dan hedonisme. jadi wajar kalau semuanya disesuaikan budaya konsumtif. tapi ada juga. sinetron yang ada unsur pengajarannya, seperti Para Pencari Tuhan, Si Doel, Keluarga Cemara.
nah, kalo ingin lihat yang seperti keinginan Anda, sila tengok film. karena sudah banyak film yang sutradaranya punya idealisme. tengok yang terutama latarnya diluar Jakarta macam Laskar Pelangi, Senandung diatas Awan, Sang Pemimpi, HOS Cokroaminoto, dll...
jadi kalo berbicara Indonesia, kami tak pernah berbicara kamu Pribumi, kamu Cina, kamu Belanda, kamu islam kamu kristen. tidak ada... semua sama. kalau salah dihukum, kalo benar dipuji.
bukankah semua manusia itu sama ya, dimata Tuhan??