Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 1 Januari 2012

pokok getah : 'back to basic' sebilangan kita



Syahadan, saya menunjukkan foto biji getah yang diambil dari sebuah ladang getah di Segamat baru-baru ini kepada anak gadis bongsu saya. Dia  masih menuntut. Saya berharap dia tidak mengenali objek berwarna coklat berbintik sebesar buah guli itu. Saya ada mesej atau maksud tersembunyi 'mengkambinghitamkan' buah atau biji yang pokoknya  menghasilkan produk yang amat penting dalam industri getah negara kita itu.

Dia merenung foto di skrin komputer dalam tempuh yang agak lama, yaani 2  hingga  3 minit. "Ini gambar biji getah," katanya. Penjelasan tersebut juga bermakna saya terpaksa melupakan hajat untuk mengenakannya. 

Saya tidak pasti sebab dia mengambil masa agak lama untuk menjawab soalan  mudah itu. Samada dia kurang pasti atau sengaja berpura-pura berbuat demikian kerana deria inteleknya telah dapat mengesan  tujuan saya untuk mengenakannya.

Sehubungan ini, saya percaya ada di kalangan golongan kanak-kanak dan remaja hari ini tidak mengenali komponen komoditi sumber hasil utama negara  ini , iaitu getah samada bijinya, benihnya, pokoknya atau susunya. Senario ini tidak dapat dielakkan kerana puncanya amat berkait dengan persekitaran mereka dibesarkan.  

Tiada kejutan . Saya lebih terkejut dengan kawan sepejabat berusia 50-an  yang bukan sahaja tidak pernah makan ulam kerdas malahan tidak tahu langsung wujudnya ulam yang dinamakan kerdas.


Pokok getah atau nama saintifiknya hevea brasilliensis dikatakan dibawa ke negara ini dari Brazil di sekitar tahun 1877 oleh seorang lulusan geologi berbangsa British bernama  Henry Nicholas Ridley . Di peringkat awal cadangan beliau untuk menanam getah di Malaya telah mendapat tentangan kerana ketika itu tanaman dominan ialah kopi. Beliau digelar 'Nicholas Mad Ridley atau Si Gila Ridley kerana ideanya dirasakan tidak masuk akal. Beliau juga digelar Rubber Ridley.


Selain dari  itu beliau juga memperkenalkan kaedah torehan 'V-Shaped' . Kaedah menoreh  lapisan nipis pokok getah pada aliran susu getah itu bukan sahaja menambahkan hasil torehan susu getah, tetapi juga memanjangkan jangka hayat pokok getah. Sebelum itu susu getah dikeluarkan secara 'memakuk' atau melubangkan pokok getah. 

Kaedah torehan beliau kekal diamalkan hingga hari ini. Beliau yang dilahirkan pada tahun 1855 meninggal dunia pada tahun 1956 ketika berusia 101 tahun. 


Ketika ini kebanyakkan pekebun kecil getah menghasilkan 'lump cup' atau getah beku. Sepanjang tahun 2010 dan 2011 harga getah beku mencapai harga tertinggi sehingga RM8.00 se kilogram. Pada harga tersebut seseorang pekebun getah yang memilikki 5 ekar kebun getah boleh memperolehi pendapatan melebih  RM4,000.00 hingga RM5,000.00 sebulan.


Walaupun kini harga getah turun, iaitu sekitar RM4.00 se kilogram, pekebun getah masih boleh menjalani kehidupan yang sederhana tetapi selesa.


Dua agensi yang terlibat secara langsung dengan industri getah di negara ini ialah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Di antara dua agensi tersebut, RISDA dipertanggungjawabkan mengurus tanam semula getah. Ini bermakna, seseorang yang mempunyai kebun getah tua dan bercadang untuk menanam semula getah boleh membuat permohonan kepada  RISDA. Bantuan adalah di dalam bentuk mata benda,baja,tunai dan khidmat nasihat. 


Sayangnya, berapa tinggi pun harga getah naik, status sosial pekebun kecil yang terlibat dengan industri ini terutamanya golongan muda masih dipandang rendah oleh masyarakat. Inilah di antara halangan yang dihadapi oleh pihak yang bertanggungjawab kerana golongan muda menjauhkan diri dengan industri ini. 

Naif dan 'rendahnya martabat' golongan penoreh getah mungkin dapat diterjemahkan melalui lagu "Apo Nak Dikato(Ito & Blues Gang";


Poi pokan naik basika
tongah haghi tongah paneh
apo dayo motong gotah
apo nak dikato
kalau boleh nak jadi cikgu sekolah
kek Kolo Pilah.


Kendati pun ada anak-anak tidak mengenali pokok getah, bukan sedikit bilangan ayah mereka samada kini berjawatan Ketua Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau Pegawai Tinggi yang dibesarkan melalui hasil jualan getah. 

Sekalipun kini ayah mereka berjawatan Ketua Pengarah atau Pegawai Tinggi, kedudukkan tersebut tidak sekali-kali  membuatkan ayah mereka lupa kepada bau teramat busuk  getah skrap yang terendam di dalam mangkuk getah. Bau teramat busuk tersebut sukar hilang walaupun tangan dibasuh dengan air limau kasturi atau sabun cap kapak. 

Ayah mereka , kini para  Ketua Pengarah atau Pegawai Tinggi juga masih ingat  bahawa duit hasil jualan getah tidak pernah berbau busuk. Duit itu berbau wangi.  Duit itu diperolehi tanpa ada unsur curi tulang dan jauh sekali dari gejala rasuah. Duit itu diperolehi dari titik peluh. Duit itu duit halal.


           

6 ulasan:

  1. yo lahh org kuek risda tontu lah main dgn biji gotah,,,,

    BalasPadam
  2. SALAM TUAN UJANG,

    MEMANG ITU KEBENARANNYA YG TAK DAPAT DINAFIKAN...PERSPEKTIF MASYARAKAT KEPADA PENOREH GETAH TERSEBUT YG MEMBUATKAN IANYA DIPANDANG RENDAH PADAHALNYA GETAH ADALAH ANTARA KOMODITI UTAMA EKONOMI NEGARA...

    ** DEN MOTONG GOTAH SOJAK UMOR 7 TAUN LAIE NOLONG ABAH.... SAMPAILAH ABIH FORM SIX...

    BalasPadam
  3. Tuan Ujang,

    Maka saya teringat akan satu ketika dulu ada agen yang mencari kayu getah untuk di proses semula. Pulangan komisen untuk se ekar beribu2 ringgit.

    Lalu saya bersama kawan cuba cuba lah usahakan untuk mencari ladang getah yang nak di tebang..
    hampeh tak jumpa..hehe. Bukan senang nak senang..haaa.

    Dan satu ketika dulu penoreh getah amat berasa ''humble'' pada pekerjaan mereka. Bagaimanapun rasa nye, kini tidak lagi begitu.

    Persepsi kita pada satu2 pekerjaan itu telah berubah. Kita mula menilai pada pulangan nye dan bukan pada pekerjaan nye sapertimana dulu.

    Sungguhpun begitu nilai2 murni satu ketika dulu turut juga berubah mengikut darjat pendapatan kita pada hari ini.

    BalasPadam
  4. Sdr Pak Oncu,

    Pak Oncu ni serokap jarang ni....he..he

    BalasPadam
  5. Sdr azmnor,

    Tuan,

    Den ghaso tanggapan masyarakat ini akan berterusan..selagi ada bintang..selagi ada bulan.

    Den pun samo tolong arwah Atuk angkit getah.Nak motong tak dibeghinya....jahanam batang ghotah katanya.Busuk tuan...

    BalasPadam
  6. Sdr theolrascal,

    Tuan,

    Istilah yg tuan pernah jalankan namanya 'runner'.Biasanya runner ini terikat kpd satu-satu taukeh.

    Taukeh akan beri dia cash untuk 'janji jadi' sesuatu kawasan yang ada getah tua untuk ditebang.Janji dengan air liur dengan pemilik kebun getah biasanya tidak beberapa menjadi.

    Kalau dapat..masyuk. Itu usaha yg baik sebenarnya.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."