01 Februari 2012, ketika kami bertugas di Batu Pahat, rakan sekerja ,Kadir , 46, telah pergi meninggalkan kami.
Kadir bukannya meninggal dunia. Kadir cuma dengan rasminya bertukar ke Jabatan lain. Saya sempat bersama Kadir di Jabatan sekarang selama hampir lima tahun.
Saya, Kadir dan dua orang rakan sekerja lagi dalam kumpulan yang sama ketika bertugas di luar ibu pejabat. Sedemikian, masa kualiti dua puluh empat jam bersama dalam sehari ketika bertugas di luar Ibu Pejabat merapatkan perhubungan kami.Kami akrab.
Justeru itu, kehilangan Kadir di kalangan kami amat dirasakan.
Kadir, anak kelahiran Pulau Pinang berdarah ‘DKK’ ini paling muda di antara kami berempat. Di kalangan kami juga, Kadir ialah ‘anchor’. Kadir bukan sahaja komited dengan tugas rasminya, malah Kadir juga amat berkebolehan dalam ‘ko-kurikulum’. Kadir boleh membuat kerja-kerja binaan yang asas seperti menyimen, bertukang, kerja-kerja paip air (plumbing), kerja-kerja letrik yang asas, membaiki kenderaan dan banyak lagi.
Kadir juga aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Dia AJK persatuan kakitangan. Dia juga AJK surau di kawasan perumahannya.
Kadir juga bijak berhujah dan seolah-olah serba tahu. Ada di kalangan kawan-kawan yang menggelarkan Kadir,‘The Professor’.
Tulisan ini akan dianggap memuji Kadir secara berlebihan jika saya tidak memaparkan ‘keburukkan’ Kadir. Walaupun aktif di surau, Kadir juga ‘boleh ke tepi ke tengah’. Dia ialah orang kuat dalam penganjuran pertandingan nyanyian karaoke di tempat kerja kami. Kadir kuat berkaraoke! Malah, Kadir ialah naib juara pertandingan karaoke di tempat kerja kami dua tahun berturut-turut.
Tiada manusia biasa yang sempurna. Namun, Kadir memiliki banyak kelebihan. Kudrat empat keratnya sentiasa bersedia untuk menolong atau membantu orang lain samada yang melibatkan kerja pejabat atau hal-hal peribadi. Saya sendiri banyak belajar dari Kadir tentang pengendalian komputer.
Saya dan Kadir bergilir-gilir membawa kenderaan apabila bertugas di luar Ibu Pejabat . Kami juga bermalam di bilik yang sama ketika menginap di hotel-hotel seluruh Malaya (Sila baca Semenanjung Tanah Melayu). Daya tahan perhubungan seperti ini menagih persefahaman dan tolak ansur yang tinggi.
Satu peraturan yang tidak bertulis di kalangan kami ialah rakan-rakan yang membawa kenderaan umpama ‘pemandu’ kepada rakan-rakan yang lain . Ketika bertugas di Butterworth, rakan yang membawa kenderaan terpaksa membawa kami ke Kulim yang jaraknya lebih kurang 30 kilometer cuma untuk melunaskan hajat rakan lain yang hendak makan ‘Mee Goreng Mamak Kulim’ .
Selain itu, rakan yang membawa kenderaan hendaklah menghantar rakan lain (kecuali rakan lain parkir kereta di ibu pejabat) ke rumah-rumah masing selepas balik dari bertugas di luar ibu pejabat. Secara kebetulan, kawasan perumahan saya cuma sekitar 7 kilometer sahaja dari ibu pejabat. Ini memudahkan Kadir menghantar saya ke rumah. Dan begitulah juga ‘peraturannya’ ketika saya membawa kenderaan.Belum pernah lagi kami meninggalkan rakan-rakan di tengah jalan atau perhentian bas.
Selain dari kenangan-kenangan bersama Kadir yang dinyatakan di atas, ada satu ungkapan yang tidak akan kedengaran lagi dan juga satu hajat saya yang tidak kesampaian sempena ‘perginya’ Kadir.
Biasanya selepas penat memerap di dalam bilik hotel, yaani di sekitar pukul 10.00-10.30 malam, Kadir akan mengajak rakan-rakan ‘mengetea’ di kedai mamak dengan panggilan ‘tag linenya’, “ Night Still Young”. Selepas ini, ‘tag line’ Kadir itu tidak akan kedengaran lagi.
Sebenarnya, Kadir yang tidak menjangka pertukarannya telah menyediakan cadangan bertugas di Batu Pahat, Johor bersama saya dan dua orang rakan yang lain. Kali in agak istimewa sedikit kerana saya akan menaiki kereta baru Kadir, Proton Inspira yang baru sebulan dibelinya. Ketika di Batu Pahat dapatlah kami berempat menaiki kereta baru Kadir ke Restoran Nasi Berani Md Shah dan warung-warung asam pedas yang terkenal di bandar itu. Namun, hajat itu tidak kesampaian. Kadir telah 'pergi' terlebih dahulu.
Apabila balik semula bertugas selepas bercuti panjang, saya telah menyediakan ungkapan klise ketika berjumpa Kadir di majlis perpisahan yang tertangguh nanti. Saya akan memeluk Kadir dan membisikkan, “I missed you”.
Terrebaik ,,,,,, itu lah nilai nya seorg sahabat ,,,,
BalasPadamSdr Pak Oncu,
BalasPadamLama tak donga berita.
Ya, itu namanya sahabat. T.kasih.
Saudara Ujangkutik,
BalasPadam'Kehilangan' yang sedikit sebanyak pasti dirasai. Lebih2 lagi apabila berpergian kerana tugasan luar.
Apapun semuga 'kepergian' sahabat saudara ke jabatan lain memberikannya lebih manfaat kepada yang lain juga kerana kebolehnnya dalam pelbagai 'ko-kurikulum'.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamSemoga kita sendiri juga menjadi kawan,jiran,rakan sekerja yang disenangi.Sifat 'Ringan Tulang' ini ada orang-orang sahaja yang boleh berbuat demikian secara semula jadi.
Namun,boleh dipupuk.
Ujang Kutik,
BalasPadamKadir ni is a versatile person..ye..semua pun boleh..
Mahu saya kemukan penyanyi karaoke jabatan saya kalau Kadir anjurkan pertandingan karaoke..kah kah kah..
Pertukaran beliau itu menjelaskan dalam satu2 organisasi...tidak ada yang kekal ...akan sentiasa ada nye perubahan.
Selamat Maju Jaya pada kadir jabatan Tuan.
Salam saudara Ujang,
BalasPadammemang untuk mendapat seorang kawan itu senang tapi untuk mendapat seorang sahabat teramatlah susahnya...kerana hanya sahabat yang akan bersedia bersama kita dalam susah dan senang....semuga kita juga boleh menjadi sebagai sahabat seperti sahabat kita.....Insyaallah.....aaminnn.
Sdr Azmnor,
BalasPadamWaalaikom salam. Seseorang kawan yang baik dan ringan tulang berlaku secara semula jadi. Memang pembawaannya sedemikian - tulen baik, tulen ringan tulang.
Sesiapa yang tidak tulen ringan tulang, kena paksa diri ringan tulang dan suka membantu orang lain.Semoga akhirnya akan jadi tulen ringan tulang juga.
Tuan, ini pandangan saya.