Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 21 Julai 2012

RAMADHAN : SEDEKAH SEORANG TUA DI MASJID INDIA


01 RAMADHAN HIJRAH 1433 DATANG. SYUKUR. SAMPAI JUGA KITA KE RAMADHAN KALI INI.

Semalam, ketika di Butterworth, Pulau Pinang saya turut serta mendengar tazkirah pagi Jumaat di Pejabat Cawangan agensi saya bertugas. Penceramahnya,seorang wanita yang bertugas di USM, hujung 40-an, adalah juga panel pentauliahan penceramah agama Negeri Pulau Pinang.

Di antara isu yang disentuhnya ialah perbanyakkan sedekah 'dalam bulan Ramadhan'.

Beliau berpendapat bahawa kaedah umat Islam di Malaysia mengadakan majlis menyambut bulan Ramadhan kurang tepat. Katanya, "Sepatutnya majlis menyambut bulan Ramadhan yang diadakan pada penghujung bulan Syaaban dianjak 'ke dalam bulan Ramadhan' sebenar. Ini kerana bersedekah di dalam bulan Ramadhan pahalanya berlipat kali ganda berbanding bersedekah di luar bulan Ramadhan."  


Golongan Seperti Anak Kecil
Orang Asal (Blog Theolrascal)
Ini Juga Patut Dibantu
 
Beliau menyarankan agar kita peka dengan hamba Allah yang kurang bernasib baik yang hampir atau di sekeliling kita. Berbanding dengan pihak-pihak yang menjadi sasaran utama penyumbang ketika bulan Ramadhan, golongan orang susah di kejiranan kita seperti pendatang asing, buruh, ketua keluarga yang mempunyai tanggungan ramai, penjaja dan beberapa golongan lain yang susah dan sempit kehidupan mereka (ujang kutik- termasuk juga Orang Asal) selalu dilupakan atau terlepas pandang. Beliau berkali-kali mengingatkan pendengar supaya memperbanyakkan sedekah sehingga ke tahap seterdaya mungkin dalam bulan Ramdhan.
Sehubungan ini, pada setiap kedatangan bulan Ramadhan, saya akan mengitar semula  pengalaman ketika berbuka puasa berpuluh tahun yang lalu di Masjid India, Kuala Lumpur. Saya sampai di masjid itu ketika hampir masuk waktu berbuka puasa. Saya mengambil tempat di sebelah seorang lelaki tua berketurunan India. Dia berpakaian tipikal seorang tua India Muslim yang seadanya - memakai jubah dan serban putih yang agak lusuh.

Menu berbuka ialah teh tarik dan kurma. Saya tidak nampak bubur lambuk yang sinonim dengan Masjid India. Saya mengagak, mungkin bubur lambuk dihidangkan selepas jumaah selesai menunaikan solat Maghrib.Agakan saya tepat.

Hadirin memulakan berbuka puasa dengan memakan buah tamar. Malangnya, saya yang juga menyorongkan tangan ke piring tempat buah tamar diletakkan tidak mendapat sebiji pun buah tersebut. Buah tamar sudah habis.

Sekonyong-konyong orang tua di sebelah saya membelah buah tamarnya kepada dua bahagian. Sebelah untuk dia dan sebelah lagi disedekahkannya kepada saya. Pada mulanya perasaan saya agak geli juga hendak memakan buah tamar yang dipegang oleh orang tua itu. Namun demikian, lintasan tersebut berjaya saya hapuskan dengan serta merta. Subhanallah. 

Bersedekahlah, terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini dengan sedaya upaya.



  

    

5 ulasan:

  1. ermmm betul tu Bang sodokah sodokah sodokah ,, tentu abg percaya atau tidak ... di nismilan ini khas nya di rembau ada keluarga yg tak mampu nak bayar sewo rumah , nak boli susu anak n boli beras sekilo sekilo jer ,, jiko boli beras susu anak tak dapat boli ,, tapi ini lah hakikat nya bang, sey dah jumpo org yg mcm ini... but what can i do ?? hanya mampu berdoa agar org tersebut ALLAH permudah kan rejeki nya ,,, pikir pikir kan lah Bang ,sey nak ucapkan salamat berpuasa, agar ibadah ini akan mendapat rahmat TUHAN,,,,, adios from Pak OnCu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Oncu,

      Iyo koh? Esey bolum ponah donga lai pokaro macam ni. Ini boghek.
      Kalau bolaku kek dopan moto kono yo tolong setakek yg tordayo.
      Macam satu NGO kek Kolumpo ni ha - dio bawak makanan dan bilo jumpo oghang yg nampak kobulo dio agihkan makanan tu.

      Esey kok out station, bilo nak kelua hotel esey lotak yo singgit duo ateh mejo dlm bilik hotel untuk tukang komeh bilik. Jaga yg jago kogheto pelnggan hotel pun esey boghi yo duit minam.Ini bukan monunjuk atau riak.Tapi kok duit dah habeh , tak ado esey boghi loh.Esey pun tak ado.

      Esey pon ucapkan Selamat Berpuasa kpd Pak Oncu. Tapi ni lah, kek kolumpo kalau bulan poso ni betul-betul moriah. Ghamai sombayang tarawikh. Makanan dan kuih muih pun banyak.Pada 10 malam terakhir ghamai iktikaf dan mendirikan malam di masjid.

      Kek Ghombau atau Kg.Batu dan hatta kg. esey sendiri pun tak taulah macam mano koadaannya.

      Berbalik kopada ceghito mulo-mulo tadi - ini angkaro Si Pikun itulah tu.

      Padam
    2. Bang jiko balik ghombau just give a call or visit ,,,,

      Padam
  2. Kepada saya buatlah yang baik bila ada keperluan. Kepada yang tidak mampu membeli susu anak, seperki kata Pak Oncu diatas perlu pertulungan sewaktu itu juga tak kira hari apa bulan apa. Saya rasa mencari masa yang banyak pahala munkin tidak menepati keperluann bersedekah. Ini pandangan peribadi bukan penceramah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Al-Manar,

      Selamat menjalakan Ramadhan.

      Pendapat beliau (Penceramah)mungkin lain sedikit dari pendapat dan amalan arus perdana mengenai kaedah menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang diadakan pada bulan Syaaban.Sesuatu anjakan mungkin ada pro dan kontranya.

      Nota: Saya ada masalah meletakkan blog tuan dalam Senarai Blog Saya. Ada disenaraikan tetapi tidak boleh buka. (http://almanar-nuri.blogspot.com/)

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."