Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 21 Julai 2012

RAMADHAN 1433H : AYAT-AYAT ''KLISE' DATANG LAGI!

Arakian, tetamu ini tidak pernah diundang. Namun demikian, dia masih menjenguk kita saban tahun ketika datangnya bulan Ramadhan. Tetamu itu bernama 'AYAT-AYAT KLISE'.

Sungguh pun demikian, kedatangan tetamu 'AYAT-AYAT KLISE' sangat menepati waktu. Tetamu ini tidak pernah berguru kepada professor yang menekuni 'Perlembagaan Janji Melayu'. Jauh sekali dari 'Perlembagaan Janji Arab' yang dikatakan boleh tertangguh @ terlambat sampai 3-4 jam tanpa rasa bersalah.

Saya sendiri tiada pengalaman temujanji dengan Orang Jepun. Namun demikian, dikatakan bahawa bangsa Jepun ialah bangsa yang amat menepati janji.

Tetamu yang bernama 'AYAT-AYAT KLISE' akan mula datang menjenguk pada minggu kedua bulan Ramadhan. Tahap keceriaan dan mementumnya memuncak hari demi hari selepas minggu pertama. Kemuncaknya ialah pada hari terakhir bulan Ramadhan.

Di antara ayat-ayat yang bersekongkol dan mewujudkan 'AYAT-AYAT KLISE' yang menjadi tetamu kita saban tahun adalah:

1. Selain dari bulan Ramadhan, kita tidak pernah nampak dia di masjid.
2. Masjid atau surau perlu dibesarkan pada bulan Ramadhan kerana ramainya jumaah.
3. Sehari dua ini penuhlah masjid/surau, tunggulah nanti minggu kedua untuk mengetahui keadaan sebenarnya.
4. Semoga cara kita memakmurkan masjid/surau dalam bulan Ramadhan dapat diteruskan pada bulan-bulan lain selepas Ramadhan.
5. Jangan kita buruk sangka kepada sahabat-sahabat kita yang baru kenal masjid/surau pada bulan Ramadhan. Layanilah mereka dengan baik dan berhemah.

Semoga kita ialah di kalangan mereka yang istiqamah dalam menghayati kehadiran Ramadhan tahun ini. Kita juga rimas dengan ayat-ayat yang seperti tidak ada kaedah penyelesaiannya itu. 

Insya Allah, gerak kerja kita tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. 
   




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."