Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 19 Mei 2012

5 malam di alor star


Saya dan rakan sekerja di ibu negeri jelapang padi Kedah, Bandaraya Alor Star, dari 13 Mei 2012 hingga 18 Mei 2012. Di atas faktor telah terbiasa dengan keadaan kerja sebegini yang membawa kami menjelajah ke merata tempat, kami tidak kemana-mana. Banyak masa dihabiskan dengan berkurung sahaja di dalam bilik hotel.

Bagaimanapun, seawal 7.00 pagi, Jumaat, 18 Mei 2012, saya dan seorang rakan sekerja telah terpacak di Pekan Rabu, Alor Star. Saya perlu mendapatkan sesuatu untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Manakan boleh balik dengan lenggang kangkung sahaja. Hati menyesal juga kerana melakukan sesuatu pada saat-saat akhir.

Mendebarkan. Pintu-pintu bazar di Pekan Rabu tertutup. “Pekan Rabu turut bercuti jugakah pada hari Jumaat?” Saya hampir putus asa.

Bagaimanapun, kami redah juga kompleks yang menempatkan puluhan ruang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil Melayu itu. Kalau tidak ada apa-apa yang dibawa balik, ‘nyaya’ saya. 

Alhamdulillah. Beberapa orang peniaga di bahagian dalam bazar sedang membuka kedai masing-masing. Saya memilih peniaga yang telah siap siaga menunggu pelanggannya. Dia ada kesungguhan di kala peniaga lain ‘terhegeh-hegeh’ membuka kedai mereka. Saya membeli buah tangan yang biasa dibeli oleh pengunjung dari luar – kuah rojak, beras pulut, tiga jenis ikan pekasam dan kueh kuih tradisional Melayu. Peniaga yang seusia saya melayan saya dengan ramah dan katanya saya diberikan  potongan harga kerana pelanggan pertamanya pada pagi Jumaat yang mulia.

Rakan sekerja yang seusia anak saya pada mulanya tidak bercadang membeli sesuatu untuk ibunya. Saya ‘kuliahkan’ anak muda itu sehingga banyak juga buah tangan yang dibeli untuk ibunya.      

Pekan Rabu terletak di tengah Bandaraya Alor Setar. Pekan Rabu ini biasa-biasa sahaja keadaannya. Bagaimanapun, pengunjung dari luar tidak akan melepaskan peluang mengunjungi kompleks bertaraf bazar peniaga-peniaga Melayu ini. Kalau namanya bazar Melayu, di sinilah tempatnya mendapatkan sesuatu yang sinonim dengan perniagaan di bazar Melayu - pakaian, kitab-kitab, kain pelikat,songkok/ketayap, parang,beras,ikan pekasam, kuah rojak buah-buahan, ubat-ubat tradisional, warung makanan dan lain-lain perniagaan yang ada kaitan dengan peniaga Melayu.

Kebanyakkan bangunan di Bandaraya Alor Star samada bangunan pejabat kerajaan atau premis perniagaan adalah bangunan lama. Di antara kekuatan bandar ini ialah keindahan senibina beberapa buah bangunan peninggalan penjajah. Bangunan-banguna tersebut diselenggara dengan baik dan masih digunakan sebagai pejabat-pejabat kerajaan atau pusat-pusat kesenian dan kemasyarakatan.

Berlaku juga kesesakkan lalu lintas pada waktu puncak. Keadaan in sedikit merimaskan. Di antara faktor yang menyumbang kepada keadaan in ialah gangguan dari projek pembinaan jalan bertingkat yang merentas Jalan Teluk Wan Jah yang belum siap sepenuhnya . 

Namun demikian, dari bandar  yang dikatakan berusia lebih 250 tahun ini jugalah bertapak dan berkembangnya rangkaian perniagaan manusia Melayu terkaya di Malaysia, Al-Bukhari yang terkenal itu. Gah Al-Bukhari dapat disaksikan pada beberapa lokasi di bandar ini terutamanya di sepanjang Jalan Langgar. Di situlah berdiri dengan ‘megahnya’ kompleks perniagaan canggih/hebat Al-Bukhari, Masjid Al-Bukhari dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhari. Mungkin ada lagi kehebatan konglomerat Al-Bukhari di bandar ini yang saya tidak ketahui.    

Kami meninggalkan Alor Setar pada jam 9.00 pagi. Sepanjang jalanan meninggalkan bandar ini kami dapat dapat saksikan saujana kawasan sawah padi yang telah selesai 'diubah' untuk ditanam benih padi. Indah.  

4 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Saya suka ayat ini Saya ‘kuliahkan’ anak muda itu'...

    Seingat saya dua kali saya melalui Alor Setar. Namun tak berkesempatan untuk ke Pekan Rabu. Teringin juga nak singgah suatu hari nanti.

    Insya'Allah akan ke sana jua suatu hari nanti dalam siri Jejak Sahabat TLDM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Pekan Rabu biasa-biasa sahaja tetapi mesti dikunjungi. Tempat ini menyediakan keperluan yang dekat dengan kita orang Melayu dalam satu kompleks yg 'semuanya ada di sini'.

      Padam
  2. Ujang Kutik,

    Berbeza dengan saya , tiap kali berada di luar daerah saya jadi excited.

    Kali akhir saya pi Alor Star beberape bulan lepas kami 'ronda ' bagai nak giler..ekeke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Agaknya kami dah 'tepu'. Atau mungkin sudah penat bekerja pada siangnya - berbeza dengan pelawat/pelancung.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."