Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 14 September 2012

" LAMA TIDAK NAMPAK?"

Hari ini hari Ke-27 bulan Syawal tahun ini, 1433 Hijrah. Mungkin ada kawan-kawan kita yang sama-sama solat tarawikh dan menikmati moreh hampir 4 minggu lepas masih belum menjenguk masjid/surau lagi untuk menunaikan solat berjumaah dan menghadiri majlis ilmu. 
 
Mungkin ada di antaranya cuma akan ditemui semula di masjid/surau kita pada Ramadhan tahun hadapan, 1434H.
 
Andainya mereka datang selepas bulan Syawal, yaani pada bulan Zulkaedah, tolong jangan tanya soalan ini, " Lama tidak nampak?"
 
"Soalan itu sangat menyinggung perasaan! Jagalah perasaan kawan-kawan......."
 
Ini bukan nasihat saya kepada kawan-kawan atau anda.  Ini adalah ingatan seorang penceramah kepada beberapa kerat jumaah yang hadir ke kuliah maghrib kira-kira 4 minggu selepas bulan Ramadhan di sebuah surau di sebuah negeri di muka bumi ini. 
 
Sebuah peribahasa berbunyi," Sesiapa yang tidak sudi dinasihati, dia tidak dapat ditolong." 

2 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Salam saudara. Saya teringat suatu perkara guru saya sampaikan perihal kebiasaan orang-orang Arab. Mungkin kebiasaan dari dahulu zaman Nabi Rasulullah saw sehingga ke hari ini.

    Kebiasaan mereka adalah apabila bertemu setelah memberi salam mereka akan saling menanyai tentang khabar kesihatan umpamanya. Mungkin setelah beberapa minit bercerita tentang persoalan lain. Salah seorang nanti akan menanyai pula tentang khabar keluarga atau saudara yang lain. Begitulah seterusnya....

    Kerana pada persoalan bertanya tentang khabar akan dijawab dengan memuji kepada Allah swt yang memberi mereka rahmat dan kebaikan.

    Allahu 'alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang tuan berikan.

      Asasnya, apabila bertemu sekira-kira elakkanlah pertanyaan atau usikan yang tidak disenangi oleh pihak yang ditanya.Bertanyalah dan nasihatlah secara hikmah.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."