Kalaulah
kita di kalangan orang awam dalam hiraki beragama, abaikanlah isu “Better the devil you know than the angel you don’t” yang
mencetuskan sedikit ‘huru-hara’ baru-baru ini . Berpeganglah kepada pandangan
tuan guru/ulamak masing-masing. Risiko samada salah atau betul pandangan dan
hujah tuan guru/ulamak yang meyakinkan kita
itu, kita tanggunglah sendiri.
Secara
literal, ungkapan tersebut bolehlah difahami seperti berikut: “Lebih baik berurusan
dengan orang yang kita kenali, walaupun tidak ideal, daripada mengambil risiko
berurusan dengan orang yang dilihat baik tetapi tidak dikenali/ketahui latarbelakangnya.”
Namun
demikian, catatan ini tidak membincangkan isu ‘berskala besar’ dan sensitif tersebut. Lagi pun blog senaif ‘ujang kutik’ tidak
layak membincangkannya. Catatan yang hendak saya sampaikan ialah mengenai isu
yang hampir sama tetapi diharap tidak menimbulkan reaksi yang tidak diingini.
Jarak
rumah saya ke pejabat ialah 7 km. Saya bertolak dari rumah jam 8.00 pagi dan
perlu sampai ke pejabat pada atau sebelum jam 8.30 pagi. Sampai ke pejabat jam 8.31
pagi bermaana lewat. Saya perlu mematuhi prosedur tertentu jika datang lewat.
Sedemikian supaya sampai ke pejabat dalam waktu yang ditetapkan , saya memilih laluan
alternatif yang lebih jauh jaraknya dari laluan biasa.
Bagaimanapun,
‘terperdaya’ dengan pesona di laluan biasa yang lebih dekat dan mudah, saya
pernah lewat 20 minit sampai ke pejabat . Sejak hari itu, saya tidak tertipu
lagi. Saya akan menyusur laluan alternatif, walaupun lebih jauh tetapi saya
ketahui struktur jalan, batu batan dan simpang siurnya. Alhamdulillah, saya
tidak pernah lewat lagi walaupun bertolak dari rumah pada waktu yang sama.
Kendatipun
demikian, manusia berjaya alaf ini ialah mereka yang sangat berani bermain
dengan risiko dalam melangsungkan laluan kehidupan. Mereka umpama peniaga kedai
makan atau restoran – makan dahulu, bayar kemudian. Mereka amat percayakan
kejujuran setiap pelanggan.
Sehubungan
ini, dalam apa sahaja sekitaran yang memerlukan kita membuat pilihan, terpulanglah
kepada kita: Samada memilih yang dikenali tetapi tidak ideal atau memilih yang
tidak dikenali/ketahui latar belakangnya dari hujung kaki hingga ke hujung
rambut tetapi ada serlahan kehebatannya.
Biduk
kehidupan ini adalah suatu seni membuat pilihan – yang putih, yang hitam, yang
dikenali/ketahui tetapi tidak ideal, yang tidak dikenali/ketahui tetapi ada
aura kehebatan………….pilihlah. Berkata Martin Luther King, “ Lakukan langkah
pertama dengan yakin. Kamu tidak perlu melihat keseluruhan tangga. Cuma mulakan
dengan langkah pertama.”
Sdr Ujang kutik,
BalasPadamSaya agak setuju dengan pendapat sdr bahawa kehidupan ini juga adalah seni membuat pilihan.
Ingin saya buat tambahan agar...
Yang manis jangan terus di telan,
yang pahit pula jangan terus di buang.
P/s.. saya perasan ada sedikit perubahan pada blog Ujang Kutik ni. Ada wajah blogger nye di cubicle pejabat..hehe
Sdr theolrascal,
BalasPadamOrang Jawa menanam peria
peria ditanam di tanah Batak
kalau ia katakan ia
kalau tidak katakan tidak.
T.kasih kerana perasan ada sedikit tambahan dalam blog saya - seadanya.